Airin berjalan menuju ke tempat duduk ditaman permainan itu. Ramai kanak2 bermain-main di situ. Sungguh ceria melihat mereka bermain. Apabila melihat kanak2 itu bermain, timbul dibenaknya mengatakan betapa beruntungnya menjadi kanak2. Kerana tak perlu memikirkan masalah-masalah yang timbul. Dari jauh kelihatan Zaril berjalan ke arahnya.Entah mengapa setiap kali dia berhadapan dengan Zaril, hatinya bergetar kuat. Pagi tadi selepas kelas, dia menerima isyarat mesej dari Zaril mengatakan ingin bertemunya petang itu di taman permainan berhampiran rumahnya kerana ada hal yang perlu diberitahu kepadanya.Hairan juga bagaimana Zaril boleh mendapatkan nombornya.Mungkin Sofea yang beri. Zaril menghampiri dan menegurnya. "Hai Airin,dah lama tunggu?" Segaris senyuman dilemparkan sebelum melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. " Ada apa yang awak nak jumpa i ni?" soalan Zaril tidak dijawab. Zaril menarik nafas dalam2 sebelum membuka mulutnya. Matanya merenung tajam ...