EVENING VIEW FROM ON THE FERRIS WHEEL (PART 3) "Taman tema ini akan ditutup dalam masa 1 jam lagi. Terima kasih kerana mengunjungi taman tema Seoul Land pada hari ini." Kedengaran suara pengumuman dari corong pembesar suara menyedarkan So Hyun dan Jungkook dari lamunan. "Dah nak tutup ke? " Luluh suara So Hyun bertanya. "Aaa... Dia akan tutup pada pukul 5." "Jomla naik roda feris. "Ajak Jungkook. Mereka berjalan ke arah roda feris. "Ya. Silakan." Kata petugas penjaga roda feris. "Tak nak. Aku tak mahu naik. Satu pusingan hanya 60 saat. Selepas itu semuanya akan berakhir. " Jerit suara hati So Hyun. Tapi kakinya tetap melangkah masuk dalam perut roda feris. Roda feris pun mulakan pusingannya. "Ooh... Tengok pemandangan petang! Cepatlah So Hyun! Tengok ni kita di puncak. " Tersenyum Jungkook menunjukkan ke arah kawasan yg berbukit. "Alangkah bagusnya jika masa berhenti. Kan bagus ...