Langkau ke kandungan utama

Cerpen : Cinta Terbalas Jua

Cerpen: Cinta Terbalas Jua

"Lisa, kau yakin ke nak bagi hadiah ni Adrian?" Tanya Shireen kepada rakan baiknya. Dia seperti tidak percaya Elisa hendak meluahkan perasaannya pada Adrian.Adrian seorang pelajar kacak yang popular dikalangan pelajar perempuan kerana seorang pelajar cemerlang selain aktif dalam bidang sukan bola keranjang.Berasa risau dihati Shireen  kerana dia tahu sikap playboy si Adrian itu.Semua orang pun tahu.

"Mestilah, aku dah prepare.Siap balut dengan pembalut LOVE.Aku mesti luahkan perasaan aku kat dia.Aku dah tak sanggup nak tahan lagi.Kau tak payah tunggu aku.Kau balik dulu."Elisa bertekad, sudah lama dia menyimpan perasaannya kepada Adrian.Langsung dia tak percaya pada khabar angin tentang Adrian itu.

"Okla,aku pun nak pergi tolong mak aku kat restoran.Aku harap kau berjaya." Ucap Shireen walaupun hatinya gusar lalu berlalu meninggalkan Elisa.Emak Shireen seorang pengusaha restoran yang berjaya.

(Di taman bunga)
"I cintakan you." Dhia meluahkan perasaannya kepada Adrian.Dhia merupakan anak kawan ibunya yang sangat2 tergila-gilakan Adrian dari zaman kanak2 lagi.Tapi sayangnya Adrian langsung tidak meminatinya.
"I'm sorry Dhia.I tak pernah cintakan you.Dah banyak kali i cakap pada you,i harap you faham." Naik rimas Adrian dengan sikap tidak faham bahasa si Dhia ni.Dia berpaling dan hendak melangkah meninggalkan Dhia. Baginya, dia tidak mahu ada komitmen dengan mana2 perempuan sehingga dia benar2 akan jatuh hati perempuan yang dapat membuka hatinya untuk serius dalam hubungan.

Dhia yang tak dapat menerima, terus memeluk Adrian dari belakang.Elisa yang melihat kejadian itu kecewa lalu berlari meninggalkan mereka.Kedudukan Elisa yang jauh dari tempat itu, tidak dapat mendengar apa yang mereka bincangkan.Elisa menyangka Adrian dan Dhia sudah pun rasmi sebagai pasangan kekasih.Dia menangis.

"Hey, kenapa ni?" Siapa yang buat kau nangis ni?Biar aku ajar dia." Elfi menegur Elisa. Dialah satu2nya lelaki yang berkawan baik dengan Elisa.Mereka  berkawan sejak kecil lagi.Elisa selalu mengadu pelbagai masalah kepada Elfi.Namun, Elisa tidak tahu akan perasaan Elfi terhadapnya.

"Kawan baik awak." Jawab Elisa selamba.
Elfi terpinga-pinga mendengar jawapan Elisa. Jika yang menyakiti Elisa adalah rakan baiknya, mungkin akan memberi sedikit masalah untuk dibelasah.
"Siapa?" Elfi tidak dapat meneka siapa yang telah menyebabkan gadis kesayangannya itu menangis. Elfi juga tidak tahu perasaan Elisa terhadap Adrian. Elisa tidak beritahu Elfi tentang perasaannya kerana takut bertepuk sebelah tangan.
"Sebenarnya, saya sukakan Adrian.Dah lama, tadi saya nak luahkan tapi dia dah ada orang lain." Elisa berterus terang.Elfi kecewa mendengar pengakuan Elisa, dia sangat menyukai gadis itu.
Disangkanya Elisa juga mempunyai perasaan yang sama, ternyata kali ini dia silap.Elfi diam, lidahnya kelu.Tetapi dia memaksa dirinya untuk bercakap supaya Elisa tidak perasan tentang perasaannya.
"Lisa, awak jangan risau.Saya akan tolong."
Pedih hatinya tatkala mengungkap ayat itu.

(Di foyer jabatan di kolej)
"Aku dengar kau dengan Dhia bercinta.Betul ke?" Elfi inginkan kepastian.Dia yakin Adrian akan bercakap jujur dengannya kerana hubungan mereka sangat rapat kerana sama2 pemain bola keranjang kolej.Mereka sangat popular dan diminati ramai.Itu yang menyebabkan Elfi tidak menyangka Elisa tidak meminatinya.Dan dia juga tahu sikap sebenar Adrian yang memang gemar berkawan dengan ramai perempuan tapi bukanlah berniat untuk mempermainkan mereka.
"Cepatnya berita tersebar.Aku dah reject lah pompuan tu.Tapi dia tak boleh terima terus peluk aku.So, aku takde pilihan.Takut juga kalau dia macam nak bunuh diri depan aku." Adrian tersenyum, wajah tampannya menyerlah.
"Tapi, malam tu jugak aku cakap nak putus." Adrian tergelak.Elfi yang mendengar hanya senyum tawar.
"Sebelum ke bilik latihan, kau temankan aku jumpa kawan kejap." Elfi hendak memperkenalkan Elisa pada Adrian.

