Assalammualaikum…
Hai korang…Setiap orang yang bercinta mahupun yang sudah berkahwin pasti akan ada cara2 yang tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang mereka terhadap pasangannya.Tidak hanya tertakluk kepada melafazkan ucapan i love u semata-mata.Seharusnya,diluahkan melalui perbuatan.
Berikut2 beberapa tips yang korang boleh lakukan untuk meyakinkan pasangan anda…:)
a)Memasak makanan untuknya
~~Korang kena tahu makanan kesukaannya,dan cuba masak untuknya…Tak perlu menunggu arahan atau permintaannya menyuruh anda memasak.Korang boleh surprisekan dia dengan memasak makanan kegemarannya.Usah risau jika masakan korang tu kurang sempurna,asalkan korang dapat melakukannya demi si dia..Sekurang-kurangnya si dia pasti akan berbangga dengan korang, huhu…(p.s:aq pernah masakkan spagheti untuk En.N)
b)Memberi pujian
~~Pujian yang diberi mestilah jujur dan ikhlas dari hati,supaya pasangan anda akan lebih menghargai anda.Pujian itu semestinya pujian atas kebaikan atau keunggulan yang ada pada diri pasangan anda.Elakkan memuji orang lain seperti boy/girl lain dihadapan pasangan anda.
c)Menghargai pasangan anda
~~Setiap apa yang dilakukan oleh pasangan anda demi menggembirakan anda perlulah anda hargai walaupun dengan hanya ucapan “Terima Kasih”..Dengan ini,si dia akan berasa bahagia kerana anda sangat2 menghargainya.
d)Memberi Kejutan
~~Kejutan yang diberikan mestilah kejutan yang tak dapat dilupakan oleh si dia.Contohnya,membuat kejutan ulang tahun yang dihadiri keluarga dan teman rapatnya.Selain itu,korang boleh membuat kejutan membuat makan malam yang-romantis,spt,
candle light dinner…:)
e)Berlaku jujur dengan pasangan.
~~Jangan pernah sesekali berbohong dengan pasangan anda tentang sesuatu perkara yang boleh mengecilkan hati pasangan anda,kerana ia boleh merosakkan kepercayaan pasangan anda.
Ulasan