Assalammualaikum…
Annyeong….Dengar je lagu “Tanggal 31,bulan 8,57..Merdeka…merdeka…bla,bla,and…so..on….Sah2,konfem memang tahu tu lagu merdeka…Tiap2 tahun,tak sah kuar lagu tu kat corong2 radio,kat tv..Nama pun lagu yang femes kan…Suma orang hafal,huhu….Tapi aq bukan nak story pasal lagu..Aq tak dak bakat nak komen pasal lagu,lorr…:D
Ok,sambutan Hari Kemerdekaan pastila akan disambut meriah meriahan,terutama sekali dekat Dataran Merdeka…Aq duk Kedah,memang susahla nak g KL..:p..
Bila diingat balik zaman aq sekolah dedulu tiap2 tahun memang wajibla sambut hari merdeka ni…Time tu mesti suma student,cikgu2 suma kena berhimpun kat tapak perhimpunan lau tak hujan,lau hujan berhimpun kat dewan..Nyanyi lagu2 sekolah,lagu negeri Kedah,lagu pendidikan and lagu patriotik..Sempena bulan merdeka ja mesti akan ada-aktiviti yang student2 boleh join..Persembahan,kuiz dsb..Tapi,bukan akula join,lalalala…Tapi,yg still ingat gak,time sambut merdeka,tak ketinggalan gak buat aktiviti Larian Merdeka…Huhu,best gak la sebab boleh kuar dari kawasan sekolah..Takdela asyik nak kena ngadap bangunan sekolah,kelas je kan,huhu…Alaa…larian merdeka tu ala2 macam merentas desala jugak..Tapi,bezanya dia xamek markah la nak tentukan sapa menang sapa kalah…Just suka2,bawak bendera kibar…
Tu antara memori sambut merdeka…Sekarang dah tak merasa sume tu,sebab aq dah tamat study,huhuhu…Skang dah 57 tahun kan Malaysia merdeka.Kira agak beruntung jugakla sapa2 yang sambut ulang tahun serentak dengan hari kemerdekaan or umur dia sama dengan tahun merdeka..Mesti,feeling dia pasti berbeza kan dia punya excited,huhu..Oh,ya…Actually,arwah abahku dia lahir sebelum merdeka, iaitu tahun 1931…Butttttt…sebagai anak yang sangat “bertuah”,aq tak pernah tanya pun pasal sejarah hidup dia masa zaman dulu,huhu….
Maksud MERDEKA adalah “KEBEBASAN”….Kebebasan tanah melayu dari penjajah…Sebagai rakyat Malaysia,seharusnya kita mengenang jasa2 pemimpin dahulu,dalam memastikan Malaysia ni bebas dari tangan penjajah dan memastikan Malaysia kekal aman harmoni.Kita jugak perlu sama2 memastikan negara kita takkan dijajah lagi…Macam mana caranya,haa…dengan sama2 menjaga keamanan,tanpa terlibat dengan rusuhan,yang boleh mencalarkan imej negara…
Pada aq jugak,bukan sekadar negara kita je yang perlu merdeka…Tapi,diri kita,pemikiran kita juga perlu merdeka.Means,pemikiran kita perlu lebih matang,sikap kita jugak perlu diubah dari yg negatif ke yang lebih positif…Tu jela kot setakat ni…Aq xpandai nak kasi pendapat yg lebih mendalam soal ni,huhu…:p
************************************************************************
p/s:ulang tahun kedua blog aq nak wat apa ekkk??? Ingat nak beli kek…urmm….
Ulasan