***Amaran: Cerpen kali ni masih
menginspirasi nama2 pelakon dari K-Pop,huhu…***
Tajuk: I JUST ONLY LOVE YOU
Pelakon:
1)
Gu Jun
Pyo Lakonan Lee
Dong Hae (SUJU)
2)
Geum Jan
Di Lakonan Im
Yoona (SNSD)
3)
Kang
Shin Woo Lakonan Jung Yong Hwa (CN BLUE)
4) Ga Eul Lakonan Soo Young (SNSD)
5)
Song Yi
Jung Lakonan Eunhyuk
(SUJU)
6) Jeremy Lakonan Lee Hong Gi
Di dalam perpustakaan
Shinhwa University
Jan Di dan Ga Eul sedang mencari bahan-bahan tugasannya
mereka untuk subjek Tourist Behavior.Sedang Jan Di sibuk mencari, tanpa
disedari dia dilanggar oleh seorang lelaki yang kebetulan mencari buku dirak
yang berdekatan dengannya.Apabila terpandangkan lelaki itu,alangkah terkejutnya
dia.Matanya bertemu dengan mata lelaki itu yang merupakan seorang “ best student”
diuniversity itu dan juga merupakan seniornya.
“Mianei,saya tak sengaja nak langgar awak.” Shin Woo
berkata seraya terperasankan gadis yang melanggarnya.
“Takpe.Salah saya jugak tak perhatikan orang lain.”Jan Di
menjawab bagi menutup debarannya. Ini kali pertama baginya bercakap dengan seniornya
yang langsung tak pernah dilihatnya berbual dengan mana-mana perempuan sebelum
ni.Tidak dia jangka dapat bercakap dengan seorang yang pintar sepertinya.Daripada
perbualan-perbualan pelajar disitu, Shin Woo itu seorang yang sangat tampan dan
ramai gadis yang gila-gilakannya berbanding seorang lagi senior,Gu Jun Pyo,
anak pengarah universiti yang juga kekasihnya kini.
Jun Pyo seorang yang tak kurang hensemnya juga tapi pada
yang sama juga dia seorang yang poyo.Berlagak tak bertempat.Dah hampir 2 tahun
mereka berpasangan.Sejak itu juga Jun Pyo sudahpun boleh berubah sikap sikit
demi sikit.
“Awak ni Jan Di kan?” Pertanyaan dari Shin Woo menghentikan
lamunannya.
“Ya saya.Macam mana awak kenal nama saya?” tanya Jan Di
penuh pelik.
“Hehe, universiti ni tak dela besar mana pun untuk saya
kenal sape awak.Okla,saya pergi dulu.Kawan awak dah panggil tu.” Shin Woo
menunjukkan arah kepada Ga Eul yang sedang memanggilnya seraya beredar dari situ.
Jan Di pun melangkah pergi ke arah Ga Eul apabila Shin
Woo beredar.Dalam hatinya memuji ketampanan Shin Woo.
Di kafeteria
Ga Eul dan Jan Di mengambil tempat disebuah meja setelah
mengambil makanan.Mereka sempat berbual tentang Shin Woo.
“Tak sangka kan?Senior Shin Woo berbual dengan kau.”Ga
Eul memulakan perbualannya.
“Emm,kebetulan je.Dia terlanggar aq.Tapi tak sangka dia
boleh tahu nama aku. Ingat dia jenis tak amek tahu pasal gosip-gosip student
kat sini.”jawab Jan Di lantas menghabiskan kek coklatnya.
Ga Eul hanya mengangguk mengiakan kata-kata kawannya itu.Memang
tak dinafikan, semua orang tahu hubungannya dengan Jun Pyo.Semestinya semua
orang pun tahu siapa Jan Di.Pastinya semua orang pun takkan dibenarkan berani
menganggu Jan Di.
Dari jauh, Jun Pyo dan Yi Jung sedang melangkah berjalan
menuju ke arah Jan Di dan Ga Eul.Ga Eul yang perasankan kedatangan mereka,
terus melambai ke arah mereka berdua.Jun Pyo mengambil tempat disebelah Jan Di,manakala
Yi Jung mengambil tempat disebelah Ga Eul.Jun Pyo bersuara setelah duduk.
“Hai sayang.Makan kek je?” Tanya Jun Pyo penuh prihatin
kepada buah hatinya itu.
