Langkau ke kandungan utama

Story Lawak | Daripada Majalah Remaja

Story #1:Tumpukan Perhatian
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi meja mayat itu diletakkan, lalu menumpukan perhatian terhadap syarahan yang disampaikan.

Pensyarah: Dalam bidang perubatan, ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor.Kamu tahukah apa yang saya maksudkan?
Pelajar: Tidak tahu sir.
Pensyarah: Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat.Saya akan melakukan demonstrasi.

***Pensyarah itu kemudiannya mencucuk satu jari ke dalam mulut mayat.Dia menariknya semula keluar dan tiba-tiba menjilat jarinya.

Pelajar: Eiii! Gelinya!
Pensyarah: Sekarang cuba kamu buat

***Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang baru sahaja dilihat.Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata...

Pensyarah: Kualiti kedua yang sangat penting ialah pemerhatian yang tajam.Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.Sekarang...TUMPUKAN PERHATIAN!
Pelajar: !@$%^&*

Story #2: 7 Keturunan
Disebuah kampung berceritalah seorang ibu kepada sang anak tentang salasilah dan sejarah keluarga mereka.

Ibu: Keluarga kita berasal daripada keluarga yang kaya raya!
Anak: Benarkah ibu??
Ibu: Benar!Malah harta kekayaan moyang, datuk nenek keluarga kita cukup untuk tujuh keturunan.
Anak: Tapi kenapa keluarga kita sekarang miskin ibu?
Ibu: kita ni keturunan yang kelapan

Story #3: kuruskan badan
Seorang lelaki yang agak berisi bernama Hafiz pergi ke sebuah pusat pelangsingan dengan niat untuk menurunkan berat badan. 

Penyambut tetamu: kami menawarkan dua jenis program disini.Versi 'biasa' berharga RM50 manakala bayaran RM100 untuk versi 'cepat'.
Hafiz: Saya nak ambil yang biasa sebab saya baru sahaja nak kuruskan badan.
Penyambut tetamu: Baiklah,sila masuk kebilik nombor lima di penjuru sana.

***Hafiz pun memasuki bilik itu lalu menutup pintu.Selang dua minit kemudian, masuk pula seorang gadis yang sangat cantik dan tinggi lampai. Memikirkan bahawa gadis itu bakal menjadi jurulatihnya membuatkan Hafiz tidak senang duduk dan berpeluh-peluh.

Hafiz: Adakah kamu jurulatih saya?
Gadis: Bukan.Tapi jika awak dapat mengejar saya, awak dibenarkan untuk memaksa saya keluar bertemu janji dengan awak!

***Gadis itu terus berlari diikuti Hafiz yang mula mengejar.Walaupun 10 minit sudah berlalu tetapi Hafiz tidak juga berjaya.Dicubanya lagi sehinggakan pada akhirnya dia jatuh terlentang ke lantai terus pengsan.Apabila sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati berat badannya turun sebanyak 3 kg.Hafiz lantas membuat keputusan untuk kembali pada keesokan harinya.

Hafiz: Memang berbaloi saya membayar RM50 semalam.Mudah rupanya nak kuruskan badan!
Penyambut tetamu: Kami gembira encik berpuas hati.Mari saya terangkan...
Hafiz: Tidak perlu kerana hari ni saya mahu cuba versi 'cepat' pula.
Penyambut tetamu: Baiklah, sila masuk ke bilik bernombor enam disana.

***Setelah menunggu selama beberapa minit di dalam bilik itu, datang pula seorang lelaki body-builder dan terus melafazkan perkataan, "Saya akan kejar kamu dalam bilik ini dan kalau saya dapat ...." 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammualaikum...
Hai sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???...
TARAAAAAA….

Haa….produk ni la..Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah mempunyai tujuh warna kesemuannya….And aq prefer utkku guna warna keempatnya, iaitu warna Koper Merah(seperti yg ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk….
TAPI!!!!!!...
Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai menggunakan produk ni atau tidak…Ujian serat bertujuan,utk menentukan…

Review Produk : Pewarna Rambut- Silkygirl Color Shine

Assalammualaikum...
Sebelum ini, aku dah sharekan tentang produk pewarna rambut Syurah.So, kali ni aku nak share tentang produk Silkygirl Color Shine..Aku baru saja beli kat Guardian dengan harga promosi Rm15 brapa sen ntah,lupa plak,huhu...

Ni yang aku beli tu..Belum pakai pun lagi haa..Panas lagi kuar dari oven,kehkeh...

Ok, ni yang ada dalam kotak.. • Ammonia-Free colorant (55ml) • Developer Cream (55ml) • After color conditioner (15ml) • Gloves • Instruction Leaflet
SILKYGIRL ColorShine HairColor dengan minyak argan dan minyak zaitun memberikan anda rambut yang kelihatan sihat, berseri dan semula jadi. Rumusan lembut tanpa ammonia ini melitupi uban 100%. Produk ini senang diguna meskipun pertama kali mencubanya..
Perapi intensive After-Color Conditioner yang disertakan mengandungi Wild Mango Butter, Panthenol dan Aloe Vera melembapkan rambut dari akar ke hujung rambut.


Reasons to Shine:
Ammonia-Free: >> Mata dan kulit kepala tidak akan rasa pedih lagi dengan rumusan tanpa ammon…

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...
 Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun..
Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang... 
Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p
Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla potong nipis2 buah itu.Dah…