Cuaca yang cerah itu amat indah dipandangan mata.Angin yang bertiup lembut begitu menenangkan hati sesiapa yang merasainya.Tapi tidak bagi si gadis ini. Air mata yang turun di pipinya langsung tak dihiraunya. Sedih mengenangkan dirinya. Kematian Izlan langsung tidak dapat mengubah takdir yang tertulis buatnya.Semuanya sudah pun terjadi. Izlan meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beberapa bulan sebelum dia meninggal telah berlaku satu kejadian yang tak dapat dilupakan oleh Airin sehingga ke saat ini.Kejadian yang membuatnya menjadi seorang yang keras hati. Kejadian itu mula terlayar kembali diingatan. ****** Ketukan bertalu-talu dimuka pintu membuatkan Airin terkocoh-kocoh membuka pintu.Sedikit hairan siapa yang datang malam-malam buta seperti waktu ni.Sofea pula tiada kerana pulang ke kampung. Terperanjat sedikit dia tatkala membuka pintu dengan kehadiran mengejut jejaka tinggi lampai dihadapannya. "Izlan,apa you buat kat rumah i ni?" Belum sempat ...