Langkau ke kandungan utama

Cerpen Fanfic: Kim's Family (Part 1)

TITLE: Kim's Family
ACTOR/ ACTRESS:-
• EXO Suho as Kim Jun Myeon
• Infinite L as Kim Myung Soo
• Kim Ji Won as herself
• BTS V as Kim Taehyung 
• BTOB hyunsik as Im Hyunsik
• VIXX Ken as Lee Jaehwan (cameo) 
• TWICE Nayeon (cameo) 

...
...

KIM's FAMILY (PART 1)

(Flashback dua bulan lepas) 
"Mianhae Ji Won. Kita perlu break. I dah suka orang lain."Kim Ji Won kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Jaehwan. Petang itu dia sangat teruja untuk berjumpa dengan Jaehwan kerana mereka sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Tapi, kegembiraannya disambut dengan berita yang mengecewakannya. 

"Wae? Apa salah i Jaehwan ssi? Kenapa u nak putus dengan i?" Tanya Ji Won dengan air mata yang mengalir ke pipinya. Dilihatnya wajah Jaehwan yang tenang tanpa sebarang perasaan bersalah."U memang tak ada buat salah dengan i. Cuma i dah tak cintakan u lagi. Cinta i untuk... " Belum sempat Jaehwan hendak menyambung katanya, suara seorang gadis kedengaran memanggil. 

"Oppa, dah selesai ke berborak? Penat tau Nayeon tunggu." Nayeon datang mencelah perbualan mereka lalu merangkul lengan Jaehwan. Jaehwan tersenyum sambit mencuit pipi kekasih barunya. "Alolo, kesian baby i ni. Sorry ye sayang. Nanti kita pegi makan ok." Bukan main happy lagi Jaehwan berkata pada buah hatinya tanpa memperdulikan perasaan Ji Won yang sedang menangis melihat kemesraan mereka. 

"Oklah Ji Won. I nak pergi dating dengan buah hati baru i, Nayeon. Gotta go, bye." Jaehwan pun berlalu bersama Nayeon meninggalkannya. Nayeon menjeling sambil tersenyum sinis memandang nasib malang gadis ini. Ji Won menangis teresak-esak di bangku ditaman itu sendirian. 

***
(Di Rumah Keluarga Kim)
Tiga orang lelaki duduk di meja makan sambil memerhatikan Ji Won yang sedang berbaring di dalam buaian di beranda rumah. Wajah Ji Won masih sugul walaupun sudah pun hampir 3 bulan dia berpisah dengan Jaehwan. Dia begitu murung membuatkan keluarganya bimbang.

"Hyung, sampai bila kita nak biarkan Ji Won noona macam tu?" Keluh adik bongsu mereka, Kim Taehyung pada abang2nya. 
"Yela hyung. Ji Won tu asyik termenung je. Patutnya kita pegi belasah je mamat tu. Suka2 hati je nak mainkan perasaan orang."Giliran abang kedua mereka, Kim Myungsoo pula bersuara dengan getaran yang menahan marah. Taehyung mengangguk menyokong kata2 abang keduanya. 
Abang sulung, Kim Junmyeon yang sedang minum meletakkan cawannya. Segera berkata, "Sabar Myungsoo ah. Kita tak boleh bertindak macam tu. Takkan boleh selesaikan apa2. Nanti dibuatnya budak tu report kat polis, tak pasal2 tido lokap pulak. " Taehyung turut mengangguk mengiakan kata2 abang sulungnya. Lalang betul si Taehyung nihh. 

"Habis takkan nak biarkan je Ji Won camtu? Ajak makan tak nak, ajak keluar pun tak nak. Semua tak nak. Huhh.. " Myungsoo mengeluh.
"Yela hyung. TaeTae nak mintak tolong ajarkan matematik pun dihalaunya TaeTae keluar bilik." Giliran Taehyung pula berkata sedih. Dia sedih melihat kakaknya begitu. 
" Hyung pun risau. Dia tak nak jumpa or cakap dengan sesape pun." Junmyeon berkata sambil menyimpangkan tangan.

