Assalammualaikum…
Nah,hai…tajuk??????Mesti ada yg tak senang duduk dengan tajuk entry kat atas tu,hahhaha….Nasebla hampa nak kena baca,hahhaha….Apa motif aq nak hupdate entry soal perangai golongan Adam ni??..Aq pun tak tawula kenapa..Tapi aq suka lau keluar aq pasti akan tengok gelagat2 orang ramai, sama ada dipasar raya, taman rekreasi or anywhere..Terutama, golongan lelaki,huhu..
Pendek katanya,aq suka tengok sekeliling punya isu2 semasa..Lebih mudah dengan membuat pemerhatian daripada sekadar membaca surat khabar..Dari situ fikiran akan lebih terbuka untuk berfikir dan berfikir..Ecewahhh,ayat bukan kemahen lagi..Tu cumala pendapat aq..Bagi korang tak tahula plak..
Ok,aq xmola cite panjang2nya pun..Aq straight to the point jela ekkk..Watch out ya guys,huhu..Masak la aq confirm ada yg bengang dengan aq, hahhaha….
1)Panas Baran
~~Ni antara sikap yg paling aq tak suka sangat…Sikit2 nak naik angin walaupun benda tu Cuma benda remeh ja…Benda yang kecil,diperbesar-besarkan..Selalu jadi camni of coursela time gaduh ye dakk..Sikap camni sebenarnya boleh bagi kesan negatif kepada individu tu sendiri..Contoh,boleh putus hubungan, bercerai, kena buang kerja dsb…Kadang2, panas baran ni sampai boleh naik kaki tangan, atau dalam erti kata lain pukul atau bertumbuk..So,kpd lelaki2, kawal la sikap panas baran ni supaya anda tidak akan menyesal dikemudian hari..Tapi,ada orang berpendapat lelaki yg panas baran ni seorang yg romantik, betul ke??????..
2)Perokok
~~Say Tak Nak!!!..Ops,teriklan plak…Ok,bagi yg kaki merokok ni aq cukup tak gemar perangai depa yg suka hisap rokok depan makanan…Means,kat tempat makanla..Yela,tawula memang jenis tak boleh tinggal rokok, tapi agak2la kan…Fikirla orang sekeliling jugak, takkanla korang nak hembus asap rokok ke arah orang.Apalagi,org yg tgh makan..Kesimpulannya, nak rokok pun lau boleh hembus la kat ke arah yg bertentangan yg tiada orang.
3)Tidak Jujur or Menipu
~~Ok,yg ni aq pernah mengalami..Selalu terjadi dalam relationship..Kejujuran ni sangatla penting dalam hubungan..Lau korang bersikap tidak jujur terhadap pasangan korang,lama-kelamaan pasangan anda akan dpt tahu jugak,and memang susah nak percayakan korang lagi..Bagi aq sendiri,perempuan ni mempunyai naluri yg sangat kuat sebab dia pasti akan cepat rasakan pasangan dia jujur atau tak dengan mereka..
4)Cakap Kasar
~~Yang ni pun boleh tahan jugak bahayanya dalam hubungan..Sebabnya,tak semua situasi boleh cakap dalam nada yg kasar..Apa salahnya lau cakap elok2, cakap dalam nada yang elok tanpa menyakitkan hati pasangan anda…Tak rugi pun cakap baik2 ni…Bahagia lagi adala..
5)Tidak Hormat Orang Tua
~~Sikap macam ni macam mana la nak dibuat sebagai menantu..Konfem,orang tua terus reject dalam list utk dijadikan menantu..Haa,padanla muka hampa,huhu…Perempuan lau dia nak cari suami,dia pasti akan cari lelaki yg tahu hormatkan orang tua..Lau korang boleh hormatkan orang tua korang sendiri, of coursela korang pun boleh nak hormatkan bakal mertua korang jugak..
6)Tak Jaga Kebersihan Diri dan Penampilan
~~Baju tak iron,rambut kusut-masai,kuku panjang dan kotor???Ni antara kategori tak jaga kebersihan diri yg paling aq tak suka..Tolongla wahai lelaki2 diluar sana jagala kebersihan diri..Penampilan pun kenala kemas..Barula pasangan anda pun selesa nak keluar bersama anda..Bukan susah pun..Bukan sekadar kena wangi saja..Rambut bersikat kemas,kuku pendek bersih, baju beriron bagi kemeja…Haa..dah macam aq plak yg bukak grooming,aiyooo…Tapi,bukan hanya korang kena kuar dating ja kena bersih..Setiap masa kenala bersih,sama ada dirumah,ataupun pergi kerja..
Okla,tu jela kot dulu..Kita jumpa lagi dilain waktu..
Sekian,wassalam…
Ulasan
nice entry^^