Langkau ke kandungan utama

Cerpen: Bukakan Hatimu (part #2)


Matanya melilau dari setiap rak untuk mencari buku yang dicari.Apabila telah jumpa, diambil buku itu, dan dibeleknya.Dalam sedang membelek buku itu,ada satu suara menegurnya.

"Hai." Terperanjat sedikit Airin.Tidak disangka mereka akan bertemu hari itu.Zaril yang kebetulan baru masuk ke kedai buku itu terlihat Airin.Dicubanya menegur.
"Owh, hai." Airin sekadar menjawab pendek.Terus dia melangkah pergi, namun Zaril mengikutinya.
"Airin, nanti dulu.Semalam, kita tak sempat bersembang.Apa kata kita pegi minum pastu kita boleh berbual." Zaril cuba mempelawa Airin.Entah kenapa, sejak mereka berjumpa semalam, dia sentiasa teringatkan gadis itu.
"I'm sorry.I ada hal.I pergi dulu." Airin terus melangkah pergi meninggalkan Zaril yang sedang terpinga-pinga.Setelah membayar buku yang dipilihnya, Airin terus keluar.

Airin sama sekali tidak berminat untuk berbual dengan Zaril.Hatinya sudah beku untuk mengenali mana-mana lelaki setelah kejadian hitam beberapa bulan dulu.

Zaril masih mencari kelibat Airin.Dia cuba mengejar Airin tapi Airin telah hilang dipandangannya.Zaril tahu Airin berbohong padanya.Hatinya teringin untuk mendekati dan mengenali gadis itu.Dia yakin dia sudah jatuh cinta pada gadis itu.Dia tetap nekad untuk berkenalan dengan Airin.

*****

Airin menonton televisyen sambil mengunyah makanan ringan.Itulah aktivitinya jika masa lapangnya.Dari ekor matanya dapat menangkap Sofea sedang menuju ke arahnya.
"Airin,kau tak bosan ke?Kita keluar nak?" Sofea cuba mengumpan Airin setelah duduk disebelahnya.

Zaril ada berjumpa dengan dia dan Johan siang tadi.Serius saja wajahnya bertanyakan tentang Airin.Bersungguh-sungguh Zaril meminta pertolongan dari mereka untuk berkenalan dengan Airin.
Sofea tahu Zaril bersungguh mahu kenal dengan Airin.Zaril seorang yang baik tapi dia pun tak yakin Airin akan mahu membuka hatinya pada insan lain kerana hatinya sudah tertutup buat.Apalagi mereka berdua tidak tahu tentang keadaan sebenar Airin.Walau bagaimanapun,  dia akan cuba membantu kerana dia mahu Airin kembali bahagia.

"Malasla.Aku nak duduk rumah je hari ni." Suara Airin mengembalikan dia ke alam nyata.
"Takkan kau nak terperap je kat rumah.Apa kata kita pergi jalan-jalan kat taman,boleh kita hirup udara yang segar,boleh relaxkan minda." Sofea cuba mengumpan lagi.
"Kat rumah pun boleh relax jugak kan?" Airin tetap tidak mahu.
"Airin, takkan nak asyik terperap kat rumah je.Kita pergila taman,boleh buat macam-macam aktiviti.Atleast boleh kuarkan peluh.Jomla, kau temankanla aku,kita jalan2 pusing taman dahla."

Airin rasa kasihan pulak la tengok si Sofea ni.Lagipun, betul jugak cakap Sofea, takkanla nak duduk rumah je.Nanti jadi malas pulak dia.

"ok2la..Aku temankan kau.Aku pergi siap dulu, macamla aku tak tahu dia nak pergi dating dengan Johan."omel Airin lalu melangkah ke biliknya.Sofea yang masih terpaku di sofa hanya menarik sengih.Terus dia menghantar mesej kepada Johan.

****

Airin dan Sofea duduk ditepi tasik.Untung saja cuaca cerah hari itu, bolehla mereka menikmati udara yang segar di situ. Mereka ke taman tasik yang berhampiran dengan kawasan taman perumahan mereka.

Dalam sedang berbual-bual, suara dari belakang menegur.
"Assalammualaikum." Johan memberi salam.
"Waalaikumusalam.Ehh, korang pun ada kat sini." Sofea berpura-pura terkejut untuk menyembunyikan hal yang sebenar.Sofea yang memberitahu rancangan mereka ke situ kepada Johan dan Zaril.
"Ye, kitorang saja jalan2 kat sini.Airin apa khabar?" Zaril pula bersuara.Dipandang wajah insan yang dicintai itu.Tanpa segaris senyuman yang menghiasi bibirnya.
"Lau camtu, jom Johan kita gi jalan2 kat situ.Airin kau boraklah dengan Zaril dulu ye." Belum sempat Airin menjawab Sofea dan Johan terus tinggalkannya bersama Zaril.Tiba2 debaran terasa tetapi dia hanya beriak biasa saja.

Zaril melabuhkan punggungnya di sebelah Airin.Dipandang sekilas pada Airin.
"Akhirnya dapat jugak kita berjumpa lagi kan.Airin sihat?" Pertanyaan Zaril hanya Dijawab dengan anggukan.Namun Zaril tetap bersuara.
"Airin, I nak mengenali u dengan lebih rapat lagi.I harap u takkan menolak." Zaril menarik nafas sebelum menyambung kembali.
"I sebenarnya dah jatuh hati pada u since dinner malam tu lagi.I tahu ia terlalu cepat, tapi sekurang-kurangnya i rasa lega sebab i dapat terus terang dengan u."

