Assalammualaikum...
Hai..Untuk mood dalam entry ni perlu ada dua mood..Mood happy and sedih..Sebab ia perlu bercerita tentang kenangan manis dan pahit dalam hidup aku sepanjang 22 tahun di dunia ini...
Tersangatla banyak yang aku dah lalui...Sama ada dari segi aspek karier or kekeluargaan...Semuanya dijadikan satu perjalanan hidup yang penuh dengan kisah2nya yang tersendiri.Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi..Semuanya Alhamdulillah dapat dilalui dengan tabah...
Taknak buang masa..Kejap lagi ada keja yang aku nak kena settle..So, aku cuba nak habeskan entry ni secepat yang boleh...Aku tak tahu nak cerita detail macam mana,tapi aku try bagitahu dengan cara aku agar korang bleh faham...:)
Untuk kenangan manis yang aku dah lalui adalah...jeng..jeng...Disini mood happy mula kuar...:D
♡ Lau sebut pasal kenangan manis pasti selalunya aku akan cakap adalah Pergi Melancong,huhu..Paling aku tak dapat lupakan adalah pengalaman ke Krabi...Almaklumlah, first time pegi tempat paling jauh di obersea,huhu..Tak dapat ke Korea,Krabi pun jadila..Dapatla gak merasa kan..Sapa penah baca entry aku ke Krabi tahula betapa cantiknya tempatnya..Ni saja yang aku lalui ketika usia remajaku..Zaman kecit2 dulu aku tak dapat rasa kepuasan pergi melancong,isk3...
♡ Then, Pengalaman manis seterusnya adalah ketika saat pertama kalinya aku naik ke pentas untuk menerima Diploma pertamaku pada hari konvokesyen aku tahun lepas di ptss..Mula2 tu agak nervous gakla..Almaklumlah aku ni dahla femalu..bhahaha...Tapi bila dah naik tetiba ja hilang nervous tu..Lalala..Pelik plak asa tu...Asa bangga sebab dah berjaya memberikan hadiah diploma ni buat arwah nenek dan arwah ayahku...
Ok,cukuplah dua kenangan manis tu asanya kot...Seterusnya,kenangan pahit...Ini perlu ditaip dengan nada sedih...:(
☆ Pada bulan November 2010, iaitu beberapa minggu sebelum aku ingin mendaftar masuk semester 1 ke Politeknik, arwah nenek aku (sebelah emak) telah kembali ke Rahmatullah...Kehilangannya amat memberi kesan yang mendalam buat aku..Dimana aku satu2nya cucu yang paling rapat dengannya,banyak kenangan aku dengannya..Sayangnya,semasa saat2 dia menghembuskan nafasnya yang terakhir aku tak dapat menemaninya...Yang paling sedih, kali terakhir aku dengannya adalah dimana aku mencabut ubannya untuk yang terakhir kalinya..Kemudian,semasa dia menghantar aku balik ke rumahku adalah pertemuan terakhirku dengannya..
Setelah ketiadaannya membuatkan aku berasa putus asa untuk menyambung pengajianku..Tapi demi harapan arwah,aku teruskan jugak dengan kuat semangat...:)
♡Seterusnya, seorang lagi insan yang aku amat sayangi iaitu arwah ayahku telah pun kembali kepadanya pada 18 feb. tahun lepas...Kehilangannya masih amat dirasai..Saat2 terakhirnya masih sempat aku rasai semasa menjaganya ketika dia sakit teruk..Tetapi kadangkala masih terasa aku seperti gagal menjadi anak yang terbaik untuknya...Doaku ku kirimkan buat kedua-duanya...
Done...Sekian...
Have a nice day...:)
Ulasan