EVENING VIEW FROM ON THE FERRIS WHEEL (PART 1)
ACTOR/ ACTRESS:
1) BTS jungkook as Jeon Jungkook
2) Kim So Hyun as So Hyun
Pov So Hyun:
"Di bandar ni, terdapat satu taman tema kecil dan lama yang menjadi tempat bersuka ria kanak-kanak. Kami berdua suka sangat tengok pemandangan matahari terbenam dari atas roda feris tu. Kami degil dan selalu minta pekerja taman itu benarkan kami pusing beberapa kali pun. Pemandangan waktu petang yang kami berdua tengok tu indah sekali. Tapi selepas 10 tahun berlalu... "
****
(Shinhwa High School)
So Hyun berjalan berselisih berlainan arah dengan Jungkook yang berjalan bersama dua rakan perempuannya. Mereka berdua berjalan di arah yang bertentangan iaitu So Hyun di arah kiri dan Jungkook ke arah kanan. Mereka membelakangi antara satu sama lain.
"Tu bukan kawan kau sejak kecil ke Jungkook? "Tanya salah seorang kawan Jungkook.
"Tak apa ke kau tak sapa dia? Korang gaduh ke? " Tanya kawannya yang seorang lagi bertubi-tubi.
"Haha... Dulu je kami baik. " Jawab Jungkook. Mereka bertiga terus berjalan.
Pov So Hyun:
"Dah lama aku tak bercakap dengan Jungkook. Sejak sekolah rendah, kami mula rasa segan. Sekarang macam dah begitu jauh. Hmm... Kawan sewaktu kecil. Macam nilah kot nasib hubungan kami. Berjiran tapi langsung tak bertegur sapa pun. Teruknya..."
****
(Di rumah So Hyun)
Sewaktu sedang membuat kerja sekolah di ruang makan di dapur, mata So Hyun tertancap pada satu lembaran kertas yang menunjukkan gambar sebuah taman tema di atas meja makan.
"Eh..risalah ni! Inikan taman tema Seoul Land!" Kata So Hyun pada ibunya yang sedang memasak di dapur tidak jauh darinya pabila dia membaca tajuk pada pada itu.
"Ah... Betullah. Terlupa pulak. Kamu tau tak? Taman tema Seoul Land tu hujung minggu ni dah nak tutup la. " Kata ibunya.
"Eh!? Jinjja? Sayangnya... " terkejut So Hyun mendengar jawapan ibunya.
"Dulu kamu selalu pergi ke sana dengan Jungkook. " sambung ibunya lagi.
Di bilik pada malam itu, So Hyun termenung memandang risalah yang diedarkan sejak seminggu lepas. Minggu ni akan ditutup, maksudnya esok adalah hari terakhir.
"Eh! Jungkook tahu ke tentang hal ni?" Desis hatinya. Risalah itu digenggamnya. "Ingin bagi tahu. Cuba jela ajak dia. Walaupun mungkin dia akan tolak. Dapat jadikan ni sebagai alasan untuk berbual dengan dia. " Katanya dalam hati.
****
(Di rumah Jungkook)
So Hyun kini berdiri di hadapan Jungkook di muka pintu rumah Jungkook. Masing2 hanya diam seribu bahasa. Bosan dengan keadaan bisu begitu, Jungkook pun bersuara. "Wae? Nak apa?" Tanya Jungkook.
"Ta... Ta... Taman tema Seoul Land akan ditutup, kau tahu tak? Aku baru tahu hari ni. " Terang So Hyun.
"Erm... Aku tahu." Jawab Jungkook ringkas. So Hyun hanya diam. Lidahnya terasa kelu untuk berkata.
"Teruk... Selain ni, aku tak tahu nak cakap tentang apa lagi." Kata hatinya.
"Heh! Itu je ke? " tanya Jungkook pula. So Hyun tidak menjawab. Dia hanya menundukkan kepalanya.
"Esok kau nak pergi sekali tak? Untuk kali yang terakhir... " So Hyun mengangkat wajahnya memandang Jungkook dengan wajah yang sukar ditafsir.
"Walaupun kita bukan budak kecil lagi. Dah dewasa pun." Jungkook menyambung lagi kata2nya.
Di rumah So Hyun, So Hyun yang sedang berbaring di atas katil masih teringat pada kata2 Jungkook tadi. Dia macam tak percaya kata2 itu keluar dari mulut Jungkook. Dia seperti bermimpi. "Apa maksud dia kata begitu?" Tanya pada hatinya.
Bersambung....
Ulasan