Langkau ke kandungan utama

Cerpen Fanfic : Park's Family (Part 3)

PARK's FAMILY (PART 3)

(Sunflower Art Studio)~~~[p.s: rekaan semata mata]
Aku dengan So Hyun melangkah berjalan ke studio,tempat dimana Jimin dan kumpulannya merangkap rakan-rakannya berlatih menari. Masuk sahaja ke studio itu, kami berdua terlopong dengan kecantikan studio itu. Maklumlah, first time masuk studio tu. Tak sia2 lah abangku Seo Joon membeli lot  bangunan itu untuk dibuat studio buat Jimin. Walaupun,tidak sebesar mana, tapi dekorasi dan susunan perabotnya sangat simple tapi tetap elegan. Di studio ni, bukan hanya mempunyai tempat untuk menari,tetapi juga di sediakan ruangan untuk belajar vokal dan nyanyian. Ada cikgu yang mengajar yang dilantik oleh Seo Joon oppa juga.

Kiranya, studio ni macam family kitorang punyalah. Seo Joon oppa memang faham dengan minat Jimin,jadi dia sanggup menggunakan wang simpanannya untuk membuat studio ini. Baik betul oppa aku ni,walaupun kadang2 garang macam singa,hehe...Tapi dalam hati ada taman bunga you,huhu...

Aku dan So Hyun masuk ke ruangan studio. Kelihatan Jimin dan kawan2nya berlatih menarikan koreografi mengikut rentak lagu yang dipasang. Aku dan So Hyun duduk di sofa yang tersedia di bilik itu. Jimin yang sedang menari, sedar kedatangan kami masih sempat melambaikan tangan pada kami. So Hyun membalas lambaian Jimin.Aku pula terpaku memandang pada salah seorang dari kawan Jimin. Dia sangat handsome dan gerak tarinya sangat bagus,sebagus Jimin oppa.Mataku tak berganjak dari memerhati setiap gerak langkahnya. 

Semua kawan2 sekumpulan Jimin aku kenal. Tapi lelaki sorang ini tak pernah aku perasan  yang dia begitu tampan. Selama ini, aku tak pernah pulak nak pandang dia,tapi hari ni entah kenapa mata aku macam tak nak lepas tengok dia. Hati aku berdebar semacam. So Hyun yang bersuara di sebelahku tidak aku hiraukan. 
"Ji Hyo, bergaya betul namchin aku menari kan? Untung tau kau ada abang sehebat dia dan untung betul aku jadi girlfriend dia,hehe..." Puji So Hyun. Takde jawapan yang keluar dari mulutku.
"Ji Hyo, kau pandai menari jugak kan? Apa kata kau pun pergilah join diorang sekali." saran So Hyun pabila dia teringat aku pun turut berbakat dalam menari jugak cuma tak diketengahkan je. Tapi masih juga takde jawapan dari mulut aku. Mataku masih setia memerhati lelaki itu.So Hyun hairan kerana cakapnya tidak disahut. Geram pun ada. Dia pun menoleh ke arahku dan disuakan juga matanya ke arah yang aku pandang sekilas. Bibirnya tersenyum sebelum kembali memandangku. 

"Wehh, aku cakap dengan kau ni. Kau boleh buat tak tau je!" Marah So Hyun sambil menepuk bahuku. 
"Haa..err..Sorry, aku tak dengar." Kataku menutup malu. So Hyun memandang ke Jimin dan kawan2nya yang masih menari. 
"Ehh,kau tengok sape sampai terbuntang mata kau haa?" Tanya So Hyun dengan tersengih.
"Ha? Err..mana ada aku tengok sape? Aku tengok Jiminlah." Bohongku. Malu wehh kalau So Hyun tahu aku pandang lelaki tu.
"Yela tu. Macamlah aku tak tahu." Selamba So Hyun berkata sambil memandang ke hadapan dengan senyuman. "Ehh, dia tahu ke aku tengok lelaki tu?" Desis hatiku. Aku pandang So Hyun yang tersenyum memandangku.

"Mana ada aku tengok sape2? Aku tengok diorang menari jelah." Tetap juga aku berdalih.
"Tipulah. Kau tengok Jungkook kan? Baik kau ngaku." Merah mukaku pabila So Hyun meneka. Kantoi.Memang aku tengok dia pun.
"Isy, kau ni. Nampak saja ehh?" Kataku menutup malu.
"Haa kan betul.Hehehe,kau suka dia ke?" Usik So Hyun sambil memeluk bahuku. 
"Ehh,mana ada. Aku cuma tengok dia menari je. Dia menari dengan bagus." 
"Eleh,kau nak nafikan jugak ea. Selama ni diorang menari mana tak pernah bagus, kau je yang tak perasan. kau mengaku jelah kau dah syok kat Jungkook tu."

Terkejut aku dengan kata2 dari mulut So Hyun yang separuh menjerit itu. Lantas aku cuba menutup mulutnya. Takut didengari Jimin dan kawan2nya. So Hyun cuba mengelak mulutnya ditutup. Terkekek-kekek ketawanya. Aku tetap juga cuba menutup mulutnya sambil berbisik.
"So Hyun ah, kau janganlah cakap kuat2. Malu aku wehh." 
"Alaa,nak malu apanya. Tak salah pun kalau kau suka dia. Dia pun handsmome apa?" Terangkat-angkat kening So Hyun memandangku. Belum sempat aku hendak menjawab, Jimin dan Jungkook sudah pun menghampiri ke arah kami. Makin berdebar hati aku memandang Jungkook pabila mereka makin menghampiri kami.

"Ingatkan korang tak datang rini. Thankslah sebab datang." Kata Jimin sambil memegang tangan So Hyun yang entah sejak bila sudah bangun berdiri.
"Mestilah kitorang datang. Awak sangat hebat sayang." Puji So Hyun. So Hyun tersenyum memandang aku yang tengah berdebar. Sesekali di pandang juga ke arah Jungkook yang sedang memandang phonenya.
"Tq sayang. Oklah, jom girls. Kita pergi makan dulu. Jungkook,kau ikut sekali kitorang." Jungkook yang sedar namanya di sebut mengangkat kepalanya. Tanpa disedari, tiba2 saja mataku bersatu dengan matanya yang turut memandangku.
"Ok,boleh jugak." Jawab Jungkook.
"ok, Lets go." Sahut Jimin lalu berjalan di hadapan bersama So Hyun. Aku dan Jungkook berjalan beriringan bersama di belakang. Makin kuat debaran di hatiku. Jungkook pula tersenyum memandangku. Aku cuma membalas senyum dengan muka yang merah.

***
(Di rumah keluarga Park)
Selepas pergi minum, kami berempat pergi ke pasar raya yang berhampiran. Aku juga tak lepaskan peluang ke kedai buku yang ada dalam pasar raya itu. Lama betul menemankan Jimin membeli beberapa helai baju. Cerewet mengalahkan perempuan. Selepas membeli belah aku dan Jimin menghantar So Hyun pulang. Jungkook pula pulang sendiri. Puas Jimin memujuk mahu menghantarnya pulang tapi dia tak mahu. Katanya, dia hendak ke rumah neneknya. Kami tak dapat nak menghalang.Sampai sahaja di rumah, kami terus menapak masuk ke dalam rumah selepas Jimin memarkirkan keretanya. Baru beberapa langkah hendak masuk , kami ditegur oleh suara abang kami. 

" Baru balik kamu berdua?" Seo Joon bertanya tegas.
Aku memandang ke arah jam dinding. Jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 10.00 mlm. Kenapa Seo Joon oppa macam marah je?Kalau kami balik paling lewat pun pukul 12.00 tgh mlm memanglah Seo Joon oppa akan marah. 
"Sorry hyung. Kami pergi minum dengan kawan2 tadi. Lepas tu, kitorang pergi mall beli barang sikit." Jawab Jimin sambil menunjukkan beg plastik di tangannya.
"Ha'ah oppa. Lagipun,kan baru pukul 9 lebih. Bukannya lewat pun." Aku pula bersuara. Takut pula hendak memandang wajah abangku ini. Padahal takdaklah garang mana pun mukanya. Muka jambu,kihkih.
"Yela,saje je hyung tanya. Dah,pergilah masuk. Makanan pun dah siap,pergilah makan." Seo Joon berkata sambil berlalu ke ruang tamu. Kami menarik nafas lega. Ingatkan Seo Joon oppa nak marah kami tadi. Kami pun berlalu ke bilik masing2. 

Sampai saja di bilik, aku terus labuhkan duduk di sofa di dalam bilikku. Jaketku dibuka dan di sangkut pada bahu sofa. Aku buka bungkusan beg plastik dari beg silangku. Dua buah novel yang aku beli di kedai buku tadi di keluarkan. Mataku membelek-belek sebuah novel yang berada di genggamanku.Novel "Love at First Sight" dibawa ke pelukanku. Aku bersandar di sofa sambil memeluk novel itu. Senyuman terukir di bibirku tatkala teringat babak di kedai buku tadi.