“Ha’ah.Tak lapar sangat,makan ni jela.”jawab Jan Di sambil
tersengih.Dia tahu sangat Jun Pyo pasti akan ambil berat akan dirinya.Jun Pyo
yang tahu sikap degil Jan Di itu mencuit hidungnya tanpa sempat Jan Di
menghalangnya.
Yi Jung dan Ga Eul hanya mampu memandang sambil tersenyum
melihat gelagat pasangan serasi itu.Sudah masak dengan hubungan mesra mereka itu.Dikala
mereka sedang berbual-bual, kelihatan Shin Woo dan adiknya Jeremy sedang berjalan melewati meja mereka
dan duduk disatu sudut yang bertentangan dengan mereka.
Shin Woo memerhati gelagat Jan Di dan Jun Pyo melalui
ekor matanya tanpa disedari mereka berdua.Ada riak rasa cemburu yang dalam hatinya
pada mereka.Sudah lama dia sukakan Jan Di tapi Jan Di berhubungan dengan Jun
Pyo.Malas dia hendak bersaing dengan Jun Pyo untuk dapatkan Jan Di.Lagipun dia
tahu perangai Jun Pyo itu.Maka, dia hanya mampu melihat dan memerhati Jan Di
hanya dari jauh.
Disebuah pasar raya.
Jan Di sedang memilih barang-barang yang perlu dibeli
berdasarkan senarai barang di dalam kertas yang dipegangnya itu.Sekali sekala dia
membelek harga pada barang-barang yang tersusun dirak itu.Setelah mendapatkan
apa yang diingininya, Jan Di menolak trolinya dan menuju ke bahagian makanan
sejuk beku.Dalam leka memerhatikan kertas ditangannya, trolinya terlanggar
seseorang.Apabila menoleh ke arahnya,sekali lagi terkejut Jan Di dibuatnya.
Shin Woo tidak menyangka dia boleh terserempak dengan gadis
pujaannya itu.Kali kedua perlanggaran yang tidak sengaja berlaku lagi sekali.Peluang
kali ni tidak akan dilepaskannya untuk berbual dengan gadis itu.
“Oh mianei.Saya
terlanggar sunbei pula kali ni.Saya mintak maaf sangat-sangat.”Jan Di
berkata apabila melihat menyedari Shin Woo hanya mendiamkan diri apabila dilanggar
trolinya.Risau juga kalau Shin Woo mungkin marah atau mengalami kesakitan disebabkan
kecuaian dia.
“Tak mengapa.Bukan salah awak pun.”Jawab Shin Woo pula
kasihan melihat riak rasa bersalah diwajah itu.
“Saya tak sangka pulak Sunbei pun datang ke sini.Ada pape
ke yang boleh saya tolong untuk tebus kesalahan saya langgar Sunbei?”Jan Di
bersuara menutup kegugupannya.Shin Woo memandang kehairanan dengan pertanyaan itu
tapi tetap menjawab bagi menutup debarannya kerana pertemuan yang tak disangkanya
itu.
“Oh takde pape yang awak boleh awak tebuskan pun.Tapi lau
boleh saya nak mintak izin untuk temankan awak beli-belah kat sini?” Shin Woo
mencuba naseb untuk berkawan dengannya.
“Owh,takpe ke??Tak menyusahkan sunbei ke?” Terkejut juga
mendengar ajakan dari seniornya itu yang tak pernah sebelum ini berbual
dengannya. Shin Woo seperti tak percaya pelawaannya disambut baik oleh Jan Di.
“Takde masalah.Sekurang-kurangnya bolehla kita beli
bersama-sama.” Tersenyum Shin Woo menjawab pertanyaan Jan Di itu.Jan Di dengan
senang hati menerima pelawaan itu dengan anggukan.
Mereka pun berjalan sekitar dalam pasar raya itu memilih
barang yang perlu dibeli.Setelah mereka selesai memilih,mereka pun ke kaunter
pembayaran untuk membayar barang-barang yang dibeli.Setelah itu, masing-masing
pun membawa haluan masing-masing dan pulang.
Keesokan harinya,dalam kelas.
Pelajar-pelajar sedang menyiapkan tugasan yang diberi
dengan teliti.Ga Eul dan Jan Di juga tak ketinggalan melakukan hal yang
sama.Sedang Jan Di leka dengan tugasannya,handphonenya berbunyi menandakan ada
mesej masuk.Jan Di membuka mesej dan membacanya.
Jumpa lepas kelas,ditaman.
<Shin Woo.>
Jan Di rasa hairan
kenapa Shin Woo mengajaknya berjumpa.Jan Di akhirnya membalas mesej itu dan
menyambung kembali kerjanya itu.Ga Eul yang menyedari perbuatan Jan Di itu
lantas bertanya kepadanya.
“Jun Pyo mesej kau
ke?” Jan Di terkejut dengan pertanyaan dari Ga Eul itu.Teragak-agak dia untuk
berterus-terang dengan kawannya itu.Akhirnya Jan Di hanya menggelengkan
kepalanya saja.Setelah itu, Ga Eul pun tidak lagi bertanya.Tidak mahu masuk
campur urusannya barangkali.
Ditaman.
Seperti yang dijanjikan,
Jan Di bersetuju untuk berjumpa dengan Shin Woo ditaman.Apabila sampai ditaman
dilihatnya Shin Woo sudah pun menunggunya ditaman itu sambil bermain gitar.Terpegun
dia melihat Shin Woo sedang memainkan lagu kesukaannya.Shin Woo yang menyedari
Jan Di sudah sampai terus menghentikan aktivitinya.
“Terima Kasih sebab
sudi datang.Sebenarnya saya nak ajak awak berbual-bual kat sini.” Shin Woo
menegur dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya. Jan Di memuji ketampanannya
dalam hati.
“Sama-sama.Sedap awak
main gitar tu.”
“Hehe,saya memang suka
main gitar kat sini.Kat sini tempatnya tenang.” Shin Woo memainkan semula gitarnya
dan menyanyikan lagu.
Merdu sekali dipendengaran
Jan Di apabila Shin Woo menyanyikan lagu kegemarannya.Shin Woo menghentikan gitarnya
dan memandang pada Jan Di.
“Sebenarnya, saya ada
benda nak terus-terang pada awak.Tapi saya tahu awak mungkin takkan dapat terima
apa yang saya bagitawu awak ni.Saya sebenarnya sukakan awak Jan Di.” Jan Di
terkejut dengan pengakuan Shin Woo itu.Tidak menyangka pula itu tujuan mereka
berjumpa.Tanpa perlu berselindung, Jan Di tetap berterus-terang tentang
perasaannya.
Dalam ralit mereka
berbual, mereka tidak menyedari Jun Pyo sedang memerhatikan gelagat mereka
dengan hati yang panas membara.Tanpa perlu menunggu, dia mengangkat kaki dan
beredar dari situ.
Keesokan harinya.
Jan Di berjalan menuju
ke tingkat atas kelas Jun Pyo untuk berjumpa dengannya.Sudah lama dia tidak
berjumpa dengannya. Kelas Jun Pyo tidak seperti kelas-kelas pelajar yang lain.Kelasnya
diasingkan dengan kemudahan yang lebih lengkap berbanding kelas orang lain.
Dalam kelasnya, dia
dan Yi Jung mendapat pensyarah yang telah diupah yang dikhas hanya untuk mengajar
mereka. Sampai sahaja di kelasnya, Jan Di terus mendapatkan Jun Pyo yang sedang
duduk bermain PS2 dan memeluk erat lehernya.
“Bie,sorry sayang busy
tak dapat jumpa dengan bie.” Jun Pyo yang menyedari kehadiran Jan Di itu juga
tak dapat menyembunyikan rasa rindunya pada Jan Di tapi egonya tinggi tatkala
mengingat kembali apa yang dilihatnya ditaman semalam benar-benar mencucuh api
cemburunya.Lantas dileraikan pelukan Jan Di itu dengan kasar.Jan di yang menyedari
tindakan Jun Pyo itu berasa hairan dengan sikap Jun Pyo itu.
“Kau keluar dari sini,aku
tak nak diganggu.”Jun Pyo mengherdik tiba-tiba lantas bangun dari duduknya dan
berdiri menghadap ke arah tingkap.Tidak sanggup
memandang ke arah Jan Di kerana hatinya masih panas. Jan Di yang mendengarnya
masih terkejut.
“Awak ni kenapa? Apa
salah saya sampai awak cakap kasar camni dengan saya?” Jan Di cuba untuk
bertanya. Jun pyo pun tak dapat menahan marahnya lagi terus menghamburkann
kata-katanya lagi.
