EVENING VIEW FROM ON FERRIS WHEEL (PART 2)
(Keesokan hari di Taman Tema Seoul Land)
Hari ni, So Hyun dan Jungkook bersama-sama pergi ke taman tema Seoul Land seperti yang dijanjikan semalam. So Hyun berasa gembira. Dia seperti tidak percaya akan datang ke situ lagi.
"Uhhh! Kyaa... Macam tak percaya. Coaster panda, rumah hantu, merry-go-duck pun masih ada!! Ha.. Tengok! Tengok!" Kata So Hyun pada Jungkook sambil menunjukkan ke arah permainan2 di situ.
"Kau ni...main mainan budak2 pun selamba je kan. Tak malu betul. " Kata Jungkook sinis lalu menuju ke satu kedai. So Hyun terpempan mendengar kata2 Jungkook.
"Uhhh... Sejak bila mulut dia bisa camni. " omelnya.
Dilihat Jungkook sedang membeli sesuatu. So Hyun datang ke arahnya.
"Jungkook, apa yang kau beli tu? " Tanya So Hyun. Jungkook berpusing menghadapnya. Jungkook terus menyarungkan topi berbentuk kepala panda di kepala So Hyun.
"Nah. Kau suka kan topi pelik camni? " kata Jungkook.
"Err.. Dia masih ingat... " Kata So Hyun dlm hatinya sambil memandang Jungkook. Jungkook menepuk kepala So Hyun yang tersarung topi itu.
"Hahaha... Sepadan sangat! "Tawa Jungkook.
"Yah, apa ni! Dari tadi asyik usik aku je!!! Hiyaaah... Benci la... " So Hyun turut ketawa sambil menolak dan hendak memukul Jungkook. Jungkook menahan dirinya dari dipukul dengan So Hyun sambil menyuruhnya berhenti. Jungkook mencapai tangan So Hyun. Mereka berjalan di sekitar taman tema. Ketika mereka berjalan beriringan, So Hyun bernarasi.
Pov So Hyun:
"Terasa kehangatan yang amat menyenangkan. Namun, dah 10 tahun aku tak pegang tangan ni... Kenapalah aku tak berani nak tegur dia sebelum ni. Kalaulah aku tahu bersama dia akan rasa begini gembira. Begini... Berdebar-debar.
****
Mereka berdua berhenti betul2 di hadapan roda feris. Mereka sama2 memandang ke arah roda feris itu.
"Kelemahan taman tema ni ialah keluasannya kecik sangat. Hanya ada 5 tarikan kesemuanya.. Sekarang cuma tinggal roda feris je lagi. " Kata Jungkook.
"Lepas naik ni habislah. Tiada alasan untuk bersama lagi. Tapi... " Desis hati So Hyun.
"Roda feris ni kita naik kemudianlah, okay." Saran So Hyun.
"Hmm. Jom makan ais krim kat sana. " Ajak Jungkook.
Mereka duduk di bangku sambil makan ais krim. Jungkook memecah suasana yang kekok dengan bersuara.
"Hei... Bila tempat ni tutup nanti, mesti rasa sunyi kan?"
"Em... Aku pun rasa camtu. Sedihlah kan. Banyak kenangan ada kat sini." Kata So Hyun pula.
"Hei... Ingat lagi tak? Kita berdua naik roda feris tu berapa pusingan pun. Sebab roda feris ni kecik, satu pusingan ambik masa 1 minit je. Kita berdua rasa tak puas hati jadi... Kita berdua takutkan pekerja kata, "saya dah amek orang tebusan. Abang kena pusingkan kami 3 pusingan lagi."
"Ahh... Aku dah ingat. Mana boleh lupa! Jungkook kelakar sangat... " mereka saling ketawa.
"Mesti sedih nanti kan... " Keadaan menjadi senyap selepas Jungkook berkata. Mereka berdua saling mendiamkan diri. So Hyun menunduk memandang ke bawah, Jungkook memandang So Hyun.
POV So Hyun:
"Yalah... Kenapa ya... Rasanya macam ada sesuatu yang nak disampaikan tapi... Lidah macam kelu. ".
Bersambung...
Ulasan