Hai guys.
Hari ni nak story pasal peranan "Eomma" dalam Korean Group. Maksudnya, wujudnya seorang "mama" or "ibu" yang menjaga member-membernya. Orang yang membawakan role "omma" ini tidak semestinya orang yang paling tua di dalam group, tetapi dia lah yang akan lebih menjaga orang di sekelilingnya~ Jom kita tengok siapakah yang membawakan peranan ibu dalam kumpulan mereka.
Hari ni nak story pasal peranan "Eomma" dalam Korean Group. Maksudnya, wujudnya seorang "mama" or "ibu" yang menjaga member-membernya. Orang yang membawakan role "omma" ini tidak semestinya orang yang paling tua di dalam group, tetapi dia lah yang akan lebih menjaga orang di sekelilingnya~ Jom kita tengok siapakah yang membawakan peranan ibu dalam kumpulan mereka.
1) JUN MYEON OMMA YANG TERSEMBUNYI: EXO SUHO
• Dulu,ramai peminat mengundi EXO D.O. sebagai role "Omma" dalam group disebabkan D.O. mahir dalam memasak serta mengemas, malah masakannya sering dipuji sedap oleh member. Tetapi, selain D.O., pada hakikatnya tersembunyi Suho "eomma"~ Ini adalah kerana Suho adalah lebih lemah lembut, oleh itu selalu diabaikan oleh members, walaupun membernya tidak menghiraukan lawaknya,dia tetap senyum. Selain merupakan "omma" dia juga adalah seorang ketua. Suho selalu menjaga dan risau member2 lain yang bergurau tak ingat dunia.
• Tidak dilupakan juga semasa di majlis penyampaian anugerah, Suho perasan Sehun tidak mempunyai tempat duduk. Dia segera menyerahkan tempat duduknya kepada Sehun. Dia betul2 seorang yg mengambil berat terhadap member.
2) YONG MA YANG GEMAR MEMBEBEL DAN MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN: HIGHLIGHT JUN HYUNG
• Jangan salah sangka bahawa bila sebut tentang rapper dia seorang yg cool. Jun Hyung adalah rapper dari kumpulan HIGHLIGHT, dia membawakan peranan sebagai "omma". Walaupun ramai jugak fans yg beranggapan Du Jun juga berperanan sebagai omma, tetapi mereka berdua adalah "omma" dengan role yang berbeza. Jika ingin membahagikan mereka, rasa2nya Jun Hyung adalah omma yg jenis suka "membebel" kot,hahaha...
• Jun Hyung merupakan member yg paling menjaga kebersihan, oleh itu pada masa dulu tinggal bersama member, kebersihan dorm selalu dijaga oleh Jun Hyung. ia bukan disebabkan dia seorang omma tetapi protesnya tidak berhasil. Oleh itu dia terpaksalah melakukannya sendiri,haha.. tetapi rasanya dia mesti seorang yg akn sambil membersih sambil membebel kan.
3) CHA OMMA YANG SELALU DIABAIKAN: VIXX N
• Walaupun N merupakan abang serta ketua dalam group, tetapi dia merupakan ketua yg selalu diabaikan oleh members,haha. Ini adalah kerana dia selalu membawakan aura senior yang peramah,tambah pula sikapnya senang didekati dan bersahaja. Oleh itu dia selalu memanjakan member2nya. Malah member yang lagi muda daripadanya suka "membuli" dia disebabkan merasa sifatnya yang suka menanya itu ini bising. (Pada hakikatnya, N menganggap member2nya sebagai anak2,hehe)
• Bukan sahaja itu, salah satu ciri2 omma N adalah dia akan membuat lilin wangian. Betul2 tak sangka kan?
4) KIM OMMA YANG GEMAR MEMASAK DAN PRIHATIN: BTS JIN
• Secara umumnya, kalau salah satu seorang member yg handal memasak, dengan automatiknya dia akan dicopkan sebagai "omma". Di dalam BTS, Jin adalah wakilnya. Cuma nak cakap, walaupun Jin bukan ketua, tetapi sebagai hyung, dia betul2 merupakan seorang "eomma yang berwibawa". Selain selalu menjaga member2 serta memasak utk mereka, malah pada hari jadi member dia akan masak sup rumpai laut untuk member. Jin sentiasa menjaga ahli2 nya serta mengenyangkan mereka.
5) OMMA TUA YANG TEGAS, LEMBUT SERTA IKHLAS: GOT7 JINYOUNG
• Kini tiba giliran my bias. Bila sebut tentang GOT7, tanpa perlu fikir, jikalau Appa adalah JB, secara 100% omma adalah Jin Young. Ini disebabkan mereka berdua adalah senior yg paling "berusia", tambah pula member Mark, Jackson dengan BamBam adalah orang luar negara, biarpun Jinyoung bukan bukan abang sulung tetapi secara tdk langsung dia juga menjadi tempat member mengeluh. Disebabkan sikap Jinyoung yg lemah lembut dan sabar, adik2 member suka mengacau dia.
• Maknae Yugyeom menyatakan yang Jin Young akan menggunakan pandangan matanya utk "membunuh". Bila dia tegas dia betul2 kelihatan menakutkan! Hahaha.
6) OMMA DEWI YANG MERUPAKAN SEORANG BIDADARI DAN JUGA SYAITAN: SEVENTEEN JEONGHAN
• Menerus ketua Super Junior Lee Teuk sebagai eomma bidadari, Jeonghan juga diundi oleh peminat sebagai wakil omma utk 13 member kumpulan SEVENTEEN ini. Nak mengatakan, pada mulanya nampak dia berambut panjang,rasakan kenapalah dia boleh lagi cantik drpd perempuan. Tak sangka sikapnya juga seperti seorg omma. Dia membawakan watak sebagai seorg pendengar dgn mendgr segala luahan dan masalah member. (Walaupun kdg2 dia kritik membernya).
• Di dalam sebuah rancangan dia juga telah membantu member utk membersihkan bahan masak dengan sukarela,keperihatinan dia skor 100%! Tidak lupa juga Jeonghan dengan ketua S.COUPS merupakan "pasangan suami isteri"~, seronok betul kan sekeluarga SEVENTEEN ini,hahaha..
7) OMMA YANG BAIK SERTA RENDAH DIRI: GIRLS GENERATION TAEYEON
• Ketua Girls Generation Taeyeon, walaupun mempunyai babyface dan berfikiran unik, tetapi sebenarnya fikirannya simple dan halus. Selalunya dia akn mendengar luahan member. Disebabkan begitu, member memanggilnya "uri omma (ibu kita)". Sewaktu kehidupan asrama, kewujudan Taeyeon bagaikan seorang ibu, mempunyai hati utk menjaga member. Walaupun usia debutnya sangat muda tetapi hatinya yg ingin menjaga membernya tdk pernah berubah. Bila menyertai rakaman utk pelbagai rancangan, Taeyeon selalunya tdk bercakap, apabila ditanyakan kenapa, Taeyeon menyatakan: " ingin memberikan peluang bercakap kpd member yg lain", malah dia sering berdiri di belakang member supaya member lain menonjol.
Sumber:
Article from EPOP Malay,Edisi July 2017
Ulasan