“Kau tanya kenapa?Yang
kau keluar dengan Shin Woo tu kenapa?Aku tak suka kau keluar dengan dia?” Jan Di
sudah bergenang air matanya. Tak menyangka Jun Pyo boleh berkata demikian
dengan dia.
“Kami hanya
berkawan.Kebetulan dia perlukan idea untuk hasilkan lagu,jadi dia perlukan saya
untuk tolong dia,tu saja.” Sepenuh hatinya dia cuba menerangkan hal yang
sebenarnya.Jun Pyo tidak mengendahkan langsung kata-katanya.Jan Di cuba untuk
mendekatinya dan memujuknya,tapi Jun Pyo menolaknya kasar sehingga Jan Di
terjatuh.Kepalanya terkena bucu meja yang tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Jan Di mengerang kesakitan.Terasa
ada cecair pekat yang mengalir dari kepalanya.Jan Di memegang kepalanya, dan
mendapati darah keluar dari kepalanya luka.Tiba-tiba kepalanya terasa pening
dan terus tidak sedarkan diri.
Jun Pyo terpana dengan
tindakan diluar kawalannya.Terus dia menerpa ke arah Jan Di cuba
mengejutkannya.Rasa bersalah menyerbu dalam hatinya.Ketika itu juga, Yi Jung
dan Ga Eul sampai ke situ.Terkejut mereka dengan apa yang terjadi.Setelah itu
mereka membawa Jan Di ke Hospital.
Dihospital
Jun Pyo tetap setia
menanti menunggu Jan Di dikatilnya. Jan Di masih belum menyedarkan diri.Ga Eul
sudahpun menjelaskan hal yang sebenarnya kepadanya tentang pertemuan Jan Di
dengan Shin Woo.Saat itu rasa menyesalnya dia berkasar dengan Jan Di.
Menurutn Ga Eul, Shin
Woo mengajak Jan Di jumpa untuk membantunya mencipta lagu.Jan Di sudahpun bagitahu
padanya tujuan pertemuan mereka itu.Kerana Jan Di, Shin Woo mula boleh mencipta
lagu.Menurut Ga Eul lagi, Shin Woo memang ada menaruh hati pada Jan Di dan
berterus-terang pada Jan Di tapi Jan Di menolaknya dengan cara yang baik dan
menganggapnya kawan.
Kedengaran pintu dibuka
dari luar.Shin Woo masuk dengan buah tangan ditangannya dan diletakkan diatas
meja.
“Jun Pyo, aku mintak
maaf.Aku tak bermaksud nak rampas Jan Di dari kau.Aku dengan Jan Di Cuma berkawan.Pada
mulanya aku memang sukakan dia, tapi Jan Di lebih memilih kau dari aku.” Shin
Woo bersuara kerana berasa bersalah dengan Jun Pyo.Ga Eul sudahpun menerangkan
apa yang berlaku kepadanya. Apabila dia mengetahui berita yang terjadi tentang
Jan Di dia rasa sangat bersalah.
Saat itu, tiba-tiba
kelopak mata Jan Di seakan-akan seperti mahu terbuka.Jun Pyo memanggil Jan Di
perlahan.Shin Woo tetap menanti dibirai katil.Setelah Jan Di sedarkan dirinya,
dia cuba untuk memanggil nama seseorang.
“Jun…Pyo..”.Terketar-ketar
dia memanggil kekasihnya itu.Jun Pyo mendekatkan dirinya pada Jan Di.
“Ye,saya kat sini.Saya
mintak maaf,saya tahu ni salah saya.Sepatutnya saya dengar penjelasan awak.”
Jun Pyo tak dapat membendung air matanya tatkala mengucapkan kata-katanya itu.
“Saya yang patut mintak
maaf sebab tak bagitahu awak dulu.Saya nak awak tahu, saya Cuma sayangkan awak
sorang je.” Jun Pyo lantas mencium dahinya.Jan Di mengalihkan pandangannya pada
Shin Woo dari tadi hanya memandang mereka berdua.
“Shin Woo,terima kasih
sebab memahami saya.” Shin Woo hanya mengangguk dan meminta diri untuk beredar
dari situ.Jan Di dan Jun Pyo kembali bersama seperti biasa.Semoga kebahagiaan
akan tetap berpihak kepada mereka selamanya.
***TAMAT***
Ulasan