 Dari satu rak ke satu rak aku berjalan. Mataku leka memerhati ke arah deretan novel2 di atas rak itu. Dalam sedang leka mencari akhirnya aku jumpa jugak novel yang aku cari. Dalam hendak pergi bayar novel, aku terpandangkan Jungkook sedang berdiri membaca buku di sebuah rak. Mataku mencari So Hyun dan Jimin disekitar kedai tapi mereka tiada di situ. Aku pun memberanikan diri menegurnya memandangkan tiada sesiapa di situ. Makin hampir dekat dengannya,makin kuat debaranku. Aku menarik nafas menghilangkan debaran.
"Awak kat sini jugak. Mana Jimin dengan So Hyun?" Tanyaku.
"Oh,ha'ah. Diorang pergi kedai sebelah." Jawabnya tersenyum memandangku. Melting aku tengok senyuman dia.
"Oh yeke. Awak nak beli buku jugak ke?" Tanyaku lagi.
" Taklah. Saya cuma tengok2 je. Awak pun suka baca novel ea?" Tanya Jungkook pabila terpandangkan novel dalam di tanganku.
"Ha'ah. Awak pun sama ke?" Jungkook tersenyum mengangguk. makin kagum aku padanya. Tak sangka lelaki sepertinya juga suka baca novel. "Interesting.!" Puji dalam hatiku.

"Tak sangka minat kita sama." Kataku. Tersenyum aku memandangnya.
"Ha'ah kan? Maybe kita ada chemistry kot,hehe.." Tersipu malu aku mendengarnya. Aku hanya tersenyum.
"Ohya, saya ada cadangan novel untuk awak." Jungkook mengambil sebuah novel yang tersusun di atas rak dan disuakan kepada aku. "Apa kata awak baca novel ni. Novel ni best." aku menyambut huluran novel itu.
"love at first sight? Awak dah pernah baca novel ni?" Aku bertanya seraya membaca sinopsis di kulit belakang novel. 
"yup. bacalah,saya hadiahkan untuk awak. Meh saya tolong bayarkan." kata Jungkook lalu mengambil kedua buah novel di tanganku dan di bawa ke kaunter.
"Ehh tak payahla susah2. Saya boleh bayar sendiri." Aku cuba berebut dengannya. Seganlah. Takkan nak suruh dia bayar,padahal aku yang punya.
"Takpelah. Saya yang cadangkan novel tu untuk awak,jadi biarlah saya yang bayar." Jungkook mengeluarkan beberapa keping duit kertas dan membayar pada cashier. Senyuman tetap tak lekang di bibirnya tatkala menyerahkan beg plastik kepadaku
"Terima kasih Jungkook. Saya dah susahkan awak."
"takde hal lah. Saya ikhlas tolong bayarkan. Awak anggap je ni hadiah salam perkenalan kita." Kata Jungkook. Aku hanya tersenyum. 

"Beep." Bunyi reminder alarm berbunyi di handphone mematikan lamunanku. Aku melihat skrin di iphoneku. Tertera reminder episod pertama drama lakonan Seo Joon oppa ditayangkan di tv. Aku bergegas keluar ke ruang tamu menyertai abang2 ku menonton tv.

***
(Di rumah Jungkook)
Selesai mandi, Jungkook memasang lagu <Charlie Puth-We Don't Talk Anymore> di speaker dan duduk bersandar di birai katil. Iphone ditangan dibelek. Jarinya membuka galeri. Satu persatu gambar di restoran tadi dibuka. Jelas terpapar gambar Ji Hyo diskrin. Wajah ceria Ji Hyo di ambilnya dalam diam tanpa disedari Ji Hyo. Senyuman terukir di bibirnya tatkala memandang gambar itu. Ada satu perasaan halus hadir dalam hatinya setiap kali memandang gadis itu.
"she's so pretty." Pujinya dalam hati.

Selama ini dia tidak pernah menyimpan mana2 perasaan pada perempuan sehingga dia diperkenalkan dengan adik kembar kawan baikknya. Pertama kali dia terpandangkan Ji Hyo ketika itu hatinya sudah terpaut pada gadis itu. Tapi dia hanya pendamkan saja kerana takut jika abang2 Ji Hyo tidak mengizinkannya berkawan dengan adik mereka. Tapi siapa sangka, peluang untuk berbual dengan Ji Hyo di kedai buku tadi memberikan kesempatan buatnya untuk meluahkan hati melalui novel yang dibeli buat Ji Hyo tadi. 

Oh rupanya novel tu sebagai simbolik dia meluahkan perasaan pada Ji Hyo. Wahhh,panjang akal jugak dia nihh. So romantic. Tapi kenapa tak terus terang je? Kan senang. 

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup ub...

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car...

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicu...