PARK's FAMILY (PART 2)
(Di rumah keluarga Park)
"Ji Hyo ah. Palli ireona. Nanti kamu lewat ke sekolah pulak." Jerit Seo Joon dari luar bilik.
"Ne. Arasseo. Orang dah bangunlah ni." Jawabku dengan malas. Kain selimut dilepaskan dan menuju ke bilik air. Selesai mandi, aku terus bersiap. Uniform sekolah disarung. Rambut panjangku ditocang satu. Bedak disapu ke wajah, lipbalm disapu pada bibir. Aku pun berlalu ke dapur dengan beg yang di silangku.
"Good morning." Sapaku pada abang2ku di dapur. Hanya Chanyeol dan Jimin oppa yang ada di dapur tengah bersarapan. Seo Joon oppa tidak ada bersama.
"Morning ." Jawab mereka serentak. Aku pun menarik kerusi dan duduk di sebelah Chanyeol oppa.
"Seo Joon oppa dah pergi keje ke?" Tanyaku. "Ha'ah. Baru je dia keluar." Jawab Chanyeol oppa sambil menuangkan air ke dalam cawan aku. Aku menghirup sedikit air di dalam cawanku.
"Cepatlah minum. Lambat nanti orang tinggal." Jimin pun berlalu ke pintu dengan beg galasnya.
"Yah. Tunggulah sekejap. Oppa, kitorang pergi dulu. Bye oppa." Aku terkocoh-kocoh berlari mengejar Jimin di depan sambil mengiggit roti bakar. Kalau lambat, nanti Jimin pergi sekolah dia tinggal aku pulak. Kami kan satu sekolah. Chanyeol oppa hanya mengangguk sambil menikmati sarapannya.
***
(Di Sekolah Tinggi Seoul)
Sampai saja di sekolah, kelihatan So Hyun sudah pun menunggu di koridor bangunan sekolah. Selepas keluar dari kereta yang di pandu oleh Jimin, aku pun berjalan menuju ke arah rakan baikku. Sedangkan Jimin menuju ke kelasnya. Kami tidak sekelas.
"Hai So Hyun. Dah lama kau tunggu aku?" Tegurku.
" Taklah lama pun. Baru je sampai." Jawab So Hyun dengan senyuman di bibirnya.
"Jomlah masuk kelas." Ajakku.
Kami pun berjalan menuju ke kelas. Sampai di kelas aku dan So Hyun mengambil tempat duduk kami.
"So Hyun, lepas sekolah nanti kita pegi tengok Jimin practice nak?" Kataku sambil mengeluarkan buku dan kotak pensil dari dalam beg.
"Mestilah nak. Tak sabar nak tengok wajah handsome abang kau,hehe.." Tersenyum manis So Hyun pabila menyebut nama buah hatinya yang dah 2 bulan menjadi namchinnya.
"Kenalah sangat kau dengan abang aku. Dua2 senget." Kataku selamba.
"Ya Jihyo ah. Sampai hati kau kata kitorang senget ehh." Kata So Hyun berpura-pura marah sambil memukul bahuku. Kami pun sama2 ketawa.
Selepas 5 minit, cikgu bahasa inggeris kami pun masuk ke kelas.
***
"Kring! Kring!" Kedengaran bunyi loceng menandakan sudah habis waktu persekolahan. Aku dengan So Hyun cepat2 mengemaskan barang2 kerana hendak pergi ke studio tarian Jimin dan kumpulannya berlatih menari. Aku dan So Hyun balik dengan menaiki bas bersama kerana Jimin terus pergi ke studio lepas habis sekolah. Kami perlu pulang ke rumah dahulu untuk menyalin pakaian.
Sampai je di rumah, rumah kelihatan senyap sunyi, tu bermakna abang2ku belum balik lagi. Aku pun menuju ke bilikku. Tuala yang digantung di tepi almari di capai lalu menuju ke bilik air.
Selesai mandi, aku terus bersiap. Aku menyarungkan dress bertali halus paras lutut warna putih berbunga merah jambu dan dikenakan dengan jaket denim berwarna biru. Kemudian, compact powder jenama Maybelline dicapai dan disapu nipis pada wajahku dan menyapu lipbalm pada bibirku. Rambut panjangku disikat dan dibiar lepas. Cekak dipakai menambahkan kecomelan wajahku. Selesai bersiap, aku berjalan ke muka pintu mencapai beg silangku lalu berjalan keluar.
Ketika hendak menuju ke pintu, kelihatan Chanyeol oppa sudah pun pulang. Aku pun berjalan menuju ke arahnya yang sedang duduk di sofa sambil menonton tv.
"Oppa dah balik rupanya." Tegurku seraya duduk di sebelahnya.
"Yup. Baru je balik. Ehh.. Ji Hyo nak keluar ke?" Tanya Chanyeol oppa.
"Ha'ah, Ji Hyo dengan So Hyun nak pergi tengok Jimin practice. Boleh kan kitorang pergi?"
"Emm boleh. Tapi jangan balik lambat sangat. Nanti abang marah pulak nanti." Pesan Chanyeol. Aku faham sangat gerangan yang disebut oleh Chanyeol oppa. Siapa lagi kalau bukan abang sulung kami.
"Oppa jangan risau. Ji Hyo akan balik awal. Lagipun kejap lagi Ji Hyo akan balik sekali dengan Jimin lau dia habis latihan awal."
"Ok. Lau Seo Joon marah, oppa tak nak masuk campur." Chanyeol oppa berkata selamba. Oppaku yang sorang ni memang kuat mengugut. Tapi dia tetap membelaku jika aku dimarahi oleh Seo Joon oppa.
"Arasso. Ji Hyo pergi dulu. Bye oppa." Pipinya ku cium lalu berjalan keluar.
Bersambung...
Ulasan