Langkau ke kandungan utama

Cerpen Cik Cengeng…

***Amaran: Watak dan perwatakan dalam cerita ini, hanyala rekaan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.Harap maaf juga kerana anda terpaksa menahan kerimasan dengan nama pelakon yang digunakan dalam cerita ini,hehehehe…Sebarang cadangan,komen mahupun kritikan mengenai cerpen ini bolehla menulisnya diruangan yang disediakan***

Tajuk: My Love Arrogant Oppa

Watak:
(1)  Danny Lakonan Dong Hae (SUJU)
(2)  Yoona Lakonan Im Yoona (SNSD)
(3)  Jerry Lakonan Eunhyuk (SUJU)
(4)  Mina Lakonan Uee (After School)
(5)  Alice Lakonan Park Shin Hye

Yoona merupakan seorang pelajar baru di Lim Kok Wing University. Sebelum berpindah dia menuntut di Korea University. Disebabkan mengikut keluarganya berpindah ke Malaysia, maka terpaksalah dia menukar tempat pengajiannya yang kebetulan satu universiti dengan sepupunya, Mina.Kebetulan juga mereka juga satu jurusan dikelas yang sama.

Dalam Kelas:

Ketika pensyarah sedang mengajar di dalam kelas, Mina mengetuk pintu sebelum masuk.
“Mina, why are you late to my class today?”, tegur pensyarahnya, Miss Sally setelah melihat Mina melangkah masuk ke kelas.
“I’m sorry Miss Sally.I pick up my cousin because my cousin from Korea will study in here. In the same class with us.”
Mina lantas memperkenalkan Yoona kepada mereka semua.
“Annyeong haseyo.My name is Yoona”.Kata Yoona sambil tersenyum.
“Okay, Yoona.You can seat now.”arah Miss Sally. Mina lantas menarik tangan Yoona mengajaknya duduk disebelahnya.Mina melabuhkan punggungnya disebelah Marissa. Dibelakang mereka pula Danny dan Jerry.Yoona melemparkan senyuman kepada mereka tetapi tidak dibalas oleh Danny.Hanya Jerry yang membalas senyumannya.

Setelah selesai kelas bersama Miss Sally, Yoona dan Mina mengemaskan barang-barang dan bersedia untuk keluar kelas untuk pergi rehat.Yoona terlihat lelaki yang tempat duduknya dibelakangnya tadi dengan pelik.Tiba-tiba Mina mencuit tangannya.
“ Yoona,cepatlah! Aq dah lapar ni!”.Dia menarik tangan Yoona dan berjalan laju menuju ke arah kafeteria.

***
Danny dan Jerry masih lagi berada di dalam kelas. Kebetulan mereka sedang berbual kosong waktu itu.Jerry membuka pertanyaan pada Danny dengan senyuman.
“Hey,budak Yoona tu nampak cantik jugak kan?” tanya Jerry pada Danny yang sedang mengemaskan barangnya.
“Entahla,manila aku tahu.She’s not my taste.”Danny menjawab lalu melangkah meninggalkan Jerry yang terpinga-pinga itu.Dalam hatinya tiba-tiba berdetik ingin sangat berkenalan dengan Yoona.

***
Selepas rehat mereka semua masuk semula dalam kelas seterusnya untuk meneruskan sesi pembelajaran yang seterusnya, Customer Service. Pensyarah mereka mengarahkan supaya mereka melakukan kerja berdasarkan tajuk yang diberi secara berkumpulan iaitu mereka boleh mencari ahli kumpulan mereka sendiri.Mina mengajak Yoona berkumpulan dengan Danny dan Jerry.Mina memperkenalkan Danny dan Jerry kepada Yoona.
“Annyeong,” Yoona memulakan perbualan dengan mereka yang baru dikenalinya itu.
“Hai Yoona,” Jerry hanya menjawab teguran dari Yoona.Danny pula hanya menganggukan kepalanya tanpa memerhatikannya.
Setelah itu, mereka saling berbincang sesama mereka untuk menyiapkan tugasan mereka.Yoona sempat memerhatikan tingkah Danny dalam diam.Tiada segaris senyuman pun diwajah Danny sewaktu itu,hanya wajahnya yang serius.Danny juga langsung tidak memandang ke arahnya sewaktu Yoona mengeluarkan pendapat dan ideanya.Apalagi bersuara dengannya.

Setelah sampai di rumah:

Yoona menanyakan kepada Mina yang kebetulan turut bermalam di rumahnya tentang siapa sebenarnya Danny.Dia terlalu ingin mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam.
“Mina, Danny tu macam mana perangainya? Memang dia jenis serius ke setiap masa?”.
“Sebenarnya, dia seorang yang happy dan suka bersembang dengan semua orang.Tapi, sejak kebelakangan ni je dia berubah jadi camtu.Semua orang pun pelik.”Mina menjawab sambil mengangkat kedua-dua bahunya.

Keesokan harinya:

Yoona mengambil tempatnya dihadapan Danny dan Mina pula disebelahnya. Mina kelihatan gembira berbual dengan Jerry dibelakangnya. Yoona pula cuba untuk berbual dengan Danny.
“Danny, sejak kita saling kenal,boleh saya nak tahu tentang diri awak?” tanya Yoona sambil tersenyum.
“Takde pape yang awak boleh tahu tentang saya.”
“Macam mana lau saya kata saya suka awak?” Danny tersenyum sinis ke arah Yoona.
“Saya akan kata saya benci awak.Jangan ganggu saya.” Dia menepis tangan Yoona yang memegang tangannya.

***
Sejak dari hari itu, Yoona terus menganggu Danny.Hatinya begitu ingin mengenali hati budi lelaki itu.Tidak kirakan beberapa kali Danny cuba menghalaunya, dia tetap berada dimana sahaja Danny berada.Mina juga berasa ada tidak kena dengan sepupunya itu. Dia seringkali tidak meluangkan masanya bersama ketika rehat. Oleh itu, dengan meminta bantuan Jerry untuk menyelidiki mengenai sepupunya.
“Jerry, saya nak mintak tolong awak.Saya rasa ada benda yang tak kena dengan Yoona.” Dia menggoncang tangan Jerry.
“Okay,saya akan tolong awak.” Dia bersetuju untuk menolong Yoona.

***
Pada waktu rehat itu, mereka berdua pergi mengekori Yoona dari belakang.Alangkah terkejutnya Mina apabila melihat sepupunya berjalan bersama Danny yang berusaha menolak Yoona sehingga jatuh.Tetapi Yoona terus mengekori Danny.Mereka berdua saling berpandangan, tetapi jantung Jerry berdegup laju.
“Yoona,saya akan jumpa awak kat taman lepas habis kelas.” Danny berkata.
“Okay.” Yoona menjawab sambil tersenyum girang.

***
Sesampainya Yoona disana,dia terlihat Danny bersama seorang perempuan.Hati Yoona jadi sakit apabila Danny memeluknya.Yoona menghampiri mereka.
“Saya nak kenalkan awak dengan kekasih saya, Alice.”
Yoona terus berlari dari taman itu sambil menangis teresak.Semenjak hari itu,Yoona tidak lagi bertemu dengan Danny.Sudah dua bulan Danny tidak datang kelas.

***
Dirumahnya:

Seorang perempuan datang menemuinya. Dia masih mengingati perempuan itu.
“Annyeong,Yoona.” Dia menegur Yoona dan Yoona hanya mengangguk.
“Awak kenal saya lagi kan? Saya Alice.Sebenarnya ada sesuatu yang saya nak bagitawu awak.” Serius Alice menuturkannya.
“Hal apa?” Yoona bertanya.
“ini tentang Abang Danny.Dia dah macam orang gila selepas dia bagitahu tentang saya pada awak.Sebenarnya, saya bukan kekasihnya.Saya adiknya.” 
Alice mula menangis. Yoona sudah mula bergenang air matanya.Hatinya berdebar-debar tiba-tiba.
“Apa yang dia bagitahu awak semuanya tipu sebab dia tak nak awak sedih.Abang Danny sakit. Dia menghidap kanser otak.”Alice menyambung.
“Apa?”Yoona terkejut setelah mendengar penjelasan Alice itu.Air matanya laju mengalir.
“Dia sekarang tengah kritikal dihospital.Saya datang ke sini sebab dia nak sangat jumpa dengan awak.”
“Baiklah,saya nak jumpa dengan dia.Tolong bawak saya jumpa dia sekarang jugak.”
Yoona bergegas mengambil beg tangannya dan mengikut Alice.

***

Setibanya dihospital, mereka masuk ke dalam bilik dimana Danny dirawat.Wajahnya kelihatan pucat lesi.Danny sedang tidur atas katilnya.
Yoona menangis teresak disisi Danny.
“Kenapa awak tak bagitahu saya?”. Alice pun tak dapat menahan sebaknya.Dia cuba menenangkan Yoona.
Tiba-tiba Danny membuka tangannya dan bangun dari pembaringannya.
“Yoona, janganla menangis.Saya tak suka tengok awak macam ni.”Dia cuba memujuk Yoona.
“Saya nak tunjuk sesuatu pada awak.” Danny menyambung lagi.
Seorang jururawat masuk membawa sejambak bunga mawar merah bersama sebentuk cincin.Yoona menjadi bingung dengan apa yang dilihatnya.
“Sudikah awak menjadi isteri saya?” Yoona semakin kebingungan dengan pertanyaan Danny itu.
“Apa awak cakap ni?Awak serius ke apa yang awak cakap ni?”Bertubi-tubi pertanyaan dilontarkan kepada Danny.
“Surprise!!!!!” Terkejut Yoona apabila terdengar suara Mina dan Jerry yang keluar dari arah belakangnya.
Yoona tergamam dengan apa yang dia lihat ini.Suara Danny menyapa telinganya mematikan lamunannya.
“Sudikah awak terima saya?” Danny bertanya.
“Ye,saya terima.”Yoona akhirnya menjawab sambil air mata laju menuruni pipinya.Mereka berdua tersenyum bahagia dan Danny menyarungkan cincin ke jari Yoona.
“Yoona,SARANGHAEYO!!!!” Danny mengucapkannya kepada Yoona.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup ub...

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car...

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicu...