Hai…
Hujan turun lebat gila baq hiang…Nak tido pun terasa betapa bestnya,huhu…Tapi,aku xterasa nak tido pun.Sebab aku nak share kat korang satu kuiz ni yang aku dapat dari dalam Majalah Remaja…See,dah xseweet 20+++pun still nak baca majalah remaja lagi,huhu…Arghhh,lantak..
Aku lau ada beli majalah2 ni tak sahla aku tak try jawab kuiz dalam majalah tu…Termasukla kuiz yang aku nak kongsi dengan hampa suma ni.Kuiz ni untuk hampa tau sapa mr perfect yang sesuai untuk hampa ngedate..Ops,ni just untuk girls je ehh..
……………………
1)Bagi kamu,perkara paling romantik yang perlu dilakukan oleh seorang jejaka ialah??
A Menemani kamu melewati persisiran pantai sambil menyaksikan matahari terbenam.
B Menulis lagu khusus buat kamu
C Mengajak kamu makan malam ditempat romantik
(jwpnku:A)
2) Apakah haiwan peliharaan jejaka idamanmu?
A Kucing parsi
B Hamster
C Arnab
(jwpnku:A)
3) Bagaimana caranya si dia melayani kamu saat bertemu janji?
A Selalu memberi perhatian lebih kepada kamu.Perbuatannya benar-benar mengusik jiwa kamu.
B Romantik sangat!!Dia akan menyanyi lagu cinta tika membawa kereta sambil memandang kearahmu.
C Biasa-biasa saja.Dia kelihatan serius dan tidak banyak berborak.
(jwpnku:B)
4) Jenis rambut jejaka idaman kamu perlulah?
A Berwarna coklat gelap,panjang dan lembut
B Mesti gelap,pendek dan kelihatan segar
C Terpacak,sentiasa wangi dan pendek
(jwpnku:C)
5) Jika ingin bertemu janji dengannya,kamu menginginkan si dia lengkap berpakaian?
A Kasual,mungkin jean dan kemeja
B Lebih selesa t-shirt dan seluar pendek
C Stailo dan nampak segar
(jwpnku:A)
6)Jika ke panggung wayang,apakah filem yang menjadi pilihanmu?
A Filem kelakar!Masing-masing akan ketawa tak ingat dunia
B Romantis!Jadi boleh layan perasaan
C Aksi kot!Barula sempoi
(jwpnku:A)
7) Apakah makanan kegemarannya?
A Makanan barat.Sebab itulah dia selalu membawamu ke restoran-restoran makanan segera.
B Makanan kesihatan
C Tradisional.Suka masakan kampung
(Jwpnku:C)
8) Sukan yang menjadi pilihan si dia?
A Bola keranjang
B Futsal
C Boling
(jwpnku:B)
9) Masa terluang,si dia lebih gemar…
A Melakukan aktiviti lasak seperti memanjat gunung
B meluangkan masa bersama keluarga
C Main game
(jwpnku:C)
*************************************************
**JAWAPAN**
Jika jawapan kamu lebih banyak A:
>>Jejaka itu mestilah KELAKAR!
Memandangkan kamu jenis yg gila-gila,maka Mr,Perfect kamu mestilah seorang yg kelakar orangnya.Kalian akan nampak serasi tika bersama.Kemesraan yang terjalin mampu menjadikan hubungan kalian sentiasa ceria.Semoga Berjaya…
Jika jawapan kamu lebih banyak B:
>>Jejaka itu mestilah ROMANTIK!
Jejaka paling sesuai buat kamu mestilah mereka yg tergolong dalam kelompok “Romantik”.Auww!pasti temu janji kamu akan lebih menyengat.Si dia akan membuatkan kamu bagaikan berada diawang awangan.Kamu pasti meleleh saat mendengar kata pujangga daripada jejaka idamanmu.
Jika jawapan kamu lebih banyak C:
>>Jejaka itu mestilah punya tarikan tersendiri
Pemalu tetapi dia punya tarikan tersendiri.Biarpun si dia nampak macam tak berapa bersungguh denganmu,tetapi dia tetap berjaya mencuri perhatianmu.Si dia mampu membuatkan hari-harimu sentiasa ceria dan meninggalkan satu kesan yg paling dalam!Selamat Bertemu janji…
Ulasan