SARANGHAE MY MR RIGHT (PART 2)
(Di Shinhwa College University)
Ga Young dan Jimin masuk ke kelas mereka hari itu. Masing2 melabuh duduk ditempat masing2. Pelajar2 lain pun sudah masuk kelas. Kelas agak bising dengan suara2 pelajar yang sibuk berbual.
"Ga Young ah, abang2 kau dah balik ke?" Tanya Jimin pada Ga Young yang sedang membuka buku notanya.
" Dah. Nanti datanglah jumpa diorang." Jawab Ga Young.
"Alright." Usai Jimin berkata, pensyarah mereka pun masuk untuk memulakan kelas mereka pagi itu.
"Sebelum saya mulakan kelas hari ni, saya nak perkenalkan pelajar baru yang akan masuk ke kelas kita hari ni.Sila perkenalkan diri kamu." Pn Suzy memperkenalkan pelajar baru. Seorang pelajar lelaki memperkenalkan dirinya.
"Annyeonghaseyo. My name is Park Jinyoung. Nice to meet you guys. Sila tunjuk ajar saya." Jimin dan Ga Young terpana memandang pelajar baru itu. Mereka pernah terserempak dengan pelajar lelaki itu. Bibir Ga Young mengumtum senyum kerana tidak menyangka lelaki tampan itu pelajar baru kelasnya.
"Ok, kamu boleh duduk di sebelah Ga Young di situ." Pn Suzy menunjukkan tempat duduk kosong di sebelah Ga Young. Ga Young makin melebar senyumannya. Hatinya juga berdebar semacam tatkala memandang Jinyoung yang berjalan ke tempat duduk sebelahnya. Jinyoung pun duduk di tempat duduknya.
"Hai,selamat berkenalan.Saya Jinyoung. Rasanya kita penah jumpa sebelum ni kan?" Tegur Jinyoung dengan senyuman.
"Saya Ga Young. Ye, awak penah bertanyakan arah pada saya dengan kawan saya kat belakang ni." Jawab Ga Young sambil menunjukkan ke arah Jimin.
"Hai. My name is Jimin." Jimin juga tak ketinggalan memperkenalkan diri.
"Hai. Rupanya saya sekelas dengan korang berdua." Kata Jinyoung.
"Ha'ah. Kitorang pun tak sangka. Bolehlah kita jadi kawan." Kata Jimin. Mereka pun memulakan kelas mereka. Ga Young dalam diam rasa gembira kerana Jinyoung lah lelaki yang bertanyakan arah pada mereka beberapa hari lepas.
*************************************
(Waktu rehat di Fire Kafe)
Jimin dan Ga Young menuju ke tempat duduk yang sedang di tunggu oleh Taehyung bersama makanan yang mereka beli tadi.
"Lama dah tunggu kitorang Taehyung?" Tanya Jimin.
"Takdelah lama sangat. Baru je." Jawab Taehyung sambil menyedut air minumannya.
"Kejap lagi kita ada latihan. Nuna nak ikut sekali?" Tanya Taehyung.
"Jomlah. Boleh tengok kitorang practise. Lau kau tengok, mesti kau akan rasa kagum dengan kehebatan kitorang. Kan Tae?" Sambung Jimin pula. Taehyung membalas dengan anggukan.
"Takpelah. Aku nak pegi library. Nak siapkan assigment aku. Nanti jela aku tengok masa kau datang rumah nanti." Jawab Ga Young sambil menikmati mee Jjajangmyeonnya.
"Lau kau dah cakap camtu takpela. Kitorang pergi dululah. Nanti kita jumpa ok." Kata Jimin lalu bangun.
"Ok Jimin."
"Nuna, kitorang pergi dulu. Kitorang mungkin balik lambat, nuna balik dulu ehh. Jangan lupa bagitahu hyung tau." Pesan Taehyung sebelum mereka bergerak pergi ke latihan menari diorang.
"Arasso." Jawab Ga Young dan menyambung makan. Selesai makan, Ga Young menuju ke perpustakaan.
***********************************
(Di Perpustakaan)
Ga Young menyalin nota di dalam buku notanya. Satu persatu di tulis tanpa tertinggal satu perkataan dengan berhati-hati. Dalam sedang menulis, dia ditegur oleh Jinyoung.
"Hai Ga Young ssi. Boleh saya duduk."
"Owh Jinyoung. Duduklah. Kerusi tu kosong." Jinyoung pun mengambil tempat di hadapan Ga Young. Tersenyum Ga Young melihat Jinyoung. Hatinya seakan sudah terpaut pada jejaka tampan di hadapannya.
"Awak sorang je? Mana Jimin?" Suara Jinyoung mengejutkan Ga Young yang terleka memandang Jinyoung.
"Err..Haa ha'ah saya sorang je. Jimin ada latihan menari." Terang Ga Young menutup gugupnya.
" latihan menari?" Tanya Jinyoung hairan.
"Ops, lupa pulak awak student baru. Mesti awak tak tahu lagi. Sebenarnya, Jimin dengan adik saya Taehyung ahli kelab Tarian dan Muzik kolej ni. Diorang akan ada pertandingan dua minggu lagi jadi diorang tengah practise la sekarang ni." Jinyoung mengangguk mendengar penjelasan Ga Young.
"Owh begitu. Awak tak join sekali ke?" Tanya Jinyoung.
"Memang taklah. Saya tak minat" Jawab Ga Young. Suasana sepi seketika. Masing2 menumpukan perhatian pada tugasan masing-masing.
"Jinyoung, boleh saya tanya?" Ga Young bersuara.
"Ne. Silakan." Senyum Jinyoung memandang Ga Young.
"Awak baru pindah sini kan?awak tinggal kat mana ye?"
"Saya tinggal di Dongdaemun."
"Jinjja. Saya juga tinggal kat situ. Wah, kita berjiran lah kiranya ye." Ga Young berasa gembira Jinyoung juga tinggal di tempat yang sama dengannya.
"Yeke. Bolehlah kita datang kelas dan balik sama2 nanti.Lagipun saya belum ada kawan kat sini." Kata Jinyoung.
"Boleh je. Saya selalu datang dengan Jimin." Kata Ga Young sambil tersenyum.
"Awak ni comel lah." Puji Jinyoung. Ga Young tersenyum malu. Terasa mukanya merah.
"Saya dah siapkan assignmen saya. Awak dah siap belum?" Tanya Jinyoung.
"Owh dah siap dh." Jawab Ga Young.
"Lau gitu, jomlah kita balik."
" Ok, jom." Mereka pun mengemaskan barang2 dan melangkah keluar dari perpustakaan untuk pulang. Mereka pun berjalan sambil berbual-bual.
Bersambung....
Ulasan