Langkau ke kandungan utama

Review Produk : Pewarna Rambut- Silkygirl Color Shine

Assalammualaikum...

Sebelum ini, aku dah sharekan tentang produk pewarna rambut Syurah.So, kali ni aku nak share tentang produk Silkygirl Color Shine..Aku baru saja beli kat Guardian dengan harga promosi Rm15 brapa sen ntah,lupa plak,huhu...


Ni yang aku beli tu..Belum pakai pun lagi haa..Panas lagi kuar dari oven,kehkeh...


Ok, ni yang ada dalam kotak..
• Ammonia-Free colorant (55ml)
• Developer Cream (55ml)
• After color conditioner (15ml)
• Gloves
• Instruction Leaflet

SILKYGIRL ColorShine HairColor dengan minyak argan dan minyak zaitun memberikan anda rambut yang kelihatan sihat, berseri dan semula jadi. Rumusan lembut tanpa ammonia ini melitupi uban 100%. Produk ini senang diguna meskipun pertama kali mencubanya..

Perapi intensive After-Color Conditioner yang disertakan mengandungi Wild Mango Butter, Panthenol dan Aloe Vera melembapkan rambut dari akar ke hujung rambut.



Reasons to Shine:

Ammonia-Free:
>> Mata dan kulit kepala tidak akan rasa pedih lagi dengan rumusan tanpa ammonia ini.Rambut kekal lembut dan berkilau.

UV Defense:
>> Dengan UV Defense Filter untuk melindungi rambut daripada sinaran UVA & UVB. Hasilnya rambut kekal sihat, berkilau dan warna tahan lebih lama.


Active Ingredients:

1) Argan Oil
~ Minyak argan yang juga dikenali sebagai cecair emas dihasil daripada bijian pokok argan yang hanya terdapat di Morocco. Minyak argan yang kaya dengan asid lemak dan vitamin E ini berkesan untuk merawat rambut bercabang agar rambut sihat berkilau dan selembut sutera.

2) Olive Oil
~ Sejak dahulu lagi, minyak zaitun telah digunakan oleh masyarakat Mediterranean untuk merapikan rambut kusut dan kering agar lembut dan anggun.

3) Panthenol
~ Panthenol yang dihasilkan daripada Vitamin B5 berfungsi untuk melembapkan kulit kepala secara berkesan.Ia juga memperkuatkan akar rambut.

4) Wild Mango Butter
~ Dihasilkan daripada buah Dika yang berasal dari Afrika. Apabila diaplikasikan, Wild Mango Butter ini menyaluti rambut untuk mengekalkan kelembapan, merapi, dan melindungi rambut daripada radiasi UV

5) Aloe Vera
~ Juga dikenali sebagai "tumbuhan ajaib" oleh kaum Mesir Purba, Aloe Vera terkenal dengan ciri-ciri penyembuhannya. Selain daripada mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut, Aloe Vera juga membantu mengembalikan keserian rambut supaya mudah diurus.

** Seperti pewarna rambut Syurah jugak, sebelum menggunakannya perlu melakukan ujian untuk memastikan produk ini bersesuaian dengan anda atau tidak.Ia adalah Ujian Alergi, dilakukan 48 jam sebelum mewarnakan rambut. Untuk mengetahui cara melakukan Ujian Alergi dan cara penggunaan pewarna, anda perlu membaca di kertas aturannya...

~DONE~ 


Ulasan

Unknown berkata…
assalamualaikum,saya nak tanya adakah silkygirl colorshine ini
telus air
gadis kacamata berkata…
Sy rasa telus tgok bahan2 dia tu

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,   jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk…. TAPI!!!!!!... Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat       terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai men

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla po