ARTIS POPULAR SEBELAH RUMAH (PART 4)
"Ting". Kedengaran bunyi dari oven menandakan kek sudah masak dibakar. Arissa cepat2 membuka pintu oven dan dikeluarkan kek dari oven dan menyejukkannya di atas meja. Sementara menunggu kek sejuk, Arissa ke ruang tamu. Iphone di atas meja kopi di ruang tamu diambil. Terdapat notifikasi mesej di aplikasi whatsapp yang belum dibaca. Arissa lantas membaca mesej itu.
"Hai Arissa, jemputlah datang ke rumah sebelah. Kitorang ada buat makan2 pukul 2 nanti.Datang tau, jangan tak datang."
~ Park Jimin
Jam di telefon menunjukkan pukul 1:30 tengah hari. Lagi setengah jam je. Arissa berasa segan pula nak ke rumah diorang.Apalagi, selepas kejadian di tasik hari itu buatkan dia rasa malu nak berdepan dengan Chanyeol. Bimbang perasaannya tak dapat disembunyikan.Perasaan sayangnya pada Chanyeol yang sudah lama berputik sebelum mereka berjumpa.Semenjak Chanyeol menjadi bias utamanya sejak mula kenal dan meminati kumpulan penyanyi EXO.
Arissa ke dapur semula. Setelah pasti keknya sudah sejuk, dia memotong kek coklat itu dan dimasukkan ke dalam bekas tupperware.Kemudian, dia menutup bekas dengan tudung dan dimasukkan pula dalam beg kertas yang diambil dari dalam laci kabinet.
"Dah alang2 nak ke rumah diorang, bolehlah bagi kek coklat ni kat diorang. Emm, terpaksalah pergi sorang jawabnya.Iman pun dah balik." Desis hati Arissa. Nak tak nak terpaksalah dia sorang je kena pergi.Abangnya besok baru balik, dan Imani pula dah balik ke rumahnya sejak kelmarin. Arissa naik ke bilik untuk bersiap.
************************************
Kelihatan ramai orang di rumah sebelah. Ada yang sedang membakar sate dan bbq, ada yang sedang makan sambil berbual di laman rumah. Merekalah dari ahli kumpulan EXO yang berkumpul beramai-ramai. Arissa yang berdiri di depan pintu pagar rumah berasa segan hendak masuk. Terasa teragak-agak dia hendak melangkah masuk ke rumah agam dua tingkat itu. Dress labuh merah jambu berbunga kecil warna merah dibetul-betulkan. Taehyung dan Jimin yang menyedari Arissa yang sedari tadi asyik berdiri di pintu pagar berjalan menghampirinya.
Taehyung: Hai Arissa. Kenapa tak masuk?
Arissa:Hehe.. Hai Tae,Jimin. Saya segan. Ramai orang kat rumah korang.
Jimin: Laa, nak segan apanya.Kitakan berjiran. Bukan ada sape pun, kawan2 hyung2 kitorang je.EXO members.
Taehyung: Betul. Jomlah masuk berkenalan dengan diorang.Awak mesti teringin nak jumpa diorang kan?
Arissa hanya tersenyum.
Jimin: Cantiklah awak hari ni. Apa tu?
Jimin menunjukkan ke arah beg kertas yg disedari dipegang Arissa.
Arissa: Terlupa pulak, saya bawakkan kek coklat.Kebetulan saya ada buatkan lebih, jadi saya bagi korang.
Jimin menyambut huluran beg plastik dari tangan Arissa.
Jimin: Yeke, mesti sedap ni.Ni faveret Chanyeol hyung. Mesti dia suka lau tahu awak bawak ni.
Taehyung: ok, dah jom masuk.
Taehyung menarik tangan Arissa ke laman rumah dan diikuti Jimin di belakang mereka. Mereka bertiga kini berdiri di hadapan member2 EXO. Arissa memperhatikan satu persatu wajah2 mereka yang juga turut memerhatinya. Tapi hanya sorang yang tiada di situ. Dia cuba mencari gerangannya. Taehyung yang berdiri disebelahnya tiba2 memaut bahunya.
Taehyung: Ok abang2 semua. Kenalkan, this beautiful and cute girl is our neighbour. Her name, Arissa.
Arissa: Err, hai..
Suho: Owh..ni lah gadis yang telah menambat hati member kami. Selamat berkenalan Arissa. Saya leader Suho.
Arissa: Selamat berkenalan.