Terpana Airin dengan kata-kata Zaril tu.Tidak menyangka Zaril akan membuat pengakuan berani itu.Secepatnya dia menghapuskan perasaan kagum pada lelaki disebelahnya itu yang baru tumbuh tiba-tiba dalam hatinya.

"I mintak maaf,i nak balik dulu."Airin tidak betah berlama disitu.Diangkat punggungnya hendak pergi dari situ.Namun, dia masih dapat mendengar Zaril berkata sesuatu padanya.
"I akan tetap akan kejar you.I akan menunggu pintu hati you terbuka untuk i."

*****

Kedengaran lagu "My Baby You" dimainkan dari dalam Iphonenya.Termenung Zaril sambil memegang gambar Airin dan sepucuk surat hingga mengembalikan dia pada pertemuan terakhirnya dengan sepupunya sehingga ke saat2 terakhir kematiannya.

"Ril, kau ingat lagi tak perempuan yang aku pernah cerita kat kau dulu." Izlan bersuara pada petang itu ketika Zaril datang bertemunya dirumah.
" Ya.Aku ingat lagi.Kau selalu puji pasal dia kat aku.Kenapa kau tanya?" Zaril ketawa.

Izlan menelan liur tatkala mendengar ayat yang baru diucapkan oleh Zaril tadi.Tidak terhitung betapa menyesalnya dia memperlakukan pada gadis yang dicintai sepenuh hati.Gara2 cemburu butanya  kerana melihat Airin yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, dia sanggup meragut kesucian gadis itu.

" Hoi, apasal kau termenung lak ni?" Jerkahan Zaril mengembalikan dia semula ke alam nyata.
"Ril, aku dah buat salah pada Airin.Aku dah berdosa dengan dia." Rintih Izlan dalam tangisan esaknya.
" Hei, kau kenapa ni?Cuba kau terangkan satu persatu pada aku.Aku tak fahamla." Zaril memujuk apabila Izlan dilihat tiba2 menangis.

Hati Izlan makin pilu.Berat hatinya untuk menceritakan kejadian yang sebenar tetapi terpaksa juga diceritakan kerana rasa bersalah yang menyelubungi dirinya.Sesekali, dia teresak-esak menangis ketika bercerita pada Zaril.Tergeleng-geleng Zaril mendengar.Terkejut dengan pengakuan Izlan.

"Astaghfirullah, aku tak sangka kau sanggup buat perkara terkutuk tu.Kau tahu tak kau dah berdosa menganiaya dia camtu." Marah Zaril
"Aku tahu aku salah.Aku betul2 menyesal kerana terlalu mengikut rasa cemburu aku sampai aku dah..." Izlan tak sanggup nak meneruskan kata2nya lagi.Sebak di dadanya terasa.

Zaril tidak tahu perlu berkata apa lagi.Sungguh terkejut dia.Selama ini dia masak sangat perangai baran Izlan, tapi tak sangka sampai macam tu sekali dia lakukan pada Airin.
"Macam nila, kau bertaubatla, berdoa kepada Allah diampunkan dosa kau.Kau pegila jumpa Airin, mintak maaf pada dia." Zaril memujuk setelah emosinya kembali stabil.

Selepas beberapa minggu pertemuannya dengan Izlan, dia mendapat panggilan dari mak longnya,iaitu ibu Izlan yang mengatakan Izlan dalam keadaan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan.

Semasa Zaril mengunjunginya, iaitu beberapa minit dia sebelum Izlan menghembuskan nafasnya yang terakhir, Izlan menitipkan pesanan padanya.
" Ril, aku...aku dah tak dapat bertahan lagi.Aku akan pergi, tapi sebelum aku pergi, kau tolonglah sampaikan kemaafan aku pada Airin.Kau tolong jagakan dia baik2." Nafasnya tersekat-sekat menyampaikan amanah itu pada Zaril. Zaril berjanji akan tunaikan amanah itu.

*****

Kedengaran pintu dikuak dari luar mengembalikan  Zaril ke alam realiti. Jauh betul khayalannya. Zaril cepat2 menyimpan kembali gambar dan surat yang dipegang. Wajah Johan dipandang tatkala terlihat rakannya itu masuk.

"Wehh Ril, awal kau balik.Tak bagitahu aku pun." Johan menegur sebaik mengambil duduk di sofa dihadapan Zaril.
"Sorryla,aku tak nak kacau daun." Zaril ketawa menutup rasa kecewa di hati.
"Yela tu.Macam mana kau dengan Airin?" Johan cuba mengorek rahsia.Dia tahu Zaril sudah jatuh cinta pada Airin sejak pertemuan pertama mereka.
Zaril menarik nafas dalam2 sebelum menjawab soalan Johan. " Entahla Joe. Bukan senang aku nak yakinkan dia."
"Kau sabarla.Lama2 nanti aku yakin dia boleh terima kau jugak." Johan cuba memberi semangat padanya.
"Thanks bro.Aku pun harap macam tula." Tersenyum hambar Zaril. Dia akan berterus-terang pada Airin tentang kedudukan hal yang sebenar.Dia dah tak boleh tangguh lagi mengenai amanah arwah Izlan.

Tetapi cinta dia pada Airin benar-benar tulus.Tidak sangka dapat jugak dia berjumpa dengan gadis yang dicintai oleh sepupunya itu.

*****

(Bersambung...)






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,   jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk…. TAPI!!!!!!... Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat       terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai men

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla po