BANGTAN LOVER'S (PART 7)
Aku ke kelas lebih awal daripada kebiasaan hari ni.Dan aku tak terus masuk ke kelas tetapi terus ke kafe.Selepas membeli minuman aku duduk di meja di hujung sudut kafe.Fikiran masih melayang teringatkan mesej dari Suga semalam. Serba salah aku hendak membalasnya.Kerana aku takut jika aku memberi harapan palsu padanya.
Ketika sedangku mengelamun sendirian, aku ditegur oleh Jessica.Tetiba saja mood aku mati untuk berada lama di situ
Takut dan cuak pun ada.Baru aku hendak bangun pergi dari situ, dia menahanku.Aku terpaksa duduk kembali.Dia duduk di hadapanku. Aku hanya menundukkan kepala.
Jessica: Alisa, i datang nak minta maaf dengan you. (Aku terus mengangkat kepalaku.Betul ke apa yg aku dengar ni)
Aku: You..betul ke apa yg you cakap ni?
Jessica: Yes,i'm really sorry.I sedar skrg i tak patut wat camtu dekat you hari tu.I sebenarnya jeles dgn you sebab you rapat dengan Bangtan Boys.
Aku: Its ok Jessica.I tak salahkan you.And i dah lama maafkan you.
Jessica: Really? Thank you.You memang baik.I menyesal sakitkan hati you.
Tersenyumku memandangnya.Tangannya aku gapai dan berkata lagi.
Aku: Baguslah you dah sedar silap you.Tapi satu nasihat i utk you, kita tak perlu memilih untuk berkawan dengan sesiapa tanpa mengira status atau pangkat.Dan kita berkawan mestila ikhlas.
Jessica: I sedar sekarang.Thanks for your advice.I'm promise, i takkan cari pasal dengan you lagi.
Lega apabila aku dengar Jessica dah pun sedar dengan kesilapan dia.Aku ikhlas memaafkannya.
Jessica: Jadi kita boleh berkawan kan?
Aku: mestilah boleh.
Jessica: Thanks Alisa.
Aku: Most welcome
Dalam sedang kami berbual, V dan Jungkook datang menghampiri kami.Mereka menegur.
V: Hai Lisa.
Aku: Ehh..hai V,Jungkook
JUNGKOOK: Apa you buat kat sini? You cuba nak sakitkan Lisa lg?(kelihatan Jungkook masih marahkan Jessica)
Jessica: O-oppa, i sebenarnya dtg nk minta maaf dengan Lisa.Tu je
Aku: Awak jangan salah faham.Jessica dah sedar silap dia.Dia ikhlas minta maaf dengan saya,saya pun dh maafkan dia.Kita berilah peluang pada dia.
Jessica: B-betul oppa.Saya minta maaf oppa
V: Kookie-ah,maafkan jela Jessica ni.Dia ikhlas nak berbaik.
JUNGKOOK: Baiklah,you dimaafkan.Tapi lau lepas ni you buat lagi, takde lagi maaf utk you.
Jessica: Thanks oppa
Aku tersenyum lega kerana semua sudah kembali baik.Jessica pun sudah berubah.Hilang sekejap kusutku.
Aku: Ok,semua dah ok.Jomla kita masuk kelas,nanti lambat pulak.Korang je ke?Mana yg lain?( tanyaku pd V dan Jungkook)
V: Diorang belum datang lagi.Kitorang datang awal sebab ada urusan yg kena diuruskan.
JUNGKOOK: Awalnya awak sampai?Budak2 kelas kita pun tak sampai lg.
aku: saya bangun awal hari ni, tu yg datang awal,hehe..
Jessica: i pun nak minta dirila.Kelas i awal pagi ni.Jumpa lagi ye.
Aku: Ok Jessica.Jumpa nanti.
JUNGKOOK: Jomla kita pun masuk kelas.
Kami pun sama2 berjalan ke kelas.Dalam otakku pulak tengah pikirkan macam mana ayat terbaik untuk bagitahu pada Suga.Tak tahu bagaimana untuk berdepan dengan dia.
****
Aku berjalan ke satu rak ke satu rak.Mencari buku rujukan yang perlu aku gunakan untuk mencari bahan assignmen.Nasib baik saja tugasan kali ni tugasan individu, lebih bebas mencari bahan sendiri.Sedang aku mencari, derapan kaki berjalan ke arahku kedengaran.
Inginku berpusing melihat tapi aku terkejut dengan satu sergahan dari belakang.Bagai nak gugur jantung aku dengan Jungkook ni.Sejak bila dia ni pandai kejutkan orang.Nak marah rasa tak jadi bila tengok senyuman dia.Haihh, sejuk hati tengok senyumannya.Aku mengurut dada menenangkan hati.
Aku: Awak ni, terkejut saya tau.Nasib baik saya takde sakit jantung.
Jungkook: Hehe..sorry2.Saya panggil awak dari tadi, tak dengar.Saya cubala kejutkan awak
Aku: Yeke awak panggil.Sorry, saya tak dengar tadi.Tengah ralit cari buku tapi tak juga jumpa.
Jungkook: Nanti2la awak cari.Saya nak ajak awak pegi makan.Saya dah lapar ni.
Aku: Kenapa awak tak ajak abang2 awak yg lain tu?
Jungkook: Alaaa..saya nak ajak awak.Diorang semua sibuk cari bahanla tu.
Jungkook membuat muka comel cuba merayu aku.Alahai, cair aku dengan mamat ni laa.Nasib kau hensem,lau tak memang takla nak cair,huhu...
"Ok,saya ikut awak.Tapi awak belanja ehh..Denda awak kacau saya hari ni."
"No problem.Hari2 pun boleh." Aku dengan Jungkook bergerak ke kafe.
Jungkook orderkan nasi goreng pataya untuk kami berdua,jus oren utknya dan jus tembikai untukku.Makanan sampai kami pun makan sambil berbual.Macam2 idea lawak Jungkook untuk menghiburkanku.
****
Kelas di habiskan awal daripada waktu asal kerana lecturer ada urusan yang perlu diurusnya. Aku berjalan ke perhentian bas.Kebiasaannya, aku akan memandu sendiri ke kolej tapi hari ni kereta aku di pinjam abang Faiz kerana keretanya rosak.Aku datang pagi tadi pun dihantar abang Faiz.Tak nak susahkan abang Faiz,jadi aku terpaksa menaiki bas atau teksi saja untuk pulang.Bas belum sampai lagi.Ramai pelajar menunggu bas di hentian bas yg berdekatan kolej.
Dalam aku sedang menunggu di perhentian bas, Suga memberhentikan kereta yg dipandunya di hadapan tempat aku duduk.Aku berkali kali cuba mengelakkan diri darinya hari ni,tapi kali ni aku tak dapat lari lagi.Suga terlebih dahulu cepat2 duduk di sebelahku.Apalagi ramai orang di situ yg memandang kami.
Suga: Awak nak balik kan, jomla saya hantarkan awak balik.Rumah kita pun tak jauh
Aku: Takpela, saya boleh balik sendiri.
Suga: Saya tahu awak cuba nak elakkan diri dari saya.Jomla, saya ada benda nak cakap dengan awak.
Aku rasa serba salah sama ada nak ikut atau tak.Memandangkan ada mata2 yg memerhati , terpaksalah aku mengalah.
Aku: Emm...ok.Aku pun bangun dan Suga membukakan pintu untukku dan masuk ke seat pemandu.
Suasana senyap seketika.Masing2 mendiamkan diri, hanya bertemankan lagu yg berkumandang di radio.Suga memberhentikan keretanya di satu kawasan tepi jalan raya.Terasa rimas, Suga mengajak keluar dari kereta.
Suga: Saya tahu awak sengaja nak larikan diri dari saya.Bercakap dengan saya pun tak.Selalunya, awak boleh je berbual dengan saya.Kenapa Lisa? Aku tetap mendiamkan diri. Suga menyambung lagi.
Suga: awak marahkan saya ke pasal semalam? Saya minta maaf sebab saya tiba2 meluahkan perasaan saya pada awak, tapi sejujurnya saya memang sukakan awak dari awal lagi.Saya dah jatuh cinta pada awak Lisa. Aku terkedu mendengar.Aku memandangnya.
Aku: Saya minta maaf Suga.Saya memang terkejut sangat.Saya tak balas mesej awak semalam sebab saya tak nak bagi harapan pada awak.Dan bukan niat saya nak larikan diri dari awak.Saya cuma segan nak berdepan dengan awak.
Suga: Tapi sampai bila awak nak larikan diri dari saya?
Aku: Sampai saya dah boleh berdepan dengan awak, mungkin.
Kedua-dua kami senyap semula.Suga memandangku,aku pandang ke depan.
Suga: Awak sukakan Jungkook kan? Aku terkejut dengan pertanyaan Suga.Aku memandangnya. Dia menatapku,mata kami saling bersatu.
Aku: A-apa yg awak cakap ni?
Suga: Mengakulah.Saya tawu awak sukakan Jungkook,sebab tu awak susah untuk terima cinta saya.
Aku: Suga...saya..
Tak tahu apa yang aku perlu katakan.Aku sendiri masih samar2 dengan perasaanku sendiri.Aku memang selesa dengan Jungkook,aku senang dengannya.Tapi, aku tak pasti apakah aku boleh cintakannya atau tak?
Suga: Its ok Lisa.Saya tak nak paksa awak.Saya boleh terima awak tak boleh terima saya.Tapi kita still boleh berkawan kan?Aku menarik nafas lega.Sekurangnya Suga memahami.
Aku senyum memandangnya.
aku: maafkan saya.Saya tak dapat nak terima cinta awak,tapi saya harap awak boleh terima kita berkawan biasa.
Suga: Terima kasih awak masih sudi berkawan dengan saya.Lau awak ada masalah awak boleh share dengan saya.Saya akan sentiasa disisi awak sebagai abang.
Suga tersenyum padaku.Aku membalas senyumannya.Dia memang seorang yang baik tapi hatiku tak mampu untuk terima dia kerana hati aku menyukai insan lain.
Aku: Thanks Suga for understand me.
Suga: Welcome.Dahla,jomla kita balik.Dah lewat ni,nanti mama awak risau pulak.
Aku: Jom..
Kami pun pulang.Syukurlah Suga boleh menerima keputusanku untuk kami hanya kekal sebagai sahabat baik.Setelah kereta berhenti depan rumahku, aku mengucapkan terima kasih padanya.Suga mengangguk dan tetap tersenyum.Senyumannya memang manis.Sebelum keluar dari kereta, Suga sempat memesan padaku.
Suga: cepatlah berterus terang pada Jungkook.Dia pasti sukakan awak jugak.
Aku: I will think about it.Saya masuk dulu.Bye Suga
Suga: Ok, bye.
Keluar saja dari kereta, keretanya membelok masuk ke rumahnya.Aku masih memikirkan kata2 Suga itu.Perlu ke aku berterus terang padanya?
Bersambung...
Ulasan