Langkau ke kandungan utama

Almari Berzip…

Assalammualaikum….

Baru2 ni aq ngikut temankan mak aq g jitra…Nak tolong dia kuarkan wet ASNB dia…So,dah alang2 kuar tu,aq decide nakla,bayar sekali “berokband” aq tu..Almaklumlah,mintak nafkahla lak haaa….Maka kami pegila kat Maxis centre kt Jitra Mall tu….

Lepas bayar “beruk” aq tu,kitorang pergi lak pasaraya C-Mart…Sampai je kat situ,aq decide,nak try cari almari berzip…Memandangkan aq dah lama sangat teringin nak beli almari tu,akhirnya,pencarian aq kat situ tak sia2…Aq akhirnya dapat gakla beli,hehehhe…

Aq dah pegi cari kat Jitra Mall,tp xjumpa…Tak tawula,mana disoroknya,padahal shopping mall tu dahla besar gedabak,tapi tak aq jumpa gak…Tapi kali ni aq jumpa gak walaupun kat pasar raya yg laen,huhuhu….


Taraaaa…Nila dia almari yg aq beli tu…Actually,almari ni,sebenarnya yang pasang siap punya..Kita sendiri yg pasang peralatan yg dia bagi supaya menjadi seperti dalam gambar atas ni…Aq beli almari berzip ni sebenarnya,nak simpan baju2 aq yg terlalu banyak dalam almari aq….

Dalam almari ni,aq hanya gunakan untuk menyangkut baju2 yg aq sukar nak lipat,hehhe…Xdela,sebenarnya,aq gunakan untuk menyangkut baju2 aq macam bajublouse,kemeja,dress,sweater,jacket,cardigan….Dalam almari aq yang satu lagi dah sesak dengan baju2 kurung dengan t-shirt2 yg aq lipat….Sebab tula,aq terpaksa beli almari berzip ni,untuk simpan baju2 aq… Senang,xdakla penuh sarat dalam almari…

Harganya,pun xdakla,mahal macam almari yang laen yg beratus2 ringgit..Yang ni cuma RM42.90 shj…


Bahagian atas dalam almari ni,aq guna untuk letak bantal2 kecik aq dengan bear2-aq…So,xdela,kosong sangat kat bahagian atas tu…Almari macam ni xdela susah sangat nak pasang,lau betul2 ikut arahan yg ditunjukkan kat kotaknya tu…Tapi,aq berjam2 jugakla,berusaha nak faham instruction dia, sambil cuba pasang2 alat dia…hahaha…
Okla,sampai sini jela dulu..Tu je pun aq nak share hari ni,hehhehe…Ok,bye….

p/s:aq-rindukan-En.Oppa-N…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup ub...

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicu...

Istilah dalam K-Drama: 'Descendants Of The Sun'

Hai, assalammualaikum. Siapa kat sini merupakan peminat drama 'Descendants Of the Sun', boleh baca entry ni.Silakan baca:) 1) 특전부대 teuk.jeon.bu.da (Pasukan elit) • Dalam drama, pasukan elit yg disertai Yoo Si Jin adalah '태백부대' (tae.baek.bu.dae) 2) 대장 dae.jang (komander) • Yoo Si Jin adalah 'komander (대장)' pasukan tentera Tae Baek, pada masa yg sama dia juga adalah komander pasukan Alpha dan ketua pasukan perubatan Kang Mo Yeon.Kedua2 posisi ini disebut sebagai '팀장 (tim.jang)'! Pasukan yg lebih kecil sbg '팀장' (team), manakala ketua dlm sbuah grup idol disebut sbg leader 리더 (i.deo) 3) 대위 dae.wi (kapten) • Inilah pangkat Yoo Si Jin dalam pasukan elit, pangkat Seo Dae Young dlm pasukan elit adalah 'Sarjan Mejar', dlm bahasa Korea Selatan disebut sbg '상사' (sang.sa)'. 4)중위 jung.wi (Lefternan) • inilah pangkat watak sampingan, Yoon Myung Ju dlm drama, pangkat ayahnya Gil Joon adalah 'Leftenan J...