Cerpen: Cinta Terbalas Jua "Lisa, kau yakin ke nak bagi hadiah ni Adrian?" Tanya Shireen kepada rakan baiknya. Dia seperti tidak percaya Elisa hendak meluahkan perasaannya pada Adrian.Adrian seorang pelajar kacak yang popular dikalangan pelajar perempuan kerana seorang pelajar cemerlang selain aktif dalam bidang sukan bola keranjang.Berasa risau dihati Shireen kerana dia tahu sikap playboy si Adrian itu.Semua orang pun tahu. "Mestilah, aku dah prepare.Siap balut dengan pembalut LOVE.Aku mesti luahkan perasaan aku kat dia.Aku dah tak sanggup nak tahan lagi.Kau tak payah tunggu aku.Kau balik dulu."Elisa bertekad, sudah lama dia menyimpan perasaannya kepada Adrian.Langsung dia tak percaya pada khabar angin tentang Adrian itu. "Okla,aku pun nak pergi tolong mak aku kat restoran.Aku harap kau berjaya." Ucap Shireen walaupun hatinya gusar lalu berlalu meninggalkan Elisa.Emak Shireen seorang pengusaha restoran yang berjaya. (Di taman bunga) "I cin...