Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Entertainment | My Favourite Bangtan Bomb

My Favourite Bangtan Bomb... Hai, guys.Entry kali ni aku nak kongsikan khas buat A.R.M.Y kat luar sana..Ehh, bukan askarla, tapi peminat2 Bangtan Boys (BTS)..Bagi kipas-susah-mati BTS mesti penah and wajib tengok video Bangtan Bomb kan.. Bangtan Bomb adalah video pendek grup BTS ala2 video blog / vlog gitu..Lau sapa yg dah penah tengok, konfem mesti akan ketawa terkekek-kekek punya,hahaha..Sapa yg nak tengok boleh cari kat youtube yg official dengan nama channel @bangtantv. And for the english subtittle, channelnya @bangtansubs. Ok, hari ni aku nak share list bangtan bomb video faveret aku... 1) [BANGTAN BOMB] BTS Runway! (95z cam @2) Duration: 01: 00 min. ° maknae line V and Jimin (VMin) berjalan catwalk model but in funny way,huhu..Why? Kononnya catwalk,tapi alahai, tak macam catwalk pun hado,hoho..Featuring plak dengan J-Hope and Suga.At the end of video, Suga look so cute.Iloike..^^ 2) 1402025 BANGTAN BOMB-Boy's Confession Their Own Way. Duration: 00:49 ...

Cerpen : Bangtan Lover's Pt 9

BANGTAN LOVER'S (PART 9) Majlis yang dinantikan telah tiba.Malam ini adalah Pre-Graduation Night bagi semua pelajar  semester akhir fakulti Perdagangan.Aku dihantar abang Faiz ke hotel.Aku menilik dan membetulkan jubah dress labuhku. Baju ni dibeli oleh mama sebagai hadiah ulang tahun kelahiran aku dua tahun lepas.Baju ni tak pernah ku pakai lagi.Buat pertama kali aku memakai pada malam ini.Dress berwarna pink lembut berbatu kecil di leher baju dan rambut yang didandan kemas dengan penyepit kupu-kupu menambahkan kejelitaan umpama seorang puteri kayangan.Wahhh,puji diri sendiri nampak. Aku berjalan ke pintu masuk utama hotel dan disambut seorang penyambut tetamu.Aku melangkah masuk ke ruangan lobi hotel.Ramai mata terpaku memandangku.Naik segan aku dibuatnya.Dalam sedang aku hendak ke meja pendaftaran, terdengar suara memanggilku. Jessica: Hai Lisa.Wah you cantik sangat malam ni.Hampir je i tak kenal you. Aku: Hehe, thanks.You pun apa kurangnya.You pun cantik. Jessica: ...

Cara: Kecutkan Jerawat

Hai,assalammualaikum... Benda apa yang paling menjadi musuh bagi kaum perempuan?? Haaa..apadia apadia?? Its ACNE. Jerawat!! Tu la musuh utamanya..Bila tengok rasa geram,rasa cam nak je picit2 haa..Tapi tak bolehla..Kang berparut. :( Macam aku ni, dia suka naik jerawat dekat area tepi hidung..Kat tepi bibir pun penah wehh dia melepak..Walaupun tak besar hanya kecit cenonet je tapi dia punya sakit,haihh..Taktau mak nak habaq macam na..Pendeknya,sakit sgtlaa.. Maybe pada org lain,lau setakat jerawat  kecik je takpe lagi,tak mencacatkan muka pun..Tapi bagi aku aku kena amek kesah..Sebab pe, sebab sakitlaa..Lau tumbuh kat hidung,bila kena flu nak buang hingus, tersentuh tempat jajahan suku sakat jerawat tu, terasala dia punya sakit haa... :( Selalunya, sementara nak bagi hilangkan terus seketul jerawat tuhh,means nak kecut kecitkan dia, aku akan pakai krim anti-jerawat yang jenama T3 tu..Tapi, bila takdak,dah habes aku terpaksala guna yg paling senang,cepat,mudah nak ...