"We need to do something hyung. Myungsoo tahu sape yang boleh pujuk Ji Won kita." Junmyeon dan Taehyung memandang Myungsoo penuh minat hendak ketahui jawapan Myungsoo itu. Belum sempat Myungsoo menyambung kata2 kedengaran loceng alarm rumah berbunyi. "Haa,  panjang umurnya. Mungkin dia la datang tu. Biar Myungsoo pegi bukak pintu kejap." Junmyeon dan Taehyung memandang kehairanan pada Myungsoo. Lalu mereka mengekori ke ruang tamu. 

Tombol pintu dibuka. Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu sambil tersenyum. 
"Annyeong." Jiran mereka merangkap bff Ji Won, Im Hyunsik memberi salam. 
"Haa, sampai pun. Baru je nak sebut nama kau, kau dah sampai. Jemputlah masuk." Kata Myungsoo. 
" Wae? Ada apa?." Hyunsik pun masuk ke dalam rumah. Lalu bersalam dengan abang dan adik Ji Won di ruang tamu. 
"Eloklah kamu dah datang Hyunsik. Boleh kamu pujukkan Ji Won tu. Kamu cakaplah dengan dia. Kami dah tak tahu macam mana nak pujuk dia lagi."  Arah Junmyeon sambil memandang  ke arah Ji Won.
"Boleh hyung. Saya memang datang nak jumpa dia pun. Saya risau jugak kalau2 dia sakit ke apa ke?" Kata Hyunsik kerisauan. 
"Kamu pergilah jumpa dia, dia ada kat beranda tu."  Kata Junmyeon. 

Hyunsik pun berjalan ke beranda. Sampai di beranda, dia melihat Ji Won yang sedang mendengar lagu di ear phonenya dengan matanya terpejam. Sayu Hyunsik melihat kesan air mata yang mengalir di pipinya. 
"Mesti dia menangis lagi." Desis hati Hyunsik. Dia sudah tahu tentang apa yang berlaku pada sahabatnya Ji Won. Dan dia sudah lama tahu Jaehwan ada perempuan lain tapi dirahsiakannya daripada pengetahuan Ji Won kerana tidak mahu Ji Won bersedih. 

Hyunsik melabuhkan punggung dikerusi.Hyunsik pun mencabut ear phone di telinga Ji Won. Mata Ji Won yang terpejam terus terbuka. Di kalihkan pandangannya pada Hyunsik yang sedang tersenyum memandangnya. 
"Hyunsik ah, bila kau sampai?" Ji Won pun bangun dari baringnya dan duduk berhadapan dengan kawan baiknya. Sejuk hatinya memandang wajah tampan Hyunsik. 
"Baru je. Kau sihat?" Tanya Hyunsik. Tangannya melekap di dahi Ji Won."Tidak panas." Kata Hyunsik dalam hati. Ji Won memegang dan melepaskan tangan Hyunsik dari dahinya. 
"Ne. Gwaenchanha. Aku sihat je." Luluh suara Ji Won. Senyuman pahit diukir. 
"Aku tahu kau sedih. Tapi kau jangan biarkan kesedihan tu menguasai kau. Kau kena kuat, kena bangkit. Kau kena buktikan pada Jaehwan tu, kau boleh dapat lelaki yang lebih hebat dan baik dari dia." Pujuk Hyunsik. 

"Aku tahu. Aku cuba untuk kuat. Aku sedar mungkin dia bukan jodoh aku. " Jawab Ji Won.
" Betul tu. Jadi, aku nak kau happy balik macam dulu. Kau lupakan semua yang dah terjadi.." Hyunsik memberi tazkirahnya. Ji Won pun dah mula bersemangat mendengar kata2 Hyunsik. Dia memandang Hyunsik. Dia beruntung mempunyai rakan baik seperti Hyunsik. Hyunsik sentiasa ada di sisinya tak kira di saat dia suka atau duka. Hyunsik sentiasa menghibur dan mendengar keluhannya. 
"Yah Ji Won ah! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Jerit Hyunsik mematikan lamunan Ji Won. 
"Ya, aku dengarlah. Aku belum pekak lagilah." Kata Ji Won dengan muka masam.

Tersenyum Hyunsik memandangnya. Mereka pun kembali berbual rancak. Sesekali Ji Won ketawa pabila Hyunsik membuat jenaka. Telatah mereka di perhatikan Junmyeon dari dalam. Junmyeon tersenyum lega melihat adik perempuannya sudah kembali ceria. Senang hatinya. Doanya moga adiknya akan kuat. 

***
(Keesokan hari) 
Myungsoo naik ke tingkat atas rumah banglo 2 tingkat mereka. Dia menuju ke bilik yang bertanda "Ji Won's Room" di pintu yang terletak di hadapan tangga. Tombol pintu dipulas. Dilihat Ji Won masih tido di atas katilnya. Myungsoo pun masuk dan menarik kain tirai di tingkap biliknya. Cahaya matahari menerjah masuk ke dalam bilik. Ji Won dapat merasakan cahaya yang menyilaukan walaupun dia masih pejamkan mata. Dia pasti tahu siapa yang masuk ke kamarnya. 
"Ji Won ah, ppalli ireona! Wake up!" Myungsoo mengejutkan adiknya. Ji Won pun berpisat-pisat menggosok matanya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dilihatnya Myungsoo sedang duduk di birai katilnya. 
"Arghhh, oppa wae? Just let me sleep. I'm so sleepy?" Rengek Ji Won. 
"Takde tido2 lagi. Cepat bangun.Cuti kan dah habis. Jadi, cepat bangun pergi kuliah." Kata Myungsoo. 
"Ehh, hari ni dah start kelas ke? Alaa, malasnya nak pergi." Ji Won berkata sambil menguap. 
"Bangunlah. Tak nak malas2. Ji Won kan dah happy, dah bersemangat. Cepat pergi mandi,bersiap. Lambat nanti oppa tinggal. Ke nak pergi sendiri?" Usik Myungsoo. 
"Yela2. Orang bangunlah ni. Oppa tunggu Ji Won tau." Ji Won bagaikan terkena renjatan elektrik terus berlari ke bilik air.Dia tak nak pergi sendiri ke universiti. 

Ji Won dan Myungsoo belajar di satu universiti yang sama walaupun berlainan jurusan dan semester. Jarak umur dia dan Myungsoo juga tidak jauh, hanya beza setahun. Jadi, dia akan pergi ke kuliah bersama abangnya jika waktu kuliah mereka sama. Hari ni hari pertama kuliah mereka selepas cuti musim panas.

Tergeleng-geleng Myungsoo melihat adiknya itu. Katil adiknya dikemas dan kain selimut dilipat. Myungsoo pun berlalu turun. Sebelum keluar dari bilik adiknya, Myungsoo sempat menjerit pada adiknya, "Dah siap turun makan breakfast."
"Ne. Arayo!" Jerit Ji Won kembali.

***
(Dongshin University) 
Tepat 9.00 pg, Ji Won dan Myungsoo tiba di universiti mereka. Mereka berdua berjalan ke bangunan yang menempatkan kelas masing2. Ji Won pun sampai ke kelasnya. Di dalam kelas kedengaran suara rakan2nya. Sampai di kelas, dia terus melabuhkan duduk di mejanya di barisan belakang. Beberapa minit kemudian, Hyunsik pula tiba di kelas. Dia lalu duduk di sebelah Ji Won. 

"Good morning Ji Won ah." Tegur Hyunsik dengan senyuman manisnya. 
"Morning. Lambat kau sampai rini. Selalunya kau yang paling cepat." Ji Won menjawab sambil memandang handphone di tangannya sekilas. 
"Mana ada lambat. Sama je macam biasa." Tersengeh Hyunsik menjawab.
"Yela tu." Ji Won membuka buku notanya. Hyunsik hanya memandangnya dengan senyuman. Dia begitu gembira Ji Won dah mula gembira semula. Pensyarah mereka sudah pun masuk ke kelas untuk memulakan kuliah mereka pagi itu. 

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,   jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk…. TAPI!!!!!!... Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat       terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai men

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla po