Langkau ke kandungan utama

Cerpen Kedua Cik Cengeng…

***Amaran: Cerpen kali ni masih menginspirasi nama2 pelakon dari K-Pop,huhu…***

Tajuk: I JUST ONLY LOVE YOU

Pelakon:
1)   Gu Jun Pyo Lakonan Lee Dong Hae (SUJU)
2)   Geum Jan Di Lakonan Im Yoona (SNSD)
3)   Kang Shin Woo Lakonan Jung Yong Hwa (CN BLUE)
4)   Ga Eul Lakonan Soo Young (SNSD)
5)   Song Yi Jung Lakonan Eunhyuk (SUJU)
6)   Jeremy Lakonan Lee Hong Gi

Di dalam perpustakaan Shinhwa University
Jan Di dan Ga Eul sedang mencari bahan-bahan tugasannya mereka untuk subjek Tourist Behavior.Sedang Jan Di sibuk mencari, tanpa disedari dia dilanggar oleh seorang lelaki yang kebetulan mencari buku dirak yang berdekatan dengannya.Apabila terpandangkan lelaki itu,alangkah terkejutnya dia.Matanya bertemu dengan mata lelaki itu yang merupakan seorang “ best student” diuniversity itu dan juga merupakan seniornya.

“Mianei,saya tak sengaja nak langgar awak.” Shin Woo berkata seraya terperasankan gadis yang melanggarnya.

“Takpe.Salah saya jugak tak perhatikan orang lain.”Jan Di menjawab bagi menutup debarannya. Ini kali pertama baginya bercakap dengan seniornya yang langsung tak pernah dilihatnya berbual dengan mana-mana perempuan sebelum ni.Tidak dia jangka dapat bercakap dengan seorang yang pintar sepertinya.Daripada perbualan-perbualan pelajar disitu, Shin Woo itu seorang yang sangat tampan dan ramai gadis yang gila-gilakannya berbanding seorang lagi senior,Gu Jun Pyo, anak pengarah universiti yang juga kekasihnya kini.

Jun Pyo seorang yang tak kurang hensemnya juga tapi pada yang sama juga dia seorang yang poyo.Berlagak tak bertempat.Dah hampir 2 tahun mereka berpasangan.Sejak itu juga Jun Pyo sudahpun boleh berubah sikap sikit demi sikit.

“Awak ni Jan Di kan?” Pertanyaan dari Shin Woo menghentikan lamunannya.
“Ya saya.Macam mana awak kenal nama saya?” tanya Jan Di penuh pelik.
“Hehe, universiti ni tak dela besar mana pun untuk saya kenal sape awak.Okla,saya pergi dulu.Kawan awak dah panggil tu.” Shin Woo menunjukkan arah kepada Ga Eul yang sedang memanggilnya seraya beredar dari situ.
Jan Di pun melangkah pergi ke arah Ga Eul apabila Shin Woo beredar.Dalam hatinya memuji ketampanan Shin Woo.

Di kafeteria
Ga Eul dan Jan Di mengambil tempat disebuah meja setelah mengambil makanan.Mereka sempat berbual tentang Shin Woo.
“Tak sangka kan?Senior Shin Woo berbual dengan kau.”Ga Eul memulakan perbualannya.
“Emm,kebetulan je.Dia terlanggar aq.Tapi tak sangka dia boleh tahu nama aku. Ingat dia jenis tak amek tahu pasal gosip-gosip student kat sini.”jawab Jan Di lantas menghabiskan kek coklatnya.
Ga Eul hanya mengangguk mengiakan kata-kata kawannya itu.Memang tak dinafikan, semua orang tahu hubungannya dengan Jun Pyo.Semestinya semua orang pun tahu siapa Jan Di.Pastinya semua orang pun takkan dibenarkan berani menganggu Jan Di.
Dari jauh, Jun Pyo dan Yi Jung sedang melangkah berjalan menuju ke arah Jan Di dan Ga Eul.Ga Eul yang perasankan kedatangan mereka, terus melambai ke arah mereka berdua.Jun Pyo mengambil tempat disebelah Jan Di,manakala Yi Jung mengambil tempat disebelah Ga Eul.Jun Pyo bersuara setelah duduk.
“Hai sayang.Makan kek je?” Tanya Jun Pyo penuh prihatin kepada buah hatinya itu.
“Ha’ah.Tak lapar sangat,makan ni jela.”jawab Jan Di sambil tersengih.Dia tahu sangat Jun Pyo pasti akan ambil berat akan dirinya.Jun Pyo yang tahu sikap degil Jan Di itu mencuit hidungnya tanpa sempat Jan Di menghalangnya.
Yi Jung dan Ga Eul hanya mampu memandang sambil tersenyum melihat gelagat pasangan serasi itu.Sudah masak dengan hubungan mesra mereka itu.Dikala mereka sedang berbual-bual, kelihatan Shin Woo dan adiknya  Jeremy sedang berjalan melewati meja mereka dan duduk disatu sudut yang bertentangan dengan mereka.
Shin Woo memerhati gelagat Jan Di dan Jun Pyo melalui ekor matanya tanpa disedari mereka berdua.Ada riak rasa cemburu yang dalam hatinya pada mereka.Sudah lama dia sukakan Jan Di tapi Jan Di berhubungan dengan Jun Pyo.Malas dia hendak bersaing dengan Jun Pyo untuk dapatkan Jan Di.Lagipun dia tahu perangai Jun Pyo itu.Maka, dia hanya mampu melihat dan memerhati Jan Di hanya dari jauh.

Disebuah pasar raya.
Jan Di sedang memilih barang-barang yang perlu dibeli berdasarkan senarai barang di dalam kertas yang dipegangnya itu.Sekali sekala dia membelek harga pada barang-barang yang tersusun dirak itu.Setelah mendapatkan apa yang diingininya, Jan Di menolak trolinya dan menuju ke bahagian makanan sejuk beku.Dalam leka memerhatikan kertas ditangannya, trolinya terlanggar seseorang.Apabila menoleh ke arahnya,sekali lagi terkejut Jan Di dibuatnya.
Shin Woo tidak menyangka dia boleh terserempak dengan gadis pujaannya itu.Kali kedua perlanggaran yang tidak sengaja berlaku lagi sekali.Peluang kali ni tidak akan dilepaskannya untuk berbual dengan gadis itu.
“Oh mianei.Saya  terlanggar sunbei pula kali ni.Saya mintak maaf sangat-sangat.”Jan Di berkata apabila melihat menyedari Shin Woo hanya mendiamkan diri apabila dilanggar trolinya.Risau juga kalau Shin Woo mungkin marah atau mengalami kesakitan disebabkan kecuaian dia.
“Tak mengapa.Bukan salah awak pun.”Jawab Shin Woo pula kasihan melihat riak rasa bersalah diwajah itu.
“Saya tak sangka pulak Sunbei pun datang ke sini.Ada pape ke yang boleh saya tolong untuk tebus kesalahan saya langgar Sunbei?”Jan Di bersuara menutup kegugupannya.Shin Woo memandang kehairanan dengan pertanyaan itu tapi tetap menjawab bagi menutup debarannya kerana pertemuan yang tak disangkanya itu.
“Oh takde pape yang awak boleh awak tebuskan pun.Tapi lau boleh saya nak mintak izin untuk temankan awak beli-belah kat sini?” Shin Woo mencuba naseb untuk berkawan dengannya.
“Owh,takpe ke??Tak menyusahkan sunbei ke?” Terkejut juga mendengar ajakan dari seniornya itu yang tak pernah sebelum ini berbual dengannya. Shin Woo seperti tak percaya pelawaannya disambut baik oleh Jan Di.
“Takde masalah.Sekurang-kurangnya bolehla kita beli bersama-sama.” Tersenyum Shin Woo menjawab pertanyaan Jan Di itu.Jan Di dengan senang hati menerima pelawaan itu dengan anggukan.
Mereka pun berjalan sekitar dalam pasar raya itu memilih barang yang perlu dibeli.Setelah mereka selesai memilih,mereka pun ke kaunter pembayaran untuk membayar barang-barang yang dibeli.Setelah itu, masing-masing pun membawa haluan masing-masing dan pulang.

Keesokan harinya,dalam kelas.

Pelajar-pelajar sedang menyiapkan tugasan yang diberi dengan teliti.Ga Eul dan Jan Di juga tak ketinggalan melakukan hal yang sama.Sedang Jan Di leka dengan tugasannya,handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Jan Di membuka mesej dan membacanya.

Jumpa lepas kelas,ditaman.
<Shin Woo.>

Jan Di rasa hairan kenapa Shin Woo mengajaknya berjumpa.Jan Di akhirnya membalas mesej itu dan menyambung kembali kerjanya itu.Ga Eul yang menyedari perbuatan Jan Di itu lantas bertanya kepadanya.

“Jun Pyo mesej kau ke?” Jan Di terkejut dengan pertanyaan dari Ga Eul itu.Teragak-agak dia untuk berterus-terang dengan kawannya itu.Akhirnya Jan Di hanya menggelengkan kepalanya saja.Setelah itu, Ga Eul pun tidak lagi bertanya.Tidak mahu masuk campur urusannya barangkali.

Ditaman.
 Seperti yang dijanjikan, Jan Di bersetuju untuk berjumpa dengan Shin Woo ditaman.Apabila sampai ditaman dilihatnya Shin Woo sudah pun menunggunya ditaman itu sambil bermain gitar.Terpegun dia melihat Shin Woo sedang memainkan lagu kesukaannya.Shin Woo yang menyedari Jan Di sudah sampai terus menghentikan aktivitinya.

“Terima Kasih sebab sudi datang.Sebenarnya saya nak ajak awak berbual-bual kat sini.” Shin Woo menegur dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya. Jan Di memuji ketampanannya dalam hati.

“Sama-sama.Sedap awak main gitar tu.”

“Hehe,saya memang suka main gitar kat sini.Kat sini tempatnya tenang.” Shin Woo memainkan semula gitarnya dan menyanyikan lagu.

Merdu sekali dipendengaran Jan Di apabila Shin Woo menyanyikan lagu kegemarannya.Shin Woo menghentikan gitarnya dan memandang pada Jan Di.

“Sebenarnya, saya ada benda nak terus-terang pada awak.Tapi saya tahu awak mungkin takkan dapat terima apa yang saya bagitawu awak ni.Saya sebenarnya sukakan awak Jan Di.” Jan Di terkejut dengan pengakuan Shin Woo itu.Tidak menyangka pula itu tujuan mereka berjumpa.Tanpa perlu berselindung, Jan Di tetap berterus-terang tentang perasaannya.

Dalam ralit mereka berbual, mereka tidak menyedari Jun Pyo sedang memerhatikan gelagat mereka dengan hati yang panas membara.Tanpa perlu menunggu, dia mengangkat kaki dan beredar dari situ.

Keesokan harinya.

Jan Di berjalan menuju ke tingkat atas kelas Jun Pyo untuk berjumpa dengannya.Sudah lama dia tidak berjumpa dengannya. Kelas Jun Pyo tidak seperti kelas-kelas pelajar yang lain.Kelasnya diasingkan dengan kemudahan yang lebih lengkap berbanding kelas orang lain.

Dalam kelasnya, dia dan Yi Jung mendapat pensyarah yang telah diupah yang dikhas hanya untuk mengajar mereka. Sampai sahaja di kelasnya, Jan Di terus mendapatkan Jun Pyo yang sedang duduk bermain PS2 dan memeluk erat lehernya.

“Bie,sorry sayang busy tak dapat jumpa dengan bie.” Jun Pyo yang menyedari kehadiran Jan Di itu juga tak dapat menyembunyikan rasa rindunya pada Jan Di tapi egonya tinggi tatkala mengingat kembali apa yang dilihatnya ditaman semalam benar-benar mencucuh api cemburunya.Lantas dileraikan pelukan Jan Di itu dengan kasar.Jan di yang menyedari tindakan Jun Pyo itu berasa hairan dengan sikap Jun Pyo itu.

“Kau keluar dari sini,aku tak nak diganggu.”Jun Pyo mengherdik tiba-tiba lantas bangun dari duduknya dan berdiri menghadap ke arah tingkap.Tidak sanggup memandang ke arah Jan Di kerana hatinya masih panas. Jan Di yang mendengarnya masih terkejut.

“Awak ni kenapa? Apa salah saya sampai awak cakap kasar camni dengan saya?” Jan Di cuba untuk bertanya. Jun pyo pun tak dapat menahan marahnya lagi terus menghamburkann kata-katanya lagi.

“Kau tanya kenapa?Yang kau keluar dengan Shin Woo tu kenapa?Aku tak suka kau keluar dengan dia?” Jan Di sudah bergenang air matanya. Tak menyangka Jun Pyo boleh berkata demikian dengan dia.

“Kami hanya berkawan.Kebetulan dia perlukan idea untuk hasilkan lagu,jadi dia perlukan saya untuk tolong dia,tu saja.” Sepenuh hatinya dia cuba menerangkan hal yang sebenarnya.Jun Pyo tidak mengendahkan langsung kata-katanya.Jan Di cuba untuk mendekatinya dan memujuknya,tapi Jun Pyo menolaknya kasar sehingga Jan Di terjatuh.Kepalanya terkena bucu meja yang tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Jan Di mengerang kesakitan.Terasa ada cecair pekat yang mengalir dari kepalanya.Jan Di memegang kepalanya, dan mendapati darah keluar dari kepalanya luka.Tiba-tiba kepalanya terasa pening dan terus tidak sedarkan diri.

Jun Pyo terpana dengan tindakan diluar kawalannya.Terus dia menerpa ke arah Jan Di cuba mengejutkannya.Rasa bersalah menyerbu dalam hatinya.Ketika itu juga, Yi Jung dan Ga Eul sampai ke situ.Terkejut mereka dengan apa yang terjadi.Setelah itu mereka membawa Jan Di ke Hospital.

Dihospital

Jun Pyo tetap setia menanti menunggu Jan Di dikatilnya. Jan Di masih belum menyedarkan diri.Ga Eul sudahpun menjelaskan hal yang sebenarnya kepadanya tentang pertemuan Jan Di dengan Shin Woo.Saat itu rasa menyesalnya dia berkasar dengan Jan Di.

Menurutn Ga Eul, Shin Woo mengajak Jan Di jumpa untuk membantunya mencipta lagu.Jan Di sudahpun bagitahu padanya tujuan pertemuan mereka itu.Kerana Jan Di, Shin Woo mula boleh mencipta lagu.Menurut Ga Eul lagi, Shin Woo memang ada menaruh hati pada Jan Di dan berterus-terang pada Jan Di tapi Jan Di menolaknya dengan cara yang baik dan menganggapnya kawan.

Kedengaran pintu dibuka dari luar.Shin Woo masuk dengan buah tangan ditangannya dan diletakkan diatas meja.

“Jun Pyo, aku mintak maaf.Aku tak bermaksud nak rampas Jan Di dari kau.Aku dengan Jan Di Cuma berkawan.Pada mulanya aku memang sukakan dia, tapi Jan Di lebih memilih kau dari aku.” Shin Woo bersuara kerana berasa bersalah dengan Jun Pyo.Ga Eul sudahpun menerangkan apa yang berlaku kepadanya. Apabila dia mengetahui berita yang terjadi tentang Jan Di dia rasa sangat bersalah.

Saat itu, tiba-tiba kelopak mata Jan Di seakan-akan seperti mahu terbuka.Jun Pyo memanggil Jan Di perlahan.Shin Woo tetap menanti dibirai katil.Setelah Jan Di sedarkan dirinya, dia cuba untuk memanggil nama seseorang.

“Jun…Pyo..”.Terketar-ketar dia memanggil kekasihnya itu.Jun Pyo mendekatkan dirinya pada Jan Di.

“Ye,saya kat sini.Saya mintak maaf,saya tahu ni salah saya.Sepatutnya saya dengar penjelasan awak.” Jun Pyo tak dapat membendung air matanya tatkala mengucapkan kata-katanya itu.

“Saya yang patut mintak maaf sebab tak bagitahu awak dulu.Saya nak awak tahu, saya Cuma sayangkan awak sorang je.” Jun Pyo lantas mencium dahinya.Jan Di mengalihkan pandangannya pada Shin Woo dari tadi hanya memandang mereka berdua.

“Shin Woo,terima kasih sebab memahami saya.” Shin Woo hanya mengangguk dan meminta diri untuk beredar dari situ.Jan Di dan Jun Pyo kembali bersama seperti biasa.Semoga kebahagiaan akan tetap berpihak kepada mereka selamanya.

***TAMAT***



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,   jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk…. TAPI!!!!!!... Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat       terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai men

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla po