KIM's FAMILY (PART 3) (Rumah Keluarga Kim) Ji Won mula mengadun bahan2 membuat kek hari jadi untuk abangnya. Dia ditemani adiknya Taehyung dan Hyunsik di dapur. Sedangkan abang keduanya sedang belajar di taman. Kebetulan juga, abang sulung mereka sedang ke luar daerah kerana atas urusan kerja. Esok hari baru dia balik dan esok merupakan hari jadinya. Maka, mereka sedang menyiapkan kejutan untuknya. "Noona, camni ok tak? " Tanya Taehyung seraya menunjukkan adunan coklat yang dimasaknya pada kakaknya. "Wahhh, pandainya TaeTae. Cantik coklat tu."Puji Ji Won sambil mengusap rambut Taehyung. Taehyung hanya tersengeh memandang kakaknya. Hyunsik yang sedang duduk di meja tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Hyunsik senang hati melihat keceriaan di wajah Ji Won. Baginya, jika Ji Won gembira, dia turut gembira. Kerana Ji Won adalah kebahagiaannya. Kenangan bersama Ji Won membawanya kembali ke masa lalu. (Flashback) Ji Won dan adik beradikn...