Hai korang,mesti antara korang dah pun mempunyai GF/BF kan???Atau korang yang single tu mesti pernah bercinta kan??Adakah mereka yang akan menjadi pasangan yang akan kekal hingga ke jinjang pelamin??Aq telah pun mempunyai satu maklumat yang xkurang menariknya dalam petua mencari dan mengenali bakal pasangan kita...Betul atau tak, aq pun kurang pasti..Lau betul tu okla kan,hahaha...
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba
perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan
dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau
ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang,
kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil
bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan
bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan
kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira
siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil
peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang
penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai
kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan
rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran
bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia
menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik
kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu
hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di
tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara
satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat
apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang
lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia
kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam
jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup
ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada
perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi
membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting,
kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan
dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada
masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini
kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini
menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri
pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita
sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang
situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk
kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang,
"lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah
ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita
melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon
yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang
yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan
kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi
teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia
memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui
kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan
tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila
kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang
ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria
keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria
batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga
dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan
tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup
kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata
hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya
perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui
mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan
sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah
dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah
keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita
lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah
semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat
di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Ulasan