Langkau ke kandungan utama

Entertainment | Maknae Palsu Dalam Korean Group

Hai,assalammualaikum..
Lagi 3 hari je lagi dah nak raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan. Ampun maaf dipinta lau ada salah silap sepanjang penulisan di blog nihh.. (wish siap2 takut tak update blog.) Hari ni aku bukan nak bukak story pasal persiapan raya,tapi story pasal hiburan jugak lagi. *naziah ni dah takde topik agaknya.*
Jomlah nak taip.

Adakah anda telah diperdaya? Sebenarnya, mereka adalah "MAKNAE PALSU"!
Bak kata "umur hanyalah nombor", terutamanya orang yang mempunyai "baby face" lagilah dapat merasakan bahawa kebenaran kenyataan ini. Idol2 Korea berikut ini selalu mengelirukan orang ramai bahawa merekalah maknae (youngest member). Tetapi sebenarnya, kebanyakkan mereka bukan maknae yang betul,malah mereka adalah "ketua" dlam grouo yg paling berusia. Namun,mereka tetap kelihatan awet muda. Satu2 muka mereka kelihatan lagi maknae daripada maknae sebenar. Ini buatkan maknae betul2 tak tau nak buat macam mana dah.XD.

1) FAKE MAKNAE: GIRL'S GENERATION TAEYEON
REAL MAKNAE: GIRL'S GENERATION SEOHYUN

• Unnie yang berkelakuan pelik dan sukar dijangka.
Sama seperti pertama kali kita lihat Seo Hyun,kita tidak akan rasa dia lah maknae, begitu juga dgn org ramai yang pertama kali lihat Taeyeon. Mereka tidak akan rasa dialah ketua kumpulan. Ini semua disebabkan ketinggian Taeyeon yg rendah dan baby facenya yang begitu mencuit hati. Taeyeon pernah juga disenaraikan sebagai off-line idol yg "kelihatan bijak tapi pabo.", ternyatalah kemahiran Taeyeon menyamar sebagai maknae adalah amat dalam.

2) FAKE MAKNAE: HIGHLIGHT YOSEOP
REAL MAKNAE:HIGHLIGHT DONGWOON

•Kecomelannya membuat maknae yang asli rasa nak nangis.
Yoseop sememangnya terkenal dengan aegyo sejak dia debut lagi,dengan kulitnya yang cerah ditambah pula mempunyai sepasang mata yang bersinar, dia memang sah memiliki ciri2 seorang maknae kan! Sebaliknya maknae Dongwoon mempunyai ciri2 kacukan dan raut wajah yg kacak serta suara yg matang. Mereka berdua bagaikan langit dengan bumi. Walaupun ada masanya Dong Woon ingin aegyo dan ingin dilihat sbg maknae, tetapi tetap tdk akan dpt kalahkan Yoseop, malah akan dipulaukan oleh hyung2nya, dia membuatkan ramai nuna rasa belas kasihan dekat Dongwoon ah! 

3) FAKE MAKNAE: SUPER JUNIOR RYEOWOOK
REAL MAKNAE: SUPER JUNIOR KYUHYUN

• Pengasas maknae palsu adalah dia
Sejak tahun lepas bulan Oktober Ryeowook menyertai kem tentera sampailah sekarang. Bila sebut tentang maknae,manalah boleh kita lupakan dia. Disebabkan maknae asli dalam SUPER JUNIOR Kyuhyun mempunyai ketinggian yg tinggi dan matang,ramai yang beranggapan Ryeowook yang berbadan kecil dan malu adalah maknae. Tetapi ini tidak boleh salahkan semua yang beranggap begitu, ini adalah disebabkan sejak tempoh training Ryeowook sehingga Kyuhyun menyertai SUJU pada masa 2006 Ryeowook selalu merupakan trainee umur yg paling muda. 

4) FAKE MAKNAE : BTS JIMIN
REAL MAKNAE: BTS JUNGKOOK

• Jimin begitu innocent sampailah maknae pun nak buli dia.
Baru2 ini peminat BTS Bangtan Boys betul2 banyak. Kepada yg baru minat BTS, adakah anda keliru jugak mencari maknae yang sebenar? Nak mengingatkan semua fans jgn terpedaya dengan puppy eye smile Jimin, maknae BTS adalah Jungkook ataupun lebih dikenali sebagai "Golden Maknae". Walaupun Jimin bukan maknae tetapi sikapnya yg sabar selalu dibuli oleh members malah Jungkook yang nakal pernah menempatkan Jimin di tempat terakhir dalam ranking visual di sebuah rancangan. 

5)FAKE MAKNAE: EXO D.O.
REAL MAKNAE: EXO SEHUN

• Mewarisi gen maknae palsu Ryeowook
Ahli EXO ramai, oleh itu D.O. yang mini ini semula jadi akan mendapat perhatian fans dan lebih mudah utk timbul salah faham yg dia merupakan maknae line. Tambah pula maknae EXO Sehun bukan saja memiliki tinggi sebanyak 183 cm ,malah mukanya nampak matang dan mempunyai aura anak bangsawan. Sebagai perbandingan, visual D.O. memang lebih layak sebagai seorang maknae. Sikap D.O. sememangnya pemalu dan tidak cakap,bagaikan mewarisi personaliti Ryeowook yang juga kerja dibawah syarikat yang sama dengannya. Pada biasanya, Ryeowook memang selalu menyayangi D.O. malah dia diberi nama samaran "D.O. omma"~

6) FAKE MAKNAE: TWICE NAYEON
REAL MAKNAE: TWICE TZUYU

• Seorang "maknae palsu" yg sering dan mahir dalam aegyo berbanding dengan maknae betul.
Saya percaya ramai yg tdk asing dengan maknae Tzuyu, tetapi kpd yg tdk mengenali TWICE akan beranggapan Nayeon bongsu dalam group. Hakikatnya selain daripada badannya yg agak kecil molek, Nayeon memiliki "baby face" dengan bunny teethnya membuat orang rasa dia lah maknae yg betul. Pada tahun lepas waktu hari jadi Nayeon, Nayeon pernah post conversationnya dengan Tzuyu,mengeluh dekat fans yg Tzuyu berjanji nak cium Nayeon tetapi memungkir janjinya... hahaha! Kelakar betul lah. 

7) FAKE MAKNAE: SEVENTEEN WOOZI
REAL MAKNAE: SEVENTEEN DINO

Perbezaan antara maknae dengan yang tua paling ketara.
Dengan ketinggian mini Woozi 164 cm, Woozi berjaya mencipta rekod terbaru dalam ketinggian male idol. Terutamanya bila Woozi berdiri di sebelah Mingyu yg merupakan member paling tinggi,jurang ketinggian mereka yg ketara sebanyak 20 cm dikenali sebagai "jurang ketinggian yg paling comel." Biarpun memiliki ketinggian yg rendah dan baby face, Woozi yg berasal dari Busan tidak mahir dalam aegyo. Walaupun dengan badannya yg kecil molek,dia berperanan sebagai penyanyi utama,pengubal lagu dan pengubal lirik lagu sememangnya cukup layak utk mendapat nombor pertama dlm ranking "tarikan yg tdk dijangkai."

Sumber: epop malay,edisi bulan Jun 2017 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammualaikum...
Hai sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???...
TARAAAAAA….

Haa….produk ni la..Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah mempunyai tujuh warna kesemuannya….And aq prefer utkku guna warna keempatnya, iaitu warna Koper Merah(seperti yg ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk….
TAPI!!!!!!...
Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai menggunakan produk ni atau tidak…Ujian serat bertujuan,utk menentukan…

Review Produk : Pewarna Rambut- Silkygirl Color Shine

Assalammualaikum...
Sebelum ini, aku dah sharekan tentang produk pewarna rambut Syurah.So, kali ni aku nak share tentang produk Silkygirl Color Shine..Aku baru saja beli kat Guardian dengan harga promosi Rm15 brapa sen ntah,lupa plak,huhu...

Ni yang aku beli tu..Belum pakai pun lagi haa..Panas lagi kuar dari oven,kehkeh...

Ok, ni yang ada dalam kotak.. • Ammonia-Free colorant (55ml) • Developer Cream (55ml) • After color conditioner (15ml) • Gloves • Instruction Leaflet
SILKYGIRL ColorShine HairColor dengan minyak argan dan minyak zaitun memberikan anda rambut yang kelihatan sihat, berseri dan semula jadi. Rumusan lembut tanpa ammonia ini melitupi uban 100%. Produk ini senang diguna meskipun pertama kali mencubanya..
Perapi intensive After-Color Conditioner yang disertakan mengandungi Wild Mango Butter, Panthenol dan Aloe Vera melembapkan rambut dari akar ke hujung rambut.


Reasons to Shine:
Ammonia-Free: >> Mata dan kulit kepala tidak akan rasa pedih lagi dengan rumusan tanpa ammon…

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...
 Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun..
Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang... 
Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p
Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla potong nipis2 buah itu.Dah…