Cerpen: Bangtan Lover's Pt 8

BANGTAN LOVER'S (PART 8) Kelas berjalan seperti biasa pagi itu.Cik Juwita masuk ke kelas dan memulakan sesi pembelajarannya.Seperti biasa, sebelum memulakan kelas, Cik Juwita akan mengambil kedatangan pelajar. Cik Juwita: Ok class.Sebelum saya mengajar, saya ada pengumuman penting.Mungkin ada yang sudah tahu.Minggu hadapan, fakulti kolej kita akan akan mengadakan 'Pre-Graduation Night' yang bertemakan Asean Night di Hotel Vistana. Kat sini, saya akan edarkan kad undangan ke majlis itu. Kad undangan di edarkan. Pelajar 1: Kena bayaran ke Cik Juwita? Cik Juwita: Kamu kena bayar Rm20.Nanti kamu kutip duit bayaran tu dan serahkan pada saya lepas kelas nanti. Pelajar 2: Ada aktiviti apa nanti Cik Juwita? Cik Juwita: Akan ada persembahan,cabutan bertuah, peragaan fesyen dan paling best sekali akan ada pemenang bagi King & Queen of the night.So, sape yang pakaian dia cantik malam tu, adalah peluang untuk menang. Semua pelajar bersorak keseronokan.Masing2 berangan ...

Cerpen: Bangtan Lover's Pt 7

BANGTAN LOVER'S (PART 7) Aku ke kelas lebih awal daripada kebiasaan hari ni.Dan aku tak terus masuk ke kelas tetapi terus ke kafe.Selepas membeli minuman aku duduk di meja di hujung sudut kafe.Fikiran masih melayang teringatkan mesej dari Suga semalam. Serba salah aku hendak membalasnya.Kerana aku takut jika aku memberi harapan palsu padanya. Ketika sedangku mengelamun sendirian, aku ditegur oleh Jessica.Tetiba saja mood aku mati untuk berada lama di situ Takut dan cuak pun ada.Baru aku hendak bangun pergi dari situ, dia menahanku.Aku terpaksa duduk kembali.Dia duduk di hadapanku. Aku hanya menundukkan kepala. Jessica: Alisa, i datang nak minta maaf dengan you. (Aku terus mengangkat kepalaku.Betul ke apa yg aku dengar ni) Aku: You..betul ke apa yg you cakap ni? Jessica: Yes,i'm really sorry.I sedar skrg i tak patut wat camtu dekat you hari tu.I sebenarnya jeles dgn you sebab you rapat dengan Bangtan Boys. Aku: Its ok Jessica.I tak salahkan you.And i dah lama maafka...

Cerpen: Bangtan Lover's Pt 6

BANGTAN LOVER'S (PART 6) Selepas melihat diorang berlatih, Jungkook mengajakku berjalan-jalan di taman.Aku mengikut saja kerana memandangkan aku tidak ada apa2 aktiviti hari itu. Aku duduk dibangku di taman sambil memerhatikan kanak2 bermain dengan ibu bapa masing2.Teringat pada kenangan zaman kecilku.Setiap petang hujung minggu, arwah papa pasti akan menemani  aku dengan abang Faiz pergi taman.Kami berjogging, bermain-main di taman. Kenangan itu tak pernah padam diingatan.Air mataku tetiba mengalir tatkala teringatkan arwah papa.Jungkook yg datang bersama 2 batang kon ais krim ditangan menegurku.Dilabuhkan punggung di sebelahku. JUNGKOOK: Lisa, are you okay?Kenapa awak menangis? Aku: Ehh..Jungkook.Saya okay.(aku pun segera mengesatkan air mataku) JUNGKOOK: Are you sure?Saya tengok air mata awak keluar.Awak sakit ke? Penuh perhatian Jungkook bertanya.Aku melihatnya sangat tampan dengan wajahnya yg jelas kerisauan melihatku.Adakah aku sudah terpaut dengannya?Arghh..sia...

Cerpen: Bangtan Lover's Pt 5

BANGTAN LOVER'S (PART 5) Cahaya matahari menerjah masuk ke ruang kamar.Sebelum bangun aku menggeliat kecil,melonggarkan urat2 saraf.Jam loceng di atas meja tepi katil menunjukkan pukul 9.00 pg.Bermakna masih ada 2 jam sebelum aku keluar sebentar lagi.Kaki melangkah ke bilik air untuk mandi.Selesai mandi, aku ke almari memilih baju untuk diseterika. Sedang aku iron baju di sudut hujung bilik, aku terpandangkan dvd album BTS di meja tulisku.Suga yg berikan padaku semalam selepas aku berbual dengan Jungkook ketika aku nak balik. Aku meminta diri untuk pulang.Dah hampir 2 jam aku di rumah Bangtan Boys.Beberapa langkah keluar dari rumah diorang, Jungkook memanggil. JUNGKOOK: Lisa... Aku: Ya Jungkook.Saya nak balik ni. JUNGKOOK: Kejap.Rumah awak kt depan je.Saya nak tanya, awak free tak esok? Aku: Esok?? Emm... free rasanya.Kenapa? JUNGKOOK: saya nak ajak awak datang ke studio latihan kitorang.Kami ada latihan menari esok.Awak sudi tak? Aku: Err..takpe ke saya datang? JUN...

Cerpen : Bangtan Lover's Pt 4

BANGTAN LOVER'S (PART 4)  Dihari hujung minggu itu, sangatlah hari yg amat membosankan.Tiada aktiviti yg best nak dibuat.Sekejap sekejap bukak twitter, sekejap sekejap bukak facebook, dan sekejap sekejap bukak youtube pulak. Dalam sedang aku ralit dengan komputer riba aku tu, mama memanggilku di dapur.Aku yg duduk di balkoni tingkat bawah pun berlari ke dapur.Aku lihat mama baru selesai memotong kek dan diletak ke dalam sebuah bekas. "Ada apa mama?" Tanyaku sambil mengambil sepotong kek di dalam pinggan dan makan. "Lisa tolong hantarkan kek ni ke rumah jiran depan rumah kita tu." Mama menyerahkan bekas kek td. "Kenapa plak Lisa yang kena hantar?" "Apa salahnya, diorang kan kawan2 Lisa jugak." aku malas sebenarnya nak pegi.Hal semalam buatkan aku rasa segan nak berkawan rapat dengan diorang walaupun tahu niat diorang ikhlas nak berkwn dengan aku. "Abang Faiz pun boleh hantarkan.Suruhla abang Faiz.." Belum sempat aku habisk...

Cerpen : Bangtan Lover's Pt 3

Bangtan Lover's (Part 3)  Mata meliar ke arah buku2 yang bersusun di atas rak itu. Penat berjalan dari satu rak ke rak yang banyak kat situ.Perpustakaan itu memang luas.Aku di satukan satu grup dengan V, Jimin dan Jungkook untuk satu tugasan yg diberikan oleh pensyarah kami Cik Juwita. Apabila tangan mencapai pada sabuah buku, terasa ada seseorang mencuit bahu aku dari belakang. Aku pun pusing untuk lihat siapa.Segaris senyuman terlihat dibibir jejaka kacak di hadapanku. Di sebelahnya pula berdiri seorang jejaka yg sedang memerhati dengan tajam.Marah lagi ke?  "Dah dapat buku?" tanya V yg sedang memegang beberapa buah buku ditangan. Aku hanya mengangguk. "Ok,jom kita pergi kat Jimin." V menarik tanganku ke arah Jimin yg sedang membaca buku di satu meja bersaiz segi empat.Aku hanya mengikut dan Jungkook pula mengikut dari belakang. Aku pun duduk di kerusi hadapan Jimin.V duduk di sebelah Jimin. "This my seat." Jungkook bersuara tiba2. "Owh...