Jawab Arissa yg agak hairan dengan kata2 leader mereka. Sorang demi sorang dari mereka bertegur sapa dengannya.
Jimin: Arissa, awak duduklah dulu. Awak nak makan apa pilihlah kat meja tu. Jangan segan2 tau. Saya nak masuk dalam kejap.
Kata Jimin sambil menunjukkan ke arah meja yg ada di satu sudut taman. Arissa hanya tersenyum mengangguk. Dalam pada yg sama, dia mencari kelibat Chanyeol yang tiada di situ. "Mana dia ya? Ada kat dalam rumah agaknya." Desis hatinya.
Arissa ke meja yang di letak banyak makanan. Ada macaroon, sate, jagung bakar, makanan ringan,buah2 an,spaghetty dan juga makanan Korea serta sushi. Dalam sedang dia hendak memilih makanan, ada suara menegurnya.
Chen: Hai Arissa. Awak nak makan apa? Saya boleh ambilkan.
Arissa: Takpe.Saya boleh ambil sendiri.
Chen: Alaa,takpe. Mari saya pilihkan.
Piring dan sudu di tangannya diambil dan mencedok spaghetty ke dalam piring.Piring diberi kepada Arissa.
Arissa: Thanks Chen.
Chen: Welcome. Jom kita duduk sana.
Chen mengajak Arissa duduk di meja yang turut ada Xiumin, Sehun dan Kai. Chen menarikkan kerusi untuk Arissa dan melabuhkan punggung disebelahnya.
Xiumin: Comel betul Arissa ni.
Arissa: (tersipu malu) Takdelah, saya biasa je.
Kai: Awak tinggal dengan siapa?
Arissa: Saya tinggal dengan abang saya.
Xiumin: Owh, mana dia? Kenapa dia tak datang sekali?
Arissa: Dia takde kat sini. Dia ada kat London.Dia keje pilot.
Chen: Jinjja? Wah hebatnya dia.
Arissa: hehe...
Sehun: Awak sekarang tengah buat apa? Keje ke still study?
Arissa: Saya masih study lagi. Tapi sekarang tengah cuti semester.
Xiumin: Owh begitu.Course apa?
Arissa: Business.
Dalam mereka sedang berbual dengan Arissa, Jimin datang ke meja mereka.
Jimin: Sorry hyung. Saya nak ajak Arissa masuk ke dalam.
Arissa: Ada apa Jimin?
Jimin: Chanyeol hyung panggil awak.
Xiumin: Pergilah Arissa.
Arissa: Owh okay.
Arissa bangun mengikuti Jimin masuk ke dalam.
************************************
Sebaik sahaja naik ke tingkat atas, Jimin menunjukkan ke arah ruangan yang tertera nama "STUDIO"
Jimin: Pergilah masuk. Chanyeol hyung dah tinggu awak kat dalam.
Arissa: Tapi....err..Ji..Min
Belum sempat Arissa hendak berkata lagi, Jimin dah pun turun ke bawah. Dengan berdebar, Arissa memulas tombol pintu studio. Sebaik langkah kakinya masuk ke dalam studio itu kedengaran lagu kegemarannya berkumandang memenuhi segenap ruang studio itu. Lagu dari kumpulan Westlife- My Love.
Arissa: Chanyeol...
Arissa memanggil Chanyeol dalam bilik studio itu tetapi dia tiada di situ. Dia ternampak sepiring kek coklat yang dibawanya di atas meja tulis di hadapan tingkap. Arissa tersenyum kerana tak sangka Chanyeol makan kek buatannya. Arissa melabuhkan punggung di kerusi di hadapan meja sambil mendengar lagu yang dimainkan melalui speaker.
Selesai sahaja lagu habis dimainkan, Chanyeol bersuara di belakang Arissa.
Chanyeol: Sedap kan lagu ni?
Terkejut Arissa mendengar suara Chanyeol. Dia lantas berpusing ke belakang. Chanyeol sedang tersenyum memandangnya sambil bersandar di pintu. Kedua-dua tangannya diseluk dalam poket seluar.
Arissa: Sedap.
Chanyeol: Your favourite song right?
Arissa: Ya, mana awak tahu?
Chanyeol tersenyum. Dia berjalan dan berdiri betul2 di hadapannya, rapat dengannya. Arissa yg turut berdiri hadapannya, dapat mendengar debaran hati Chanyeol yang berdegup sama laju seperti hatinya. Mata2 mereka saling bertentang.
Arissa: (kata dalam hatinya) Hati janganlah degup laju sangat. Kesianlah tuannmu ini.
Chanyeol: Mana boleh saya tak tahu. Setiap malam awak asyik pasang lagu ni. Sampaikan saya tak boleh buat keje.
Arissa: Err, yeke.Hehe...Tak tahu pulak saya dah pasang kuat sangat.Sorry lau saya dah ganggu awak.
Tertunduk Arissa menjawab. Tak mampu dia hendak bertentang mata dengan Chanyeol.
Chanyeol: Gwaenchanha. Saya tak kisah.Lagipun saya pun suka lagu ni.
Arissa tersenyum.
Chanyeol: Tapi...
Chanyeol berhenti berkata membuatkan Arissa kembali memandangnya. Chanyeol senyum sekilas sebelum menyambung katanya.
Chanyeol: Tapi saya lebih sukakan Hanis Arissa.
Terpana Arissa mendengarnya. Chanyeol menarik tangannya dan mengajaknua duduk di sofa di tepi dinding. Sekotak cincin disuakan di hadapan Arissa.
Chanyeol: Arissa, saya dah jatuh cinta dengan awak sejak kali pertama kita berjumpa. Neomu neomu saranghae.
Arissa seperti tidak percaya dengan ungkapan Chanyeol itu.Kolam air matanya bergenang seakan mahu pecah ketika itu juga. Air mata yg sangat gembira.
Arissa: Chanyeol, me too. Saya pun sayangkan awak sejak awak jadi bias saya.
Chanyeol: Jinnja? So, will you be my girlfriend,be my sunshine, be my queen of my heart?
Chanyeol menunjukkan sebentuk cincin emas bertatahkan mutiara putih kepada Arissa. Arissa mengangguk dan Chanyeol menyarungkan cincin ke jari manisnya dan menciumnya. Arissa membelek cincin di jarinya.
Arissa: Thank you Chanyeol. Thank you for loving me.
Chanyeol: Thank you juga terima cinta saya.
Mereka saling bertentang mata sambil tersenyum. Arissa teringatkan kek di atas meja.
Arissa: Awak dah makan kek yg saya bawa tu?
Chanyeol: Dah. Sedap sangat. Manis. Macam awak.
Arissa: Ada je awak ni.
Merona merah wajahnya dipuji Chanyeol. Menjerit kecil Arissa apabila pipinya dicubit lembut oleh Chanyeol.
Chanyeol: Ohya, lusa EXO akan buat konsert kat Merdeka Stadium. Nanti awak pergi ye. Saya ada surprise untuk awak.
Arissa: Really? Mestila saya nak pergi tengok. Nanti saya nak ajak Iman sekali.
Chanyeol: Suka ye jagiya saya ni.
Arissa: Hehe...
Chanyeol: Jomlah kita turun. Diorang mesti dah tunggu kita lama. Nak tahu jawapan dari kita.
Arissa: Jadi diorang dah tahu yang awak suka saya?
Chanyeol: Yup, diorang. Malah, ni rancangan Taehyung dan adik saya. Diorang plankan majlis ni untuk saya luahkan perasaan awak.
Arissa: Patutlah leader awak ada sebut tadi saya dah menambat hati awak.
Chanyeol: Betul. Awak dah curi hati saya.
Wajah bahagia mereka jelas tergambar di wajah mereka. Tapi Chanyeol masih belum sampai hati hendak memberitahu Arissa bahawa mereka akan pulang ke Korea tak lama lagi. Dia hanya pendamkan sahaja dulu. Dia akan beritahu kemudian.
Merekapun beriringan turun ke laman rumah. Sebaik sahaja tiba di laman, semua orang sudah memerhatikan mereka. Menantikan jawapan kepada hubungan mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.
Suho: Chanyeol-ah, macam mana?
chanyeol senyum. Dia menunjukkan jari Arissa yg tersarung cincin lamarannya dihadapan mereka.
Taehyung: Woahhh, chukahamnida hyung. Congrates Arissa
Jimin: Chukahaeyo hyung, Arissa.
Jimin mengucapkan tahniah dan memeluk abangnya. Jimin sempat berkata pada Arissa.
Jimin: Terima kasih Arissa kerana terima cinta hyung saya.
Arissa: Sama2 Jimin.
Mereka semua bertepuk tangan meraikan hubungan yang baru terjalin dan demi kejayaan kerjaya mereka. Masing2 menikmati hidangan bersama-sama. Arissa dan Chanyeol menatap satu sama lain dengan senyuman terukir di bibir.
Bersambung...
Ulasan