(Di Kafeteria)
"Nah, mak awak bagi." Elisa menghulurkan bekalan makanan daripada ibu Elfi kepadanya.Elisa sedikit gugup kerana tidak menyangka Adrian bersama Elfi.Adrian memerhatikan Elisa.Dia tertarik melihat gadis itu.
"Awek kau ehh?" soal Adrian setelah Elisa jauh dari pandangan.
"Tak, dia kawan aku je.Dah bertahun kawan.Kenapa?Kau minat?" Elfi menduga Adrian.Sengaja dia meminta Adrian supaya mengikutnya berjumpa Elisa.Dia yakin setiap lelaki yg memerhatikan Elisa pasti akan menyukainya.

"Lawa juga.Kenapa kau tak kenalkan aku dengan dia tadi?Eh, dia single lagi ke?" Adrian kelihatan bersungguh-sungguh ingin mengenali Elisa dengan lebih rapat.
"Urmm, single.Tapi dah ada yang minat.Aku boleh kenalkan dia pada kau, tapi kau kena ingat.Dia tu jenis yang setia, jangan kau sakitkan hati dia." Elfi memberi peringatan kepada Adrian.Adrian hnya tersenyum sambil memerhatikan Elisa dari jauh.

"Hai, saya Adrian." Adrian memperkenalkan dirinya kepada Elisa.Elisa tidak menyangka hal itu akan terjadi kepadanya kelihatan sangat terkejut.
"Hai." jawab Elisa ringkas.Adrian meluahkan hasrat dirinya untuk mengenali Elisa.Elisa hanya tersenyum mengangguk tanda membenarkan dirinya didekati oleh Adrian.Mereka berjanji untuk berjumpa di taman berdekatan kolej.

Secara automatik ia adalah first date mereka.Sebelum berjumpa Adrian, Elisa pergi ke rumah Elfi.
"Thanks.Saya tahu awak sengaja kenalkan saya dengan Adrian kan?". Elisa berterima kasih kepada Adrian sambil menghulurkan hadiah tanda terima kasihnya.
"Takdelah.Dia yg nak sgt knl dengan awk." Elfi bersikap dingin.Dia bersikap begitu supaya Elisa tidak tahu akn rancangannya utk memperkenalkan Elisa kepada Adrian.Elfi juga tdk mahu Elisa berasa terhutang budi kepadanya.
"Oklah.Saya nak pergi jumpa dia ni.Doakan saya ye." Elisa bergegas ke taman yg dijanjikan.

(Di taman)
"Sorry lambat.Saya pergi jumpa Elfi tadi." Elisa meminta maaf atas kelewatannya.Dia kelihatan kalut.Adrian yg memerhati tingkah laku Elisa tersenyum.Dia semakin jatuh hati kepada gadis itu.
"Comel betul lah dia ni." kata hati Adrian.
"Takpe.Jom kita pergi tengok wayang.Lepas tu, kita pergi makan."jawab Adrian. Ternyata Adrian sudah menyiapkan perancangan utk segala yg ingin dia lakukan pada hari itu bersama Elisa. Elisa hanya menurut apa yg dikatakan Adrian. Selepas tengok wayang dan makan, mereka pergi ke taman tema berdekatan.

"Nah." Elfi menghulur ais krim.
"Thanks." Elisa lebih banyak berdiam diri dari bercakap.
"Kenapa ni? Dari tadi awak hanya diam, kalau saya tanya awak jawab.Itu je.Awak tak suka keluar dengan saya ke?" Adrian kelihatan sedikit kecewa.
"Err, tak adalah.Saya tak dapat biasakan diri bersama awak lagi.Maafkan saya jika buat awak marah."
Elisa tunduk.Dia beranggapan Adrian tidak memahaminya.Sebenarnya dia begitu gembira dan masih tidak percaya dia bersama Adrian sekarang.
"Kenapa dengan awak ni? Dari tadi asyik minta maaf je.Awak tak salah apa pun.Saya cuma bimbang kalau awak tak gembira keluar dengan saya." Adrian mengerutkan dahinya, itulah pertama kali Elisa melihat wajah Adrian marah.
"Sudahlah, jom kita naik roller coaster."
Adrian sememangnya seorang yg tidak suka marah lama2.
"Ok." Elisa mengikuti langkah Adrian.Dia memerhatikan handphonenya.
"Kenapa?" Adrian pelik melihat Elisa .
"Saya tengah tunggu Elfi call.Biasanya dia akan call saya setiap jam 5:30 ptg." Jawab Elisa yg pelik dgn sikap Elfi yg mulai berubah.

(Di kolej)
"Elisa, jom rehat bersama ." Adrian mempelawa Elisa.Dia kelihatan seperti tdk bersedia utk ditolak.
"Err...ok.."Elisa akur.
"Elisa, kau pergilah.Aku nak ke perpustakaan.Ada keje nak kena buat." Shireen menyampuk.

Adrian membawa Elisa ke belakang bangunan fakulti kolej.Dia ingin meluahkan perasaannya kpd Elisa.
"Saya sukakan awak, saya nak jadikan awak sebagai kekasih saya." Adrian tidak berselindung.
Elisa kelihatan terkejut tetapi dia sangat gembira lalu menerima lamaran Adrian.
"Saya pun sukakan awak." Elisa tersenyum.

Elfi memerhatikan mereka dari jauh.Elfi gembira krn Elisa telah bertemu cintanya walaupun hatinya sendiri yg terluka.
"Mulai hari ini, aku akan jauhkan diriku dari Elisa." Elfi tidak ingin menjadikan perasaannya sebagai penghalang kepada kebahagiaan Adrian dan Elisa. Elisa menceritakan hal itu kepada Shireen dan berasa begitu gembira.Tetapi dia merasa seperti kehilangan sesuatu.

(Rumah Elfi)
"Elfi, Adrian dah luahkan perasaan dia kat saya." Elisa memulakan bicara.Dia ingin menceritakan kisah bahagianya kepada Elfi.
"Baguslah.Ada la juga lelaki yg rapat dengan awak selain saya.Saya pun dah tak perlu nak jaga awak lagi. Saya nk mandi dulu, awak baliklah." Elfi pergi tanpa menoleh ke belakang.Elisa sedih dengan perubahan Elfi sejak dia mulai rapat dgn Adrian.Elfi bertindak menjauhkan dirinya dari Elisa.
Elisa sedar itulah sesuatu yg hilang dari sisinya.Dia tekad utk memberitahu Elfi tentang apa yg dirasanya.Dia mahu Elfi berterus terang kepadanya kenapa Elfi bersikap dingin.

(Di kolej)
"Elfi, kenapa dengan awak ni? Sejak saya rapat dengan Adrian, awak macam dah tak nk berkawan dengan saya." Elfi hanya diam.
"Saya mengaku saya sangat gembira apabila jadi girlfriend Adrian.Tapi jika awak tak suka saya ada hubungan dengan dia, saya akan putuskan hubungan ni." Elisa sudah tidak tahan lagi dengan sikap dingin Elfi. Dia tdk mahu hubungannya dengan Elfi putus begitu sahaja.Elfi terkejut dengan tindakan Elisa.
"Adrian, seorang lelaki yang baik.Awak jangan bertindak bodoh hanya kerana saya." Elfi tidak menerangkan maksud dlm percakapannya, sebaliknya dia pergi begitu saja meninggalkan Elisa.


Disetiap langkah Elfi, Elisa mulai sedar akan perasaan sebenarnya.Elisa bergegas ke kelas Adrian.Dia ingin berterus terang kpd lelaki itu.
"Adrian, saya sukakan awak, itu yg saya sangkakan.Tapi rupanya saya telah jatuh cinta pada orang lain.Maafkan saya." Elisa melangkah meninggalkan Adrian.Sebelum sempat dia meneruskan langkahnya, Adrian bersuara.
"Orang yang awak suka tu Elfi, betul tak?". Elisa tersentak.Dia sendiri baru saja sedar akan perasaannya tetapi bagaimana Adrian sudah dapat tahu mengenai hal itu.
"Saya dah agak perkara ini sejak dating pertama kita.Tapi saya memaksa diri saya utk menganggap itu hnya suatu salah sangka krn saya tidak mahu kehilangan awak." Jelas di wajah Adrian dia kecewa.

"Saya minta maaf." Hanya itu yg mmpu diucapkan Elisa.Dia terus melangkah meninggalkan  Adrian.
"Sebagai tnda trima ksh kerana pernah jadi girlfriend saya, saya nak bagi tahu awak yang dia jugak sukakan awak. Saya terbaca diari Elfi." Adrian melangkah meninggalkan Elisa yang terpinga-pinga dengan kenyataan Adrian.Elisa terus berlari mendapatkan Elfi.

"Elfi,saya tidak pernah menyedari perasaan sy pada awak.Tapi entah kenapa saya lebih rela kehilangan Adrian dari awk.!" Elisa meluahkan apa yg dirasainya.Elfi membalas renungan Elisa sambil tersenyum.Akhirnya cintanya terbalas jua..

p/s: amacam??best tak jalan cerita ni...Jika ada apa2 yg kurang, xmenarik minta maafla..Tengah demam ni idea lagi makin malas nk diperah...:(


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,   jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk…. TAPI!!!!!!... Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat       terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai men

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla po