Langkau ke kandungan utama

Cerpen : Bukakan Hatimu (part #3)


Airin berjalan menuju ke tempat duduk ditaman permainan itu. Ramai kanak2 bermain-main di situ. Sungguh ceria melihat mereka bermain. Apabila melihat kanak2 itu bermain, timbul dibenaknya mengatakan betapa beruntungnya menjadi  kanak2. Kerana tak perlu memikirkan masalah-masalah yang timbul.

Dari jauh kelihatan Zaril berjalan ke arahnya.Entah mengapa setiap kali dia berhadapan dengan Zaril, hatinya bergetar kuat.

Pagi tadi selepas kelas, dia menerima isyarat mesej dari Zaril mengatakan ingin bertemunya petang itu di taman permainan berhampiran rumahnya kerana ada hal yang perlu diberitahu kepadanya.Hairan juga bagaimana Zaril boleh mendapatkan nombornya.Mungkin Sofea yang beri.

Zaril menghampiri dan menegurnya.
"Hai Airin,dah lama tunggu?" Segaris senyuman dilemparkan sebelum melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.
" Ada apa yang awak nak jumpa i ni?" soalan Zaril tidak dijawab. Zaril menarik nafas dalam2 sebelum membuka mulutnya. Matanya merenung tajam pada Airin.

"Airin, you dengar apa yang i nak cakap ni,tapi i harap u takkan marah." Airin hanya menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Zaril.
"I nak lamar u menjadi isteri i yang sah." Airin terkejut dengan apa yang didengarnya. Terasa seperti dia sedang bermimpi."Dah gila ke Zaril ni." Kata hatinya.

Belum sempat Airin menjawab, Zaril terlebih dulu memotong. "I tahu u terkejut dan takkan boleh terima i,apalagi u nak cintakan i.Tapi i benar2 sayangkan u.I takkan paksa u untuk terima i sekarang, dan i bukan nak melamar u sekarang.I cuma nak u bersedia dulu." Kali ni giliran Airin pula menjawab.

" U ni dah gila ke apa?Kita tak pernah kenal,apalagi bercinta.I tak kenal u, u pun tak kenal i.Hari tu u kata u jatuh hati dengan i, sekarang u lamar i." Merah padam Airin menahan rasa marah.
"Jawapan i, i takkan terima u.Jangan harap i akan sukakan u.Dah, i nak balik." Setelah menghabiskan kata2nya, Airin bersedia untuk bangun dan beredar dari situ, tetapi sempat ditahan oleh Zaril.

"I faham u takkan boleh terima i sekarang.I sanggup tunggu.Tapi i ada perkara nak beritahu u.I harap u tunggu dulu sekejap." Zaril cuba memujuk.Airin terpaksa duduk kembali.
"U memang tak kenal i, tapi i kenal u." Zaril berhenti sebentar.Airin dilihatnya terkejut dengan kata2nya seperti tidak memahami dengan apa yang diperkatanya.
" I kenal siapa u yang sebenarnya.Seorang gadis yang sangat baik, cantik dan bijak.Dan jugak seorang yang setia pada cinta."
"Apa yang u nak cakap sebenarnya ni.Boleh tak cepat sikit.I nak balik." Airin mula melenting.
"I tahu u tak macam ni dulu, tapi apa yang terjadi pada u dulu yang telah menyebabkan u jadi keras hati.Betul kan?"

 Airin berasa hairan dengan apa yang diperkatakan oleh Zaril. Zaril dilihatnya sedang tersenyum tenang. Airin masih meneka dalam hatinya, siapakah Zaril ni.Adakah dia tahu tentang rahsia yang selama tersimpan kemas dalam hatinya?

"Apa u cakap ni Zaril? Apa yang u tahu tentang i?" Airin memberanikan diri bertanya.
"Sebenarnya..i nak sampaikan salam kemaafan Izlan kepada u. Dia mintak maaf kepada u atas semua dosa2 dia pada u." Zaril berkata. Airin terkejut mendengarnya.
"Izlan? Macam...mana u bo boleh kenal Izlan?" terketar-ketar Airin bertanya.
" Izlan adalah sepupu i. Dia nak sangat jumpa u, nak mintak maaf dengan u dan nak bertanggung jawab pada u, tapi dia tak dapat buat semua tu.U maafkanla dia."
Airin sudah tak dapat mengawal empangan air matanya lagi.
"Airin, u jangan nangis.I will take care of you." Zaril memujuk Airin apabila melihat dia nangis.Zaril cuba untuk mengelap air mata Airin tapi ditepis oleh Airin.

" Enough Zaril. u dah pun cakap perkara yang i patut tahu.I dah tak nak jumpa u lagi.U jangan pernah cari i lagi.Demi Allah, i dah maafkan Izlan dari awal lagi.Tapi, i takkan pernah lupa apa yang dia dah buat pada i.I tak nak jumpa u lagi lepas ni."
"U mesti dah puas kan buat i macam ni.U ingat hati perasaan i boleh dibeli, dibuat macam sampah setelah apa yang terjadi pada i.U jangan ingat bila u dah luahkan perasaan u, then lamar i, boleh buatkan i lupakan dengan apa yang dah terjadi." Sepuas-puasnya Airin meluahkan isi hatinya.Air mata yang bagai banjir langsung tak dihiraukan lagi.

Airin ingin pergi, tapi Zaril memaut tangannya.
"Tolongla bagi peluang pada i untuk jaga u.I ikhlas menerima u seadanya.Setiap manusia tak semua sempura."
"Airin jatuh cinta dengan u ikhlas dari hati i sejak pertama kali kita berjumpa.Airin, tak pernah i jatuh cinta dengan sesiapa sebelum ni,kecuali u Airin."

Airin menepiskan tangannya dan terus berlalu pergi dari situ.Hatinya bercampur baur.Dari jauh dia dapat mendengar Zaril menjerit padanya. "Bukakan hatimu Airin."
Airin terus berjalan tanpa menghiraukan orang2 disekeliling yang memandangnya.

*****

Airin berjalan pulang ke rumah dengan tangisan.Air mata makin diseka, makin laju dia mengalir.Kenapa ini yang terjadi padanya? Apa salah dia?. Semuanya bermain-main dalam fikirannya.

Sampai dihadapan rumahnya, tatkala dia membuka pintu, dia terus terjelepok jatuh ke lantai.Terasa berat beban dirasanya saat itu.Sofea yang melintasi ruang tamu terus mendapatkan Airin.Lantas dipeluknya Airin dan dibawa ke biliknya.

"Airin, kenapa ni?Apa yang dah berlaku?kenapa kau nangis sampai macam ni?" bertalu-talu soalan keluar dari Sofea.Di wajahnya, jelas riak kerisauan dengan keadaan Airin.Diseka air mata Airin.

Airin menggagahkan mulutnya untuk bercerita juga walaupun hatinya pedih." Sofea, Zaril sebenarnya sepupu Izlan.Sepupu kepada lelaki yang dah rogol aku Sofea." makin kuat esakan Airin. Terasa nak meletup jantungnya apabila mengatakan kembali apa yang Zaril perkatakan padanya tadi.

Pada Sofea diluahkan segala-galanya yang terbuku dihatinya.Dia menangis semahu-mahunya pada Sofea.Sofea jugak tak dapat menahan sebaknya juga turut menangis sambil memujuk Airin.
"Aku yakin kau akan temui kebahagiaan kau Airin.Kebahagiaan kau sudah ada di depan mata kau Airin." ucapnya pada Airin.Masing2 sudah lencun dengan air mata.

*****

Ketukan di muka pintu kedengaran.Sofea bangun membuka pintu untuk melihat siapakah gerangan yang datang. Dilihat Johan dan Zaril yang berada di muka pintu.
"Jemputlah masuk.Airin ada kat dalam." Sofea menjemput mereka masuk.Sofea sudah tahu kedudukan yang sebenar dari Airin.Zaril dan Johan juga sudah menjelaskan hal yang sama. Johan dan Sofea memberi peluang pada Zaril untuk memujuk Airin.

Zaril mendekati perlahan-lahan ke arah Airin yang sedang duduk termenung di balkoni sambil merenung kosong ke luar.
"Airin..." Zaril memanggil namanya perlahan tetapi Airin tetap membisu dan membantukan diri tanpa menoleh pada Zaril.

"Airin, i minta maaf atas tindakan terburu-buru i meluahkan isi hati i pada u.I ikhlas dengan perasaan i pada u sebab tu i jujur bagitahu u.I tak nak kehilangan u Airin." Zaril menarik nafas dalam2 sebelum menyambung kata2nya.
"I mencintai u bukan kerana Izlan atau sesiapa.Perasaan i tulus ikhlas pada u.I tahu i tak patut paksa u,tapi i harap sangat u bagi peluang pada i untuk menjaga u dan melindungi u.I akan bahagiakan u hingga akhir hayat i."

 Entah kenapa tiba2 terasa sejuk hati Airin mendengar ungkapan Zaril itu. Sesungguhnya, sudah lama dia tak mendengar ungkapan seperti itu,tapi hatinya masih ragu2 dengan Zaril.

"Kenapa u tak cari perempuan lain yang lebih sempurna dari i , Zaril? I tak layak untuk u, i dah tak suci lagi Zaril. Orang yang rogol i tu sepupu u sendiri.U tak jijik ke dengan i, Zaril.Dan bagaimana penerimaan keluarga u?Mereka mesti takkan boleh terima perempuan yang dah kotor macam i ni." Perlahan saja Airin meluahkan isi hatinya.

"I menerima diri u seadanya,i tak pernah fikir macam tu pasal u,i tak pernah rasa jijik dengan u Airin. I tahu semua yang berlaku pada u bukan kehendak u."
"Pada i, u tetap lebih suci dari segalanya.U tetap suci kerana akhlak dan sikap u. Airin, i tak mencari kesempurnaan pada diri u tapi kekurangan u.Kerana i yang akan melengkapi kekurangan itu.Family i mesti menerima u sebagaimana i terima u Airin."
"I nak bersama u, mengharungi semua dugaan bersama u Airin.I nak bantu u mencapai kebahagiaan u semula."

Terharu Airin mendengarnya.Airin cuba mencari kejujuran dari sinar mata Zaril yang sedang merenungnya dengan senyuman.Entah kenapa, benteng egonya seakan runtuh dek kerana Zaril.
"U terimala i dalam hidup u, Airin.Bukalah hatimu untukku..." Ayat yang dilafazkan oleh Zaril itu hampir melembutkan hatinya yang keras itu.Apakah jawapan yang harus dia berikan?

*****
(9 bulan kemudian)

Airin memasuki biliknya dirumah ibu bapanya yang dihias cantik dengan bunga-bunga segar dan pelbagai hiasan yang betul2 menunjukkan suasana bilik pengantin. Semua itu berkat usaha ibunya yang menghias biliknya dengan cantik.Pagi tadi, berwalikan ayahnya sendiri, Airin telah selamat diijab kabulkan dengan Zaril.

Airin melabuhkan punggungnya di atas katil bercadar satin bewarna putih susu itu.Dipandang pada jarinya yang berinai yang tersarung cincin  emas bertatahkan berlian itu.Tidak dia menyangka dia sudah pun menjadi isteri kepada jejaka yang telah berjaya membuka pintu hatinya dan menerima salam huluran cinta darinya.

Tersenyum dia mengingat kembali peristiwa 9 bulan lalu.Zaril melamarnya untuk kali kedua ketika kedatangannya ke rumah sewanya dulu.Bersaksikan Sofea dan Johan, Airin membuka hatinya untuk menerima Zaril dalam hidupnya. Syukur juga, kerana kedua-dua belah keluarga merestui perhubungannya dengan Zaril.

Zaril melangkah masuk ke kamar pengantin.Dilihatnya Airin sedang duduk di katil sambil merenung cincin yang disarung  semasa akad nikah pagi tadi.Zaril lantas memeluk Airin dari belakang.Airin terkejut dan lantas berpusing memandang suaminya.Tersenyum bahagia masing2.

"Terima kasih sayang sebab sudi sehidup semati dengan abang." Ucap Zaril lalu menghadiahkan ciuman pada dahinya.Dipeluk erat isterinya itu.
"Terima kasih juga abang sebab menerima Airin seadanya." Zaril membalas kata2 Airin dengan senyuman.
"I love you sayang." ucap Zaril lagi.
"I love you too." Airin pula membalas. Masing2 berpelukan kebahagiaan.Semoga kebahagiaan mereka berkekalan...

--TAMAT---

P/S: mohon maaf jika jalan cerita cerpen ini kurang menarik.Aku akan cuba memperbaikinya dari masa ke semasa.Terima kasih kerana sudi membaca.
:)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,   jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk…. TAPI!!!!!!... Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat       terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai men

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla po