EVENING VIEW FROM ON THE FERRIS WHEEL (PART 3)
"Dah nak tutup ke? " Luluh suara So Hyun bertanya.
"Aaa... Dia akan tutup pada pukul 5."
"Jomla naik roda feris. "Ajak Jungkook. Mereka berjalan ke arah roda feris.
"Ya. Silakan." Kata petugas penjaga roda feris.
"Tak nak. Aku tak mahu naik. Satu pusingan hanya 60 saat. Selepas itu semuanya akan berakhir. " Jerit suara hati So Hyun. Tapi kakinya tetap melangkah masuk dalam perut roda feris. Roda feris pun mulakan pusingannya.
"Ooh... Tengok pemandangan petang! Cepatlah So Hyun! Tengok ni kita di puncak. " Tersenyum Jungkook menunjukkan ke arah kawasan yg berbukit.
"Alangkah bagusnya jika masa berhenti. Kan bagus jika masa masa betul2 berhenti." So Hyun masih bermonolog dalam hati sehingga pusingan roda feris sudah pun di penghujungnya.
"Haha... Seronoknya dapat naik kan. " Kata Jungkook.
"Hati2 bila turun ya. "Ramah petugas berpesan. Saat mereka hendak melangkah keluar, So Hyun ingin bersuara, "err... Jungkook.. "
"Hei, nak naik satu kali lagi? " Kali ni Jungkook pula memotong katanya yang belum sempat dihabiskan. Seolah-olah Jungkook seperti tahu apa yg So Hyun ingin katakan padanya. So Hyun pun menjawab dgn gembira. "Nak! "
"Abang, ni 2000 won!" Jungkook memberi duit pada petugas itu. Petugas itu mengambil dengan wajah terpinga-pinga. Roda feris yang dinaiki mereka pun kembali berpusing selepas mereka kembali masuk.
"Haha... Ni macam masa kita kecik2 dulu je. " Kata Jungkook.
"Erm... Betul la." Mereka sama2 ketawa .
"Kita macam dah kembali ke masa kanak2 bila naik roda feris ni. "Sambung Jungkook kembali. Dia terkenangkan zaman kanak2 mereka.
Tiba2 setitis air mata jatuh di pipi So Hyun. "Eh? Aku... Kenapa aku..." Desis hati So Hyun. Jungkook lantas memeluk So Hyun. So Hyun terpana seketika. Jungkook merapatkan wajahnya pada wajah So Hyun. Buat seketika bibir mereka pun bertemu. Masing2 memandang antara satu sama lain.
***
"Err adik. Dah cukup ke naik? " Suara petugas memecah suasana mereka yang masing2 tidak sedar pusingan roda feris dah pun habis. So Hyun pun berlari keluar.
"So Hyun!" Jungkook menjerit memanggilnya.
Pov So Hyun:
"Terkejutnya aku... Waa, aku rasa jantung aku macam dah berhenti tadi. Apa yang berlaku tadi? Apa maksudnya? "
***
Jungkook mengejar So Hyun. Dia ternampak So Hyun yang sedang duduk di bangku. Dia pun menghampiri ke arah So Hyun.
"Mari... "Jungkook menarik tangan So Hyun.
"Eh, Jungkook!"
"Cepat! Nanti tak sempat pula. "Jungkook berlari sambil memegang tangan So Hyun yang turut berlari dibelakangnya.
"Ke mana ni Jungkook? " Pertanyaan So Hyun tidak dijawab sehingga mereka berhenti di roda feris tadi.
"Ini semua duit saya! Tolong biarkan kami naik beberapa pusingan tanpa diganggu! " Kata Jungkook pada petugas tadi seraya memberikan duitnya. Petugas itu kembali terpinga-pinga. Mereka kembali menaiki roda feris sekali lagi.
" Jungkook... " Belum sempat So Hyun menghabiskan kata2nya, Jungkook terus memotong. "Maaf. Tadi sebelum aku peluk kau, ada perkara yang patut aku jelaskan terlebih dahulu. Ada perkata penting yang perlu aku cakap sendiri pada kau. " So Hyun memandang wajah Jungkook yang kemerahan.
"Okey. Kita ada banyak masa. Ambillah masa kau untuk bercakap. " Kata So Hyun tersenyum.
"Aku sukakan kau. " Kata Jungkook lalu mencium bibir So Hyun.
~TAMAT~
Ulasan