Langkau ke kandungan utama

Pencarian Jodoh Yang Serasi

Hai korang,mesti antara korang dah pun mempunyai GF/BF kan???Atau korang yang single tu mestpernah bercinta kan??Adakah mereka yang akan menjadi pasangan yang akan kekal hingga ke jinjang pelamin??Aq telah pun mempunyai satu maklumat yang xkurang menariknya dalam petua mencari dan mengenali bakal pasangan kita...Betul atau tak, aq pun kurang pasti..Lau betul tu okla kan,hahaha...

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammualaikum...
Hai sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???...
TARAAAAAA….

Haa….produk ni la..Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah mempunyai tujuh warna kesemuannya….And aq prefer utkku guna warna keempatnya, iaitu warna Koper Merah(seperti yg ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk….
TAPI!!!!!!...
Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai menggunakan produk ni atau tidak…Ujian serat bertujuan,utk menentukan…

Review Produk : Pewarna Rambut- Silkygirl Color Shine

Assalammualaikum...
Sebelum ini, aku dah sharekan tentang produk pewarna rambut Syurah.So, kali ni aku nak share tentang produk Silkygirl Color Shine..Aku baru saja beli kat Guardian dengan harga promosi Rm15 brapa sen ntah,lupa plak,huhu...

Ni yang aku beli tu..Belum pakai pun lagi haa..Panas lagi kuar dari oven,kehkeh...

Ok, ni yang ada dalam kotak.. • Ammonia-Free colorant (55ml) • Developer Cream (55ml) • After color conditioner (15ml) • Gloves • Instruction Leaflet
SILKYGIRL ColorShine HairColor dengan minyak argan dan minyak zaitun memberikan anda rambut yang kelihatan sihat, berseri dan semula jadi. Rumusan lembut tanpa ammonia ini melitupi uban 100%. Produk ini senang diguna meskipun pertama kali mencubanya..
Perapi intensive After-Color Conditioner yang disertakan mengandungi Wild Mango Butter, Panthenol dan Aloe Vera melembapkan rambut dari akar ke hujung rambut.


Reasons to Shine:
Ammonia-Free: >> Mata dan kulit kepala tidak akan rasa pedih lagi dengan rumusan tanpa ammon…

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...
 Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun..
Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang... 
Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p
Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla potong nipis2 buah itu.Dah…