Langkau ke kandungan utama

Cerpen : Bukakan Hatimu (Part #1)

Cuaca yang cerah itu amat indah dipandangan mata.Angin yang bertiup lembut begitu menenangkan hati sesiapa yang merasainya.Tapi tidak bagi si gadis ini. Air mata yang turun di pipinya langsung tak dihiraunya. Sedih mengenangkan dirinya. Kematian Izlan langsung tidak dapat mengubah takdir yang tertulis buatnya.Semuanya sudah pun terjadi.

Izlan meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beberapa bulan sebelum dia meninggal telah berlaku satu kejadian yang tak dapat dilupakan oleh Airin  sehingga ke saat ini.Kejadian yang membuatnya menjadi seorang yang keras hati. Kejadian itu mula terlayar kembali diingatan.

******
Ketukan bertalu-talu dimuka pintu membuatkan Airin terkocoh-kocoh membuka pintu.Sedikit hairan siapa yang datang malam-malam buta seperti waktu ni.Sofea pula tiada kerana pulang ke kampung.

Terperanjat sedikit dia tatkala membuka pintu dengan kehadiran mengejut jejaka tinggi lampai dihadapannya.
"Izlan,apa you buat kat rumah i ni?" Belum sempat soalannya dijawabnya, badannya ditolak hingga terdorong ke belakang. Naseb baik dia sempat berpaut pada bucu sofa yang berdekatan.Jika tidak pasti dia akan cedera.
" You ni kenapa?". Airin cuba menahan debaran dihatinya apabila melihat raut wajah yang menakutkan pada wajah Izlan.Airin cuba berundur ke belakang sedikit.
"You tanya kenapa?Lau you boleh layan orang lain,takkan you tak boleh layan i." Izlan sudah bertindak mula menindih badan kecil Airin. Airin sudah mula ketakutan dan air matanya sudah mula keluar.Dia tak dapat lari kemana-mana lagi.Tangannya dipegang kejap.
"Lepaskan i Izlan.I mohon.You dah salah faham." Airin tetap cuba merayu.
"Kau diam.Aku tak nak dengar alasan kau." Izlan sudah mula bertindak makin kasar. Makin kuat pegangan Izlan.Airin cuba meronta tetapi makin lemah dan tak berdaya untuk melawan.

Tangisan makin laju keluar dari mata bundarnya.Terasa jijiknya dia pada dirinya yang telah ternoda.Mahkota yang selama ini dijaga rapi telah diragut kesuciannya. Kejadian yang baru terjadi beberapa jam tadi telahpun meragut segala-galanya.Tidak sangka Izlan sanggup melakukan sedemikian padanya hanya kerana sikap cemburu butanya.Airin dirogol dengan penuh kejam tanpa rasa belas kasihan.

"Sampai hati you Izlan.You kejam.Apa salah i?" Rintih Airin dalam tangisan.Badannya hanya ditutup dengan selimut tebal.
"Tu balasan atas kesalahan you atas kecurangan you.Sekarang, you rasakan sendiri." Jerkah Izlan lantas menghempas pintu meninggalkannya sendirian. Rasa kecewa dengan sikap cemburu Izlan yang belum sempat dia menjelaskan keadaan yang sebenar.Lagi kecewa kerana mahkotanya telah musnah. Makin kuat esakan tangisnya.

"Airin.." Tersentak dia mendengar namanya dipanggil menghapuskan kenangan lalu. Dikesatnya air mata yang mengalir dipipinya.
"Ye,aku kat sini." Airin menyahut apabila melihat Sofea yang sedang berjalan menghampirinya.Dia bangun dari tempat duduknya.

Sofea dapat melihat wajah sendu sahabatnya.Dia dapat merasakan apa yang sedang bermain dalam hatinya. Dia sudah mengetahui hal yang terjadi pada Airin.Pada diala, tempat Airin meluahkan rasa hatinya, tangisannya setelah kejadian hitam itu berlaku.Marah Sofea pada Izlan dengan perbuatannya, tetapi ia sudah pun terjadi.Izlan pun sudah pun tiada.
"Airin, jom kita balik.Dah lama sangat kau kat sini." Sofea mengajaknya pulang.Airin hanya mengangguk. Sofea memimpin Airin dan mereka beriringan berjalan ke rumah sewa mereka.
" Semoga kau tabah sahabatku" Doa Sofea dalam hatinya.

*****
Meja kopi itu berselerakan dengan segala macam kertas kerja, nota dan buku-buku rujukan.Sesekali dia menguap menahan rasa mengantuk yang datang.Air di dalam cawan mugnya diteguk bagi menghilangkan dahaga.

Minggu peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi.Setelah itu, semua pelajar tahun akhir akan menamatkan pengajian masing2.Kesempatan ini digunakan Airin untuk belajar betul2.Dalam sedang leka menelaah, matanya tertancap pada satu kad jemputan yang bewarna ungu muda yang diterima pagi tadi.

Kad jemputan ke majlis pra graduan yang bakal berlangsung pada keesokan malamnya di Hotel Carlton.Dia memikirkan pakaian yang sesuai untuk ke majlis itu.Dalam sedang leka berfikir, Sofea menegurnya.
"Airin, apa yang kau menungkan tu." Sofea berjalan ke arahnya sambil membawa mug ditangannya.Dia mengambil duduk di hadapan Airin.
" Takdela,aku tengah fikir baju apa yang nak pakai untuk majlis esok." Airin menjawab sambil mengemaskan nota2nya.
"Kau pakai ajela apa yang sesuai.Kau kan cantik, pakai apa pun cantik." puji Sofea.
"Ada je kau ni.Okla, aku masuk tidur dulula.Mengantuk dah asa ni.Kau jangan lupa tutup semua suis lampu ye.Selamat malam." Airin menuju ke biliknya dengan buku2 nota di tangannya.
"Selamat malam." sofea menjawab dan dibawa kakinya ke kebilik.

*****

Kedengaran muzik dimainkan dari dalam ruang dewan itu.Kedua-dua jejaka sedang berborak dengan beberapa rakan-rakan sekuliah mereka.Sesekali terdengar suara ketawa mereka.Masing2 segak dengan pakaian kemeja dan berseluar slack serta berblazzer.
"Joe, mana Sofea? Tak sampai lagi ke?" Zaril bertanya pada sahabatnya itu yang dilihat sedang gelisah.Tersenyum sedikit dia dengan telatah Johan itu.
"Belum lagi.Aku nak ambik dia kat rumah dia tadi, tapi dia cakap tak payah.Dia kata nak datang dengan kawan serumah dia." Jawab Johan yang tak sabar nak berjumpa dengan buah hatinya itu.

Selang beberapa minit, ada dua orang gadis sedang berjalan ke arah mereka berdua.Terpegun seketika mereka tatkala memandang ke arah dua gadis itu.Seorang daripada mereka sangat anggun dengan dress kain satin berwarna biru muda.Menyerlahkan lagi kejelitaannya.Zaril tidak berkelip memandangnya kerana baru pertama kali dia bertemu gadis cantik itu.
"Assalammualaikum." Sofea memberi salam pada dua jejaka yang dikenalinya itu.
"Waalaikumussalam..Haa sampai pun."jawab Johan.Tersenyum senang dia melihat gadis pujaannya itu.
" Sorry,lambat sikit.Oh ya, i kenalkan ni kawan i, Airin. " "Airin, ni la Johan yang aku cite kat kau ritu.Sebelah dia tu Zaril." Sofea memperkenalkan mereka.
"Hai Airin.Sofea ada cite pasal u.Ni kawan i, Zaril." Tersenyum Johan menjawab.
"Hai, i'm Zaril.You look so beautiful."  Giliran Zaril pula berkata.Matanya tak lepas dari memandang Airin.Terbit satu rasa aneh dalam hatinya. 
"Thanks." Airin hanya menjawab dengan senyuman.Tidak senang dengan renungan Zaril itu.
Sofea dan Johan tersenyum senang dengan telatah mereka berdua itu.Suara Johan kedengaran.
" Okla, jom kita cari tempat duduk.Takkan nak berdiri pulak kan." Beriringan mereka berempat mencari tempat duduk.Apabila duduk di satu sudut, Zaril mengambil peluang untuk mengamati wajah Airin.Kedengaran suara pengacara majlis memulakan acara majlis.

****
(BERSAMBUNG...)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,   jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk…. TAPI!!!!!!... Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat       terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai men

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla po