Langkau ke kandungan utama

Entertainment | Kpop Idol : Teman Lelaki Ala Kucing

Assalammualaikum...

Aku nak share info yang aku dapat melalui majalah EPOP Malay..Info mengenai teman lelaki ala kucing..

Antara ciri-ciri yang harus dimiliki seorang teman lelaki untuk bergelar teman lelaki ala kucing termasuk kadang elegan kadang naif, kadang malas kadang terus terang  dan banyak lagi.

Dalam idol lelaki korea, siapakah yang ada ciri-ciri untuk teman lelaki ala kucing??Jom tengok...

1) Spesis: SIBERIAN
Idol: JYJ JAE JOONG



Jae Joong memiliki anjing dan kucing.Selepas membela anjing untuk satu tempoh masa, dia pun menyerahkannya kepada keluarganya untuk dijaga.Berbanding anjing, Jae Joong kelihatan lebih suka kucing kerana dia selalu memeluk kucing erat dalam pelukannya.
Sebenarnya, karakter Jae Joong agak mirip dengan kucing.Di atas pentas, Jae Joong kelihatan liar dan sukar dikawal.Tapi diluar pentas, dia sangat menyayangi membernya.Kononnya, dia sangat suka bermanja selepas minum soju.

2) Spesis: BENGAL
Idol: SHINee KEY




SHINee Key bukan saja pandai menyanyi, menari dan melakukan rap tapi juga berbakat dalam bidang rekaan fesyen dan seni lukis. Dia seorang yang tegas, mementingkan kesempurnaan, suka berkawan, dan pandai memeriahkan suasana.
Secara peribadi, dia juga seorang yang suka berleter, bermanja dan menangis.Ciri2 yang dimilikinya ni membuatkan dia terpilih sebagai teman lelaki ala kucing.Sesuai dengan spesis Bengal yang bertompok cantik yang kelihatan anggun dan elegan.

3) Spesis: TURKISH ANGORA
Idol: Lee Jong Suk



Pasangan kolaborasi Park Shin Hye dalam drama Pinocchio,Lee Jong Suk sangat disukai peminat kerana dia menampilkan pelbagai karisma melalui pelbagai watak yang dibawakannya dalam drama dan filem.Di layar kaca, dia kelihatan lemah lembut, tapi secara peribadi, dia seorang yang cergas, nakal dan berkarisma.

4) Spesis: RUSSIAN BLUE
Idol: INFINITE L




Menerusi drama My Lovely Girl, L telah menampilkan lakonan yang cemerlang.Biarpun biasanya dia kelihatan dingin dan pendiam, tapi secara peribadi dia sangat suka berinteraksi dengan peminat.Selain itu, dia juga ada satu tabiat pelik iaitu obses dengan pakaian hitam.
Dia juga mempunyai pemikiran yang meloncat-loncat. Karekter L membuatkan orang mengaitkannya dengan kucing yang kelihatan dingin tapi kadangkala suka menggesel-gesel di kaki tuannya.

5) Spesis: SCOTTISH FOLD
Idol: HYUN SEUNG (BEAST)



Dipercayai ramai orang tertarik dengan mata bersinar Hyun Seung ketika baru mengenali Beast.Di atas pentas, Hyun Seung seorang yang berkeyakinan dan cergas. Tapi secara peribadi, dia seorang yang introvert dan degil. Ini sangat berbeza dengan karakternya di atas pentas. 
Kalau Hyun Seung seekor kucing pastinya dia seekor kucing yang comel dan menarik seperti kucing Scottish Fold dalam filem Puss In Boots.

6) Spesis: PERSIAN
Idol: SUPER JUNIOR HEE CHUL



Peminat telah menghadiahi Hee Chul seekor kucing bernama Hanjae Heebum tak lama selepas dia debut. Hee Chul sangat menyayangi kucing ini dari dulu hingga sekarang.Malah dia pernah gunakan gambar Heebum sebagai kulit albumnya.
Boleh dikatakan Hee Chul adalah penggemar kucing no 1 dalam industri hiburan Korea. Hee Chul pernah mengatakan dirinya adalah yang terbaik dari atas langit dan di bawah langit.
Meski Hee Chul memiliki keperibadian aneh dan suka menyendiri tapi dia sangat cekal dalam melakukan perkara yang dia rasa betul.Kalau dia menganggap seseorang itu sebagai kawannya, dia sanggup lakukan apa saja untuknya.Kalau dia seekor kucing, pastinya dia seekor kucing yang taat dan setia.

7) Spesis: SIAMESE
Idol: EXO SEHUN



Maknae EXO, Se Hun adalah salah seorang daripada kalangan teman lelaki ala kucing.Walaupun Sehun bertubuh tinggi lampai, berwajah tampan dan berfikiran matang, tapi secara peribadinya dia seorang maknae yang aktif dan comel. Dia suka mengusik dan bermanja dengan membernya.Kalau Sehun seekor kucing, pastinya dia seekor kucing siam yang aktif dan nakal.

~DONE~










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup ub...

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car...